Baru-baru ini saya ada komen di wall fesbuk Dato Abdullah tentang satu status. Tak sangka pulak komen saya itu ditranformasikannya jadi seperti di bawah. Komen saya tu spontan dan biasa-biasa sahaja.
Di sini saya nak tambah satu lagi point kepada komen saya itu. Mengkiritik juga haruslah bertimbang rasa. Kalau isteri dah letih masak sambil menjaga anak kecik kita seramai tiga orang, janganlah kita kritik secara keterlaluan masakannnya kalau agak kurang sedap sedikit.
Ada beza kritik yang menghentam dengan kritik yang bertimbang rasa. Saya percaya tentu anda semua pembaca boleh bezakan. Mungkin saya boleh bagi contoh. Maaflah kalau contoh saya itu tak berapa cantik.
1. Kritikan yang tak bertimbang rasa, tidak adil dan tidak berilmu.
"Apa benda yang kau masak ni .. rasa sampah. Lain kali bubuhlah ajinomoto lebih sikit".
Entah bilakah agaknya dia makan sampah tak tahulah !
2. Kritikan yang bertimbang rasa, adil dan berilmu.
"Kalau emaknya tambah garam lebih sikit, tentulah lagi mengancam gulai ni"
Walaupun pada hakikatnya gulai itu memang isteri kita terlupa bubuh garam sebenarnya !