Isi durian yang berbiji kecil.
Sekarang ini musim durian kat tempat saya. Saya perhatikan rata-rata orang jual durian pakai timbang. Jarang dah saya jumpa orang jual ikut bilangan buah.
Makanya makin berat, makin mahal harganya. Tapi saya rasa cara itu macam tak berapa kena. Sebabnya.
1. Durian yang berbiji besar tentulah lebih berat dari yang berbiji kecil. Logiknya kalau bijinya kecil, tentulah isinya lebih banyak dari durian yang berbiji besar. Yang kita mahukan ialah isinya, bukan bijinya.
2. Durian yang belum masak lebih berat dari durian yang sudah masak. Ini fenomena alam. Kalau tak percaya tengok buah kelapa. Kelapa masak lebih ringan dari kelapa muda. Kalau durian itu belum masak tentulah belum boleh atau tidak enak dimakan dan akhirnya ia akan dibuang begitu sahaja.
Jadi saya tak berapa setuju kalau buah durian dijual ikut timbangan cara sekarang ini. Kalau nak ikut timbangan juga, boleh, dengan syarat makin berat makin murah.
Setuju tak ?
Assalamualaikum Pak Ngah,
ReplyDeleteSaya setuju sangat dengan cadangan Pak Ngah tu,
Lagi satu saya sedang mencari dan menyelidik bagaimana caranya nak memenafaatkan biji dah kulit durian supaya kita pembeli durian ini tidak rugi dengan membuang kulit dan biji durian, bukankah kulit dan biji itu ditimbang sekali...haha,,,..
bila sudah berjaya dlm penyelidikan nanti jangan lupa share ya ..
DeleteYa setuju.. Kenapa baru sekarang saya boleh komen.. Dah lama tak dapat komen sebab ruangan komen tak muncul..
ReplyDeleteterima kasih kerana sentiasa melawat blog ini .. bila sibuk saya tutup kotak komen.
DeleteSangat2 setuju tu pak ngah..
ReplyDeleteTapi dkampung saya masih menggunakan harga sebiji mengikut size..
Hari tu saya beli RM50 dapat sebelas biji durian.. sederhana besar.. isi kuning.. sangat sedap..
Baru2 ni balik raya kampung en suami.. lagi bagus.. jual ikut seguni.. satu guni rm30 tapi sizenya bercampur-campurlah pak ngah..
kat kg mmg mcm tu .. kat pekan pun buat cam tu kalau durian tu dah tak berapa elok.
DeleteSaya setuju... :)
ReplyDeleteBagaimanapun, durian dalam gambar di atas sangat 'menggiurkan' kerana selain bijinya yang kecil, isinya agak mengkal. Bagi saya durian mengkal sangat sedap dan tidak mengotorkan jari bila memegang isinya itu. :)
saya pulak sebaliknya .. kotor jari dek durian tidak mengapa.
DeleteHa...finally baru ada kotak komen. Ker entry2 sebelum ni saya gelap mata tak nampak kotak komen? Hehehee
ReplyDeleteBagus lagi kami beli durian kat Berlin ni, berat tercatat tanpa biji, ngap jer semua puas hati, kalau boleh pplastik pembalut tu pun nak ngap sekali :)
minta tolong sangat2 jgn dingap plastik tu .. bahaya sbb dia tak boleh hazam.
DeleteAssalamualaikum Bang Haji...
ReplyDeleteMoga Bang Haji sihat hendaknya, selamat hari raya maaf zahir batin..
Di tempat saya, dijual mengikut bilangan buah. Jika buah durian dah terlalu banyak,
5 biji RM10. Kadang sampai 10 biji RM10.
alaikumsalam. alhamdulillah sihat.
Deletekalau 10 biji RM10 murah sungguh tu .. upah pungut dan angkut pun tak lepas.