Thursday, July 30, 2015

SIAPA SAYA ?



Gambar kitar semula ini diyakini telah berusia lebih 50 tahun.
 Untuk makluman, saya berdiri di kanan sekali.

Selepas lebih 5 tahun berblog, hari ini (Khamis, 30 Julai 2015) terbuka hati saya untuk mendedahkan sebanyak mungkin mengenai diri saya.  

1. Nama:  Hamzah bin Abd Hamid.

Ejaan nama ayah saya A.b.d sahaja bukan A.b.d.u.l. Kalau Abdul  ada orang kata itu singkatan nama pertubuhan Angkatan Buaya Darat Udara dan Laut !

2. Nama ringkas/akronim: HAH (tapi jangan sebut kuat-kuat, nanti orang sebelah terperanjat)

3. Tempat kelahiran: Kampung Serting Ilir, Jempol, Negeri Sembilan (maknanya saya bukanlah orang ulu).

4. Taraf Pekahwinan: Sah

5. Bilangan Isteri: Satu

6. Tempat asal isteri: Perlis

7. Bilangan anak: Lima.

8. Sekolah: Merata tempat.

9. Taraf Pendidikan: Berjaya menamatkan sekolah rendah.

10. Penyakit: Rabun jauh dan pelupa.

11. Kebencian: Menunggu

12. Kesukaan: Bila qadha hajat tercapai

13.Cita-cita: Mati dalam  iman.

14. Umur: 61 tahun (pada ulangtahun kelahiran yang lalu)

15. Cucu: 4 orang.



p/s: Saya buka kotak komen untuk melayan sebarang pertanyaan, jika ada. Kalau tak ada, saya tutup balik.


~

30 comments:

  1. Pak ngah zuhud betul .. taraf pendidikan.. berjaya menamatkan sekolah rendah ;)
    Nak Tanya pencapaian sebenar tu smpi mana berjaya ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang ceritanya .. kebetulan saya pernah buat entri tentang pendidikan saya. Kalau berminat nak tahu, saya sertak linknya seperti di bawah.

      http://al-lavendari.blogspot.com/2011/07/pagi-tadi-saya-terima-diploma.html

      Delete
  2. Replies
    1. coming soon seorang lagi hujung tahun ni .. insyaallah.

      Delete
  3. Assalam Pak Ngah.. Sorry byk2 lari Tajuk. Kat mana boleh saya beli durian di kg Pak Ngah.. Peminat setia durian ni.. Boleh beri saya number yg saya dapat hubungi? Tkasih Pak Ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam. Maaf banyak-banyak sebab Pak Ngah tak ada simpan satu pun nombor orang yang jual durian di kampung Pak Ngah.

      Delete
  4. Assalamualaikum pakngah..tersenyum sorang saya diward bila baca taraf pendidikan pakngah.teringat jawapan saya bila orang tanya taraf pendidikan saya..kadang yang bertanya sudah tahu tapi pura2 tidak tahu..apa motif bertanyapun kita tak tahu..saya doakan pakngah dan keluarga sentiasa sihat,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia wal akhirah..jangan berhenti menulis ya pakngah.saya sentiasa menanti entry@tulisan dari pakngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam. pak ngah terharu atas doa dan juga galakan itu. terima kasih.

      insyaallah akan cuba menulis bila ada kelapangan.

      Delete
  5. Assalamualaikum Bang Haji...

    Alhamdulillah, saya pun berjaya menamatkan sekolah rendah ;)

    Moga Allah makbulkan cita-cita Bang Haji...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam ustaz. Terima kasih atas doa itu. Moga2 kita sama-sama dapat menempuhinya nanti.

      Delete
  6. saya pula rabun dekat dan ingat-ingat lupa....

    ReplyDelete
  7. tajuk entry nie "SIAPA SAYA" adalah nama blog saya hihi

    ReplyDelete
  8. pak ngah bukak ruang komen!

    jawatan terakhir sebelum pencen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ini awak kena cari sendiri .. tapi lebih kurang jawatan penolong ketua darjah.

      Delete
  9. Moga Pak Ngah dan keluarga sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian.
    Saya cuma seorang silent reader.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih atas doa dan juga kesudian berkunjung. saya hargainya.

      Delete
  10. Replies
    1. moga-moga kita istiqamah berusaha utk mencapainya.

      Delete
  11. tak pernah jemu membaca tulisan pak ngah... terima kasih pak ngah.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kerana sudi berkongsi 'butir-butir peribadi'... :)

    ReplyDelete
  13. Saya silent reader tegar blog pak ngah. Seronok baca cerita pak ngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen Hasniah mendorong Pak Ngah bercerita lagi ..

      Delete
  14. Alhamdulillah. Saya pun berjaya menamat sekolah rendah. =D

    Tadi saya meng'google' tentang soalan "Siapa nama awak?"
    Terjumpa pula dengan blog ini. Entri "Siapa Nama Ikan Ni?" buat saya nak tergelak.

    Gaya penulisan pak ngah menarik untuk dibaca. Teruskan berkarya pak ngah.

    *Baca komen di atas, semua panggil pak ngah. Saya pun nak panggil pak ngah juga. Salam kenal pak ngah. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak ngah pun dah lupa ada entri bertajuk "apa nama ikan ni" .. terpaksa mengugel utk membacanya semula.

      terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak. pak ngah hargainya.

      Delete
  15. Kalau tuan Ketua Penolong Darjah, maknanya saya tukang sapu. Ekekekekeke~ Maaf zahir batin ya tuan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah merendah diri terlalu rendah pulak .. hehe. Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan jejak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.