Wednesday, February 24, 2016

HELAH SESETENGAH PEMILIK KOLAM KALAU TAK DAPAT UDANG.



Gambar udang galah sebagai hiasan - hasil carian Google.


Kegemaran atau hobi saya adalah memancing samada di laut, sungai, tasik atau kolam. Bila dah berumur ini saya lebih banyak memancing di kolam berbayar kerana dah tak berapa larat nak ke laut atau ke tasik. Masa ni saya kerap memancing udang galah di kolam-kolam berbayar berdekatan dengan rumah saya.

Biasalah .. ada masa dapat banyak, ada masa dapat sikit. Bila dapat banyak gembira dan ingin pergli lagi. Bila dapat sikit atau tak dapat langsung, tak puas hati dan ingin pergi lagi.

Bila kita tak dapat atau kurang dapat udang,  inilah antara ulasan pemilik kolam:

1. Kalau kita pakai umpan anak ikan, dia kata eloknya pakai umpan perumpun. Tapi kalau kita pakai perumpun, dia kata eloknya pakai umpan anak ikan. 

2. Kalau kita datang sebelah siang, dia kata eloknya datang sebelah malam. Tapi kalau kita datang sebelah malam, dia kata eloknya datang sebelah siang.

3. Kalau kita pakai mata kail saiz 8, dia kata eloknya pakai saiz 6. Tapi kalau kita pakai saiz 6, dia kata eloknya pakai saiz 8.

4. Kalau kita mancing tebing sebelah sini, dia kata eloknya mancing tebing sebelah sana. Tapi kalau kita mancing tebing sebelah sana, dia kata eloknya mancing tebing sebelah sini.

5. Kalau kita mancing di kolam 1, dia kata eloknya mancing di kolam 2 sebab kolam 2 kecik sikit. Tapi bila kita mancing kolam 2, dia kata eloknya mancing kolam 1 sebab udang lebih banyak dimasukkan. 

6. Kalau kita datang cepat selepas udang dimasukkan, dia kata eloknya datang lewat sikit. Tapi bila kita datang lewat sikit, dia kata eloknya datang awal sikit sebab udang dah habis kena pancing oleh orang terdahulu.

Tapi pulak kan, kalau semua orang dapat banyak udang, tentulah taukeh boleh bankrap. Kalau taukeh bankrap dia akan tutup kolam dan kita tak dapat lagi nak memancing. Jadi lebih baiklah kita dapat sikit atau sekali sekala (sekali sekala je tau) tak dapat langsung, agar taukeh boleh bertahan dan terus membuka kolamnya. Dengan itu bolehlah kita melepaskan gian kita sebab gian orang tak dapat memancing ini boleh mengundang bahaya kemurungan yang melampau.





14 comments:

  1. tak dapat memancing pun boleh kemurungan melampau ye tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ya sebab tak ada tempat untuk melepaskannya ..

      Delete
  2. Ada aje jawapannya. hahahaha Kalau meniaga kolam memancing tak untung takdenya dia buka kolam memancing. Sian pulak kaki pancing tak leh lepaskan gian memancing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. kalau buat kolam sendiri, tak ingin pulak nak memancingnya nanti.

      Delete
  3. Pak Ngah.. sihat ke? saya tak minat langsung langsung mancing.. mmmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah sihat 100% .. biasalah warga emas.


      tak minat mancing tak apa asalkan minat kat pemancing .. hehe.

      Delete
  4. sebab tu saya macam dah serik nak mancing kat kolam yang caj ikut jam. tempat kegemaran saya sekarang kolam yang owner caj ikut berapa berat ikan yang kita bawak balik. harga pulak ikut pasaran. kira adil la kan. setakat ni tak pernah menghampakan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana tu ? kat sini tak ada kolam buat cara tu ..

      Delete
    2. Banyak pulak alasan owner tu kan uncle.takpe..ada alasan uncle gigih lagi nak memmancing.semangat kena ada.sekurang- kurangnya dapat jadi bahan buat entri baru dalam blog.hehe

      Delete
    3. bahan buat entri tak pernah kurang .. yg kurang adalah masa dicampur dgn malas nak buka komputer.

      Delete
  5. Assalam Pak Ngah. Solok Paku tu kok nak dapek banyak, kono dtg pagi2 buto yo. Sey poie pukul sepuluh, sojam sekor yo dapek eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      besok pepagi saya turun lepas hantar anak sekolah .. kalau nampak saya, tegur2lah.

      Delete
  6. Otak orang bisnes ada sahaja alasannya...habis duit pun tak apa asal dapat lepas gian ye Pak Ngah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu .. tapi taklah seteruk orang gian kat rokok atau daun ketum .. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.