Tuesday, May 16, 2017

CERITA PERGI JEPUN # 5: MAIN AIR BATU.

Sambung dari entri ini berkaitan cerita lawatan saya ke Jepun (30/4 hingga 6/5/2017).

Saya rasa melancong ke Jepun pada tarikh ini untung kerana dapat tengok bunga sakura dan bermain ais yang masih ada berbaki di kawasan pergunungan. Saya tidaklah teruja sangat hendak bermain ski kerana sedar akan kemampuan, tapi lebih teruja dengan peluang untuk menaiki shinkansen (keretapi lajunya) buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya.


Gambar 1: Inilah keretapi laju yang membawa separuh perjalanan kami ke Gala Yuzawa - tempat bermain ais.


Gambar 2: Pemandangan pekan berhampiran dari dalam kereta kabel menuju tempat bermain ski.

 

Gambar 3: Pemandangan ke arah gunung dari dalam kereta kabel yang menampakkan tompok-tompok ais di lerengnya.

 

Gambar 4: Gaya dua orang pemain ski amatur dalam kereta kabel yang membawa kita ke stesyen bermain ais.


Gambar 5: Berselfie je lah .. nak main ski takut tak balik Malaysia nanti.


Gambar 6: Masih meriah dengan orang ramai yang mengunjungi pusat ini walaupun sudah memasuki musim bunga.


Gambar 7: Kesemua anggota rombongan kecuali Haiqal anak bongsu saya yang ghaib entah ke mana.

 

Gambar 8: Haiqal anak bongsu saya yang cukup seronok bermain gelongsor.


Gambar 9: Peserta tertua dalam rombongan. Benda alah tu hanya prop untuk bergambar sahaja.


Gambar 10: Perserta termuda dalam rombongan. Cucu saya yang ke 5/6. Bila besar nanti tentu dia tak akan ingat apa-apa tentang tempat ini.


Gambar 11: Makngahnya melayan cucunya, Iris  bermain gelongsor sebelum dia pulak bermain.


 Gambar 12: Saya pun tidak tahu macamana saya boleh terjebak bergambar kat tempat ni.
 

Gambar 13: Kalau ada sirap, boleh buat ais kepal ni.


 

Video 1: Haiqal yang buat pertama kalinya bermain gelongsor menunjukkan bakatnya. Harapnya pembaca dapatlah tengok video ini kerana dalam entri sebelum ini ada yang mengadu tak dapat tengok video.


Gambar 14: Macam biasalah. Tugas menjaga beg, barang-barang dan cucu diserah kepada saya. Lihatlah betapa gembiranya wajah saya menjalankant tugas tersebut.

Walaupun tempat kita tida ada salji, tetapi kita dianugerahkan dengan cuaca panas yang nyaman sepanjang tahun. Sebenarnya bagi mereka yang tinggal di negeri 4 musim, cuaca panas adalah sesuatu yang sangat mereka dambakan. Adalah jadi kemegahan kepada mereka, jika dapat menunjukkan kulit yang berubah warna kerana berjemur di bawah matahari di negara-negara atau kepulauan bercuaca panas macam tempat kita. 


14 comments:

  1. Saya pun selalu juga jadi penjaga beg... :)

    Alhamdulillah, video itu dapat ditonton

    ReplyDelete
  2. Orang dah biasa duduk negara bersalji lagi teruja nak naik keretapi dari nak main salji..
    Shinkansen tambang mahal betul kan...
    tapi lebih selesa dari naik kapaiterbang kot kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tambangnya sgt mahal kalau ikut std malaysia .. tetapi bagi saya ia lebih selesa dari naik kapalterbang esp kpd mereka yg phobia kpd ketinggian.

      Delete
  3. ooo Pak Ngah baru balik dari Jepun lah ya.... saya pulak ke Jepun dari 31/3 - 9/4 sebulan awal ... seronokkan Jepun ..macam tak nak balik ...

    mai lah jenguk blog saya yang baru nyawa-nyawa ikan nak hidup kembali ...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah tengok kat wall fesbuk awak gambar2 masa kat jepun .. sungguh cantik.

      Delete
  4. seronoknya dpt main ais, dpt meluncur... naper pak Ngah tak cuba, mana lah tau kot2 msh lg berbisa

    bestnya nengok keretapi laju dia, jepun dia punya fasiliti mmg betul2 canggih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg tak berani nak main ski .. tak sanggup ambil risiko .. dapat tengok anak dan cucu main pun dah cukup seronok.

      Delete
  5. wah 2 dalam 1 dapat main salji sambil bersakura. Seronoknya dapat main gelungsur...saya pernah cuba masa di korea tapi tak boleh mengelungsur...kasut luncur melekat kat salji jadi dapat posing je lorr...jadi lah daripada takde pose main salji

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, awak masih muda .. boleh pergi dan cuba kat Jepun pulak.

      Delete
  6. Best nyer dapat main ais kat Jepun..
    Teringin juga nak naik keretapi laju tu..

    Pandai Haiqal main ski...

    Dulu, gigih kumpul snow belakang rumah utk anak2 main gelungsor...
    Skrang semua cuma tinggal kenangan dan photobook saja...

    Pak ngah tak main sledge dengan mak ngah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakngah tak berani nak main sebab badan bukannya kuat sangat dah. Makngah memang dia cuba main semua.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.