Monday, July 10, 2017

ANTARA PUASA ENAM DENGAN JEMPUTAN KENDURI.




Katalah hari ini last bulan Syawal dan kita pulak last Puasa Enam. Esok dah masuk bulan Zulqaedah. Masalahnya hari ini kita ada jemputan kawin. Habis nak buat macam mana? Nak pergi penuhi jemputan atau tidak?  Dalam hal ini kita ada dua pilihan.

1. Hadir jemputan dan tak perlu makan kerana menunaikan jemputan itu hukumnya wajib tetapi makan tak wajib, atau

2. Hadir jemputan dan makan kerana Puasa Enam tu hanyalah sunat. Kalau berpuasa tidak penuh enam hari, kita tidak berdosa. Bahkan kalau tak puasa langsung pun, tidak berdosa. Tapi kita sangat rugilah kerana ganjarannya sangat besar.

Namun begitu, pilihan 1 adalah lebih baik.

Satu lagi. Bila kita sudah habis berpuasa enam, jangan pulak kita kata besok nak raya Puasa Enam. Ini kerana hari raya dalam Islam hanya ada dua sahaja iaitu Hari Raya Idulfitri dan Hari Raya Iduladha. Kalau kita kata begitu, bimbang akan timbul kekeliruan kepada anak-anak kita yang masih kecil atau orang yang baru memeluk Islam seolah-olahnya ada tiga hari raya dalam Islam. Walaupun kita tidak berniat begitu, cuma nak menyatakan bahawa kita sudah selesai satu tuntutan ibadah, tetapi lama kelamaan kalau tidak diperbetulkan ia mungkin boleh jadi satu amalan bidaah.

Allahhua'lam.

    

2 comments:

  1. abah sya raya ke dua dh mula berpuasa enam, kalau dia beraya di rumah sedara mara kami yg di suruh mkn banyak2.... dia tak nk bgtau tuan umah yg dia puasa... yg penting katanya dia dpt ziarah sedara mara, puasa enam tak membataskn semua tu....

    selalu kami mmg coverline abah... heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus sekali cara ayah awak tu .. dia tak nak kelihatan riak dan juga nak jaga hati tuan rumah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.