Monday, January 15, 2018

LAWATAN KEMBOJA # 3: PENGALAMAN BERGAYA MELAYARI SUNGAI MEKONG.

Sungai Mekong adalah sungai yang ke 12 terpanjang di dunia dan ke 7 di Asia. Ia merentasi 6 negara iaitu bermula negara China, melalui negara Myanmar, Laos, Thailand, Cambodia dan Vietnam, sepanjang kira-kira 4,350 km. Semasa saya melawat Ho Chi Minh beberapa tahun lagu, teringin juga saya nak naik kapal besar bersiar-siar di sungai Mekong tapi cuma berkesudahan dengan menaiki sampan sahaja. Kali ini hajat saya itu tertunai dengan bergaya.


Gambar 1: Kelihatan kapal yang kami sewa khas untuk rombongan kami. sebelum naik saya pun tak tahu itu sebenarnya kapal untuk rombongan kami. Ingatkan naik sampan lagi.


Gambar 2: Bila dah ada beberapa ahli rombongan, barulah saya tahu
inilah kapal yang akan membawa kami 'voyage to no where'
'

Gambar 3: Siapa nak booking boleh telefon nombor yang tertera di situ.


Gambar 4: Kelihatan makanan malam kami sudah tersedia di bahagian bawah kapal. Makanan itu ditempah khas dari salah sebuah restoran Islam di bandaraya ini yang kami pernah makan sebelum ini.


Gambar 5: Nun jauh kelihatan di sebelah kanan sebuah bangunan, kalau tak silap saya adalah sebuah istana raja. Itulah masalahnya kalau tak ambil perhatian semasa penerangan diberikan oleh pemandu pelancong.
.

Gambar 6: Kami berada ditengah-sungai. Bayangkan lebar sungai ini.


Gambar 7: Kelihatan kampung air penempatan orang Champa beragama Islam. Perahu inilah jadi rumah tangga mereka. Mereka hidup samada sebagai nelayan atau bekerja di bandar. Bagusnya kalau ada yang berkecil hati dengan jiran, tengah malam boleh pindah ke tempat lain.


Gambar 8: Bersantai sambil makan buah longan dan mata kucing yang dibeli oleh beberapa orang kawan sebelum kami menikmati makan malam.


Gambar 9: Berkesempatan bergambar dengan jiran sebelah rumah saya yang ikut serta dalam rombongan kami.


Gambar 10: Merasa juga kena tiupan angin yang agak kencang dengan membawa sedikit hujan. Mujur tidak berlamaan sebelum keadaan kembali pulih.


Gambar 11: Menikmati makan malam di bahagian atas kapal yang belayar sambil melihat keindahan mentari terbenam.


Gambar 12: Hotel yang terbesar di bandaraya Phnom Penh.  Bagi kebanyakan rakyat Kemboja, ia hanya mampu dipandang sahaja.


Gambar 13: Bagi yang malas nak naik ke atas, boleh saja duduk-duduk kat bahagian bawah. Lagi dekat dengan makanan.


Gambar 14:  Menaiki tangga selepas penat belayar. Bagi yang lutut yang tak berapa sihat macam saya, satu masalah juga nak daki bukit ni.

Saya balik ke hotel dengan rasa sangat puas. Puas dapat belayar di Sungai Mekong sambil melihat keindahan suasana bandaraya Phnom Penh di waktu malam. Sempat juga mendengar lauangan azan yang sayup-sayup di bawa angin dari kawasan penempatan orang-orang Champa yang berumah di atas sampan dan juga di tebingan sungai. Terima kasih Allah atas keizinan dan limpah kurnia Mu dapat saya merasai pengalaman ini.


10 comments:

  1. hehe.

    kalau saya pilih nak duduk bawah ja. dekat dengan makanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat bawah, pemandangan agak terhad tak mcm duduk atas.

      Delete
  2. Adakah kampur air itu membawa maksud kampung air atau ada maksud yang lain? (pertanyaan ikhlas ni, sebab mungkin saya terlepas tentang sesuatu penerangan sebelum ini)

    Berapa jauh jarak perjalanan dan berapa lama masa yang diambil ya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya mereka tinggal atas air mcm org yg berkampung di darat.
      perjalanan tak ada menuju mana2, hanya sekitar bandaraya Phnom Penh shj kira2 3-4 jam menikmati keindahan pertukaran siang kpd malam.

      Delete
    2. subhanallah .. silap eja. terangnya mata kakcik .. 20/20. komen pertama saya tak perasan lagi .. terima kasih.

      Delete
  3. perkongsian perjalanan pak ngah antara tarikan utama blog ini..cuma agak tertanya pula kenapa pak ngah sering kaburkan gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dikaburkan agar pembaca boleh fokus kpd objek yg ingin ditunjukkan.

      Delete
  4. Replies
    1. alhamdulillah .. rezeki, kesihatan dan kesempatan adalah dariNya jua.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.