Monday, February 17, 2014

PATUT KE CIKGU MINTA ELAUN MENGAJAR ?


Baru-baru saya menerima mesej dari CIMB seperti di atas. Dia kata akan mengenakan caj sebanyak 50 sen sebagai yuran memproses setiap keping cek.  Dia suruh bertukar kepada IBG atau buat Fund Transfer melalui CIMB Clicks. Cukup baik dia punya alasan. Macamlah semua orang ada CIMB Clicks dan pandai menggunakannya. Macamlah guna IBG tu percuma sahaja !

Selama ini seingat saya, yuran tersebut tidak pernah dikenakan kepada pengguna. Saya telah ada Akaun Semasa (current account) sejak tahun 1981 lagi. Masa itu nama bank ini Bank Bumiputra.  Baru-baru ini CIMB teringat nak mengenakan caj itu. Mungkin untung dia sudah berkurangan dan terpaksa mencekik duit pemegang akaun sebanyak 50 sen bagi setiap cek yang diprosesnya. Walaupun cuma 50 sen sahaja bagi satu cek, ada berapa juta cek yang dikeluarkan dalam setahun ?

Bukankah tugas bank selama ini antara lain memproses cek ? Ini serupalah macam cikgu nak minta elaun mengajar. Patut ke ?

Saya memang tak puas hati dengan caj baru ini dan memang dah lama bengang dengan CIMB dan pernah menzahirkannya melalui entri ini tak lama dulu. Mungkin gaji CEO nya masih tak cukup tinggi lagi walaupun sudah mendapat sebanyak RM779,166 sebulan atau sebanyak RM9.35 juta setahun. Takkan nak makan kangkung je hari-hari kan ? 

Bagi yang tak percaya dengan amaun gaji tersebut, sila buat research sendiri.

Berikut adalah gaji yang diterima oleh beberapa orang CEO di negara kita yang saya petik dari satu blog.


1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
 
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
 
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
 
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
 
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)
 
 
Kalau begini gayanya, sahlah kata orang yang kaya kekal kaya dan bertambahtambahtambahtambahtambah kaya dan yang miskin kekal miskin dan bertambah miskin.

~

Friday, February 14, 2014

KALAU BELUM SAMPAI AJAL.



'A lone survivor found among wreckage' - The Star, 13.2.2014


Sering kita terbaca atau melihat di kaca tv akan kisah kemalangan kenderaan di jalan raya atau pun udara yang melibatkan kematian semua penumpang kecuali seorang. Kalau melihatkan keadaan kemalangan itu, pada adatnya memang tidak ada sesiapa yang akan selamat. Namun kuasa dan kehendak Allah tidak ada yang mustahil.

Kali ini saya terpegun bila membaca berita kemalangan tersebut seperti keratan akhbar di atas.

Dalam kejadian itu diberitakan sebuah kapalterbang C-130 yang membawa 74 orang penumpang dan anak kapal, telah melanggar sebuah gunung dalam keadaan cuaca buruk dan terhempas. Kesemua penumpang dan anak kapal terbang tersebut telah terbunuh kecuali seorang. Saya mendapat kesan di sini betapa Allah mahu memperlihatkan bukti kekuasaannya kepada mereka yang mahu merenung dan berfikir.

Maka dengan sebab itu, tidak ada sebab langsung bagi kita yang waras fikiran ini meragui kekuasaanNya dan selanjutnya tanpa ragu-ragu, banyak soal serta alasan,  mematuhi sepenuhnya segala peraturan yang telah ditetapkanNya. 

Saya pernah membuat entri suatu masa dulu melibatkan kemalangan kereta di sini bertajuk "Dari Berenam Hanya Seorang Yang Hidup" dan dalam entri tersebut saya ada menulis seperti berikut ..

"Sesungguhnya nyawa kita semua adalah di dalam genggamanNya. Dia berkuasa mematikan dan menghidupkan sesiapa sahaja yang ditetapkanNya".

 Semoga entri ini ada manfaatnya.


Wednesday, February 12, 2014

WW # 103: KALAULAH TIANG TU DI DEPAN RUMAH YB ..