Monday, February 17, 2014

PATUT KE CIKGU MINTA ELAUN MENGAJAR ?


Baru-baru saya menerima mesej dari CIMB seperti di atas. Dia kata akan mengenakan caj sebanyak 50 sen sebagai yuran memproses setiap keping cek.  Dia suruh bertukar kepada IBG atau buat Fund Transfer melalui CIMB Clicks. Cukup baik dia punya alasan. Macamlah semua orang ada CIMB Clicks dan pandai menggunakannya. Macamlah guna IBG tu percuma sahaja !

Selama ini seingat saya, yuran tersebut tidak pernah dikenakan kepada pengguna. Saya telah ada Akaun Semasa (current account) sejak tahun 1981 lagi. Masa itu nama bank ini Bank Bumiputra.  Baru-baru ini CIMB teringat nak mengenakan caj itu. Mungkin untung dia sudah berkurangan dan terpaksa mencekik duit pemegang akaun sebanyak 50 sen bagi setiap cek yang diprosesnya. Walaupun cuma 50 sen sahaja bagi satu cek, ada berapa juta cek yang dikeluarkan dalam setahun ?

Bukankah tugas bank selama ini antara lain memproses cek ? Ini serupalah macam cikgu nak minta elaun mengajar. Patut ke ?

Saya memang tak puas hati dengan caj baru ini dan memang dah lama bengang dengan CIMB dan pernah menzahirkannya melalui entri ini tak lama dulu. Mungkin gaji CEO nya masih tak cukup tinggi lagi walaupun sudah mendapat sebanyak RM779,166 sebulan atau sebanyak RM9.35 juta setahun. Takkan nak makan kangkung je hari-hari kan ? 

Bagi yang tak percaya dengan amaun gaji tersebut, sila buat research sendiri.

Berikut adalah gaji yang diterima oleh beberapa orang CEO di negara kita yang saya petik dari satu blog.


1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
 
2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
 
3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
 
4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
 
5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)
 
 
Kalau begini gayanya, sahlah kata orang yang kaya kekal kaya dan bertambahtambahtambahtambahtambah kaya dan yang miskin kekal miskin dan bertambah miskin.

~

20 comments:

  1. Pak ngah ... kalau cikgu dpt elaun mengajar .. saya lah yang dulu2 melompat. Umpama mimpi dalam mimpi.... guru skrg ..... byk cabaran lain yang perlu dihadapi dr dok mengharap ganjaran wang . Kena kuat mental dan jiwa menghadapi anak generasi sekarang. Ucapan TERIMA KASIH yang ikhlas itu ... adalah ganjaran yang paling bermakna buat para guru ..... itu sudah cukup .... dan amat2 bermakna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakgah tahu sebab contoh ada depan mata .. anak sulung pakngah jadi cikgu. kesian tengok dia .. macam2 perangai yang terpaksa dia hadapi hari-hari.

      tapi tugas guru agalah tugas mulia .. besar ganjarannya nanti .. ikhlaskanlah diri.

      Delete
  2. Replies
    1. memang rezeki dia .. tapi harus diingat dari mana datangnya rezeki kira-kira RM26 ribu sehari tu !

      Delete
  3. Maybank...kluar duit lebih dari 3 kali sebulan charge 50 sen/singgit (x ingat). Transfer duit to inter-bank charge lima hinggit. Sakit hati jer.

    Perghhhh...tinggi betul gaji CEO CIMB yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap 4 kali kot boleh keluarkan duit dari ATM selain homebranch... Kedekut betul MBB ni...

      Delete
  4. Apa beza jauh sangat gaji CEO CIMB dari yang lain2 tu? Itu dulu time Wahid Omar dgn MBB, kalau sekarang lagi tinggi la kot...

    Saya pun dah banyak isu dengan bank cap CIMB ni sejak tahun 2000... Serik dah nak guna service diorang... Rupanya ramai kawan lain pun sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak reda gajinya tinggi sebab wang saya turut digunakan untuk membayarnya ..

      Delete
  5. Saya percaya amaun gaji CEO CIMB tu sebab suami saya pernag siasat kes di sana satu ketika dulu...opssss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gaji sebanyak itu kat New York oklah kot ..

      Delete
  6. Gini la kehidupan di akhir akhir zaman seperti di nyatakan dahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah bayangkan beza gajinya dengan seorang pengawal yang bersabung nyawa ..

      Delete
  7. Sekuat mana pun kita pelaung Pak Ngah, tak berganjak sedikit pun keputusan mereka tu. Siapa la kita ni. Hendak tak hendak kena ikut je la. Semua bank akan implement benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekurang-kurangnya terlepas juga rasa yang menyesak dada ..

      Delete
  8. Pakchaq pun guna CIMB, dia pun ada bagi tau pasai ni....
    sebelum tu dia dok bersungut pasai bila dia buat transfer duit bayaq utang kereta depa lambat proses sampai dapat notis dari bank yg dia buat loan.. padahal bayaq awai dah...



    ReplyDelete
  9. SATU HARI BERAPA CEK KELUAR? PERGHHH KAYA.. KAYA..

    ReplyDelete
  10. Kadang-kala saya tertanya-tanya, apa yang orang bergaji besar macam tu makan setiap hari?

    Adakah mereka hanya menjamah makanan di hotel 5 bintang setiap hari?

    Patut lebih dari cukup, tak perlu lagi nak tekan lagi pelanggan. Kalau esok-esok, pelanggan berubah angin, baru terhegeh-hegeh nak 'merayu'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya persatuan pengguna di negara kita terlalu lemah untuk memberi tekanan .. .

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.