Surat dari CIMB yang saya tunggu-tunggu.
Pada suatu masa, lebih 5 tahun yang lalu tersebutlah kisah saya diajak, dipujuk dan diasak untuk melabur dalam produk pelaburan yang dinamakannya "Dynamic Market Rider NID-i" dari pegawai-pegawai CIMB Seremban. Pada masa itu saya baru sahaja menerima ganjaran persaraan saya. Oleh kerana tawaran serta prospek yang cantik ditambah rasa tamak, saya pun melaburlah sebahagian besar wang ganjaran saya itu. Banyaknya kira-kira bolehlah membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.8 lengkap dengan assesorinya.
Selepas genap lima tahun, bila pelaburan itu matang, mereka pun mengkreditkan hasil pelaburan tersebut terus ke dalam akuan saya. Saya dapati jumlah wang yang saya laburkan 5 tahun dulu langsung tidak bertambah. Maknanya satu sen pun tatak untung.
Kalaulah saya tahu, baik saya teruskan hasrat asal saya untuk menyimpan dalam Tabung Haji. Tapi orang tua-tua dah kata, kalau rezeki secupak tak kan jadi segantang. Jadi redha sahajalah.
Cuma saya tak faham dan tak puas hati, CIMB mengumumkan keuntungan berbilion ringgit setiap tahun dan ekonomi pun baik mengapa pulak pelaburan saya itu tidak sedikit pun memberi keuntungan. Saya pun menalipon CIMB untuk bertanya kenapa jadi begini sambil menyatakan rasa tidak puashati saya. Mereka yang berada di hujung talian menjawab:
"nasib baik duit encik tu dipulangkan sepenuhnya .. kalau ikutkan masa ini, indeks kami berada jauh di bawah indeks semasa encik melabur dulu".
Dalam pada itu mereka ada hati mencadangkan saya melabur semula (lihat surat) dalam produk baru yang KONONNYA lebih menguntungkan dan selamat untuk saya melabur .. sudahlah !
Tak apalah. Mungkin simpanan atau pelaburan saya itu telah digunakan buat sementara untuk membayar sebahagian gaji CEOnya yang dikatakan berjuta-juta ringgit setahun !
p/s. kepada pembaca yang ada duit lebih dan bercadang untuk melabur, fikir-fikirkanlah.
dah bercakap dengan pegawai yang lima tahun dulu tu ke?
ReplyDeletesejak 3 tahun lalu, saya melabur dalam asb. kemuncaknya, dapat la beli smart phone paling canggih daripada orang lain.
saya bercakap dengan mereka yang bertugas di nombor 1 300 ... yang diberikan dalam surat itu.
Deletepernah juga bercakap dengan pegawai yang lima tahun dulu tu .. dia jawab bukan dia yang menguruskan pelaburan itu .. dia kata dia cuma membuat promosi dan menjual sahaja.
saya harap sangat ada orang atasan CIMB membaca entri saya ini.
mereka memberi harapan pelesu.....tak baik betol!
ReplyDeleteapo nak dikato .. hehe
DeleteAina duit labur kat ASB dan Tabung Haji je...tapi ada jugak sikit kat Public Mutual tapikan semua pun sikit2 jer...:)
ReplyDeletekat public mutual pun bukan semua kaunter yang untung .. kaunter China semua rugi.
Deletepengalaman ni sama dengan pengalaman bapak mertua saya. dah melabur berpuluh2 ribu hasil duit pencen, tapi lepas 5 tahun langsung tiada pulangan. sbb tuh ramai yang labelkan cimb penipu...
ReplyDeletehuhuhu
xbaik tau cimb buat pelanggan camni...
nampaknya saya dengan bapa mertua awak sudah terkena ..
Deletesaya taklah sampai kata mereka menipu tapi mereka tidak bercakap benar atau cakap tak serupa bikin.
emmm macam tu pulak??
ReplyDeletebahaya jugak melabur ni...
tapi tu jugak asam garamnya kan Pak Ngah...
betul .. asam garam orang melabur .. sekarang ini Pakngah nak cari ajinomoto pulak .. hehe
Deletebeli jenama Cukup Rasa...
Deletesecubit je 'enak' rasanya...
hihi
tak berani nak melabur...
ReplyDeletesimpan dalam ASB jer yang mampu setakat ni, hehe.
P/S : nak melabur pun, duit tak banyak. kena tunggu pencen dulu agaknya. :)
yang terbaik adalah dalam Bank Rakyat tapi mereka dah tak terima pelaburan baru .. saya dah masukan duit tu dalam Tabung Haji.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSimpan je dlm tabung haji, selain dr dah dibayar zakat, peratus untung tabung haji lg tinggi dr asb ;)
alaikumsalam
Deletememang telah pun dimasukkan ke dalam tabung haji .. tak tinggi dividen pun tak mengapalah asalkan ada.
eh banyak kurang asam dijawab macam tu.
ReplyDeletemasa mengajak kemain manis mulut
haha .. tanam tebu di bibir.
DeletePak Ngah...kalo ikut kata boss saya...pepatah "Rezeki Secupak Takkan Jadi Segantang" sebenarnya bunyi begini.."Rezeki Secupak Tagan Jadi Segantang"..maksud tagan ialah odds; gambling stakes; bet. Dalam bahasa mudahnya modal/kapital...wallahualam...
ReplyDeletesebetulnya ungkapan itu pak ngah rasa mengingatkan kita orang Islam bahawa selepas kita berusaha bertungkus lumus dan hasilnya tidak sebagaiman yang diharapkan atau dijangka kita harus terima dengan redha ketentuan Ilahi.
DeleteRasanya CIMB memang ada masalah. Hinggakan staffnya pun buat piket beramai2... Inikan pula pelanggan kan...
ReplyDeletememang saya pun ada terbaca dalam blog tentang piket tu tapi tidak pula dihiglightkan oleh akhbar arus perdana atau tv kita.
DeleteMustahillah kepincangan yang berkaitan dengan kerajaan akan di highlightkan dalam tv dan newspaper, Pak Ngah. Siapa juga yang memerintah...pasti ada pros dan cons... Opss...saya dah terlebih.
Deletetak terlebih .. yang sedang sedang saja .. hehe.
Deleteastaga, apa la CIMB ni kan......lebih baik melabur ke lain tempat!
ReplyDeletebersabarlah, belom terlambat utk beralih dan melabur ke tempat lain!
terlambat tu tidaklah .. tapi dah rugi masa 5 tahun !
DeleteAlamak! KONONNYA salah eja...heheheh (itu pula yang saya nampak)
ReplyDeletefasal terlampau geramlah kononnya .. hehe.
DeletePELABURAN MEMANG ADA RISIKO.. PELABURAN YANG TIDAK BERISIKO IALAH PELABURAN HARAM (KONON-KONON)..
ReplyDeletepelaburan haram lagi banyak risikonya bukan sahaja di dunia mungkin juga di akhirat.
DeleteSaya pun berharap ada org2 besaq cimb baca blog pak ngah. Kiya ni asyik dikenakan saja ..... itu pak ngah org yg ada ada. Org yg tak ada ada ...mcm2 yg ditaburkan .... last22 masuk angin keluar asap. Ditindas dan tertindas ....
ReplyDeletebagi pakngah bukan masuk angin keluar asap tapi masuk angin tak ada keluar apa-apa ! hehe
DeleteTak baiknya depa... Makchaq pun rasa macam yg tuan kata tu.. Depa suruh org melaboq buat bayaq gaji bos2 depa... Pasai masa kata rugi pun bos2 besaq tetap dpt bonus berbulan2...
ReplyDeletedia tak kata pun depa rugi .. itu yang buat geram sangat tu .. kalau depa rugi, kita pun faham.
DeleteMungkin ada baiknya Tuan mengkaji semula strategi pelaburan. Sebaik-baiknya pilih pelaburan yang mempunyai risiko rendah. Tumpukan pada simpanan di LTH atau ASB. Pun begitu Fixed Deposit pun punyai kadar yang agak menarik sekarang ni :D
ReplyDeleteJika masih berminat dengan Unit Trust, tumpukan pada fund yang mengkhusus pada "money market".
saya ini sebenarnya pelabur yang pasif .. lepas ini saya nak concentrate dengan Tabung Haji dan Bank Rakyat sahaja.
DeleteBank yg sama ada buat pelaburan utk yg bakal pencen di tempat zino tak tau la berapa ramai yg tertarik dengan skip yg di tawarkan
ReplyDeletesaya tidak mahu dituduh menghasut .. tapi hati-hatilah dengan kaunter yang dipilih.
DeleteTugas salesperson menabur janji manis. Dh kita kompom bagi duit kita, mkn duit haram jadinya. Tugas penjawab telefon adalah memadankn muka kita dgn bersikap kurang ajar. Sama2lah depa yg jahat itu mkn duit harooommm..
ReplyDeleteentahlah .. tak tahu nak cakap apa dah .. sayang semuanya sudah terlambat. hehe
Deletedepa tu semua cari makan je pakcik... yg pusing roda tu org2 atas dan depa pastikan untung roda dapat kat depa je.. Ini Kalilah! hehe.
ReplyDeleteteringat pakcik kepada rancangan "Wheel of Fortune" yg dikendalikan oleh Pat Sajak suatu masa dulu.
DeleteDiorang memang tak bagi penerangan jelas masa promosi dulu kan, ia lah nak menjual, semua pun yang elok jer dicanang, untung berlipat berketak berganda-ganda. Saya ni nasib baik tak der duit lebih untuk melabur, so tak pernah kena lagi la kecuali insurans yang lebih kurang sama jer "konon" dia tu.
ReplyDeleteuncle ingat memang semua jurujual pun begitu terutamanya jurujual kereta secondhand ..
Deletetakkan takde untung langsung...tak logik lah!
ReplyDeletememang bunyinya macam mustahil .. tapi itulah hakikat .. tak ada satu sen pun untungnya.
Deletebapa mertua Shy Syaz spt dalam komennya di atas pun terkena.
salam.
ReplyDeletemaaf kalau saya tiba tiba mencelah walaupun entri ini sudah lama.
saya antara salah satu ejen dari no.1 unit amanah di masi iaitu Public Mutual.
lagi plak saya bekerja di bawah team EBC yang dinanungi oleh Nurhaili ahmad Mokhtar atau lebih dikenali sebagai EllyBillionaire. beliau adalah yang terbaik selama 5 tahun berturut dalam Public Mutual. tak hairan lah service dari team kami adalah lebih baik dari yang lainnya.
pada saya,apa yang penting untuk semua ni adalah atasannya. dan kita kena lihat dibawah siapa,bagaimana cara mereka melaksanakan kerja. sebab sebelum saya berjinak jinak dgn unit amanah ni,saya mengkaji dulu latar belakang kak elly tu. dan alhamdulilah hingga ke hari ini investors kami sgt berpuas hati dgn service yang kami beri :)
Sharing yang bagus to blog owner. Saya turut simpati akan pengalaman pahit yang telah dialami. Adalah sangat penting memilih DANA yang sesuai dengan FINANCIAL LONG TERM GOAL anda. Bukan semua dana memberi keuntungan yang sama, itu memang betul. Bahkan ada juga dana unit trust bond yang memberi keuntungan setakat 3% setahun bagi yang tidak mahu menghadapi risiko langsung. Jadi, penerimaan pelabur terhadap risiko sangat penting. Dana yang memberi keuntungan tertinggi merupakan dana dalam category HIGH RISK. Yang penting, perlu faham bila kah masa sesuai untuk penjualan semula & biarlah pelaburan untuk jangka masa panjang kalau boleh 10 tahun supaya dapat memaksimakan keuntungan. Bukan semudah itu untuk terus buat keputusan untuk invest mana-mana dana sahaja. Sedangkan di bawah Public Mutual terdapat lebih dari 50 dana berbeza sama ada kategori conventional mahu pun Islamic. Lebih baik dapatkan nasihat dahulu dari konsultan berdaftar sebelum buat keputusan & cuba dapatkan proven track record - past performance of the fund untuk reference.
ReplyDelete.
Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & berlokasi di Johor Bahru. Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust
.
" Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "
saya juga pelabur dlm Public Mutual .. ada kaunter yg untung ada juga yg rugi .. tapi secara overall tak rugi.
Deletebiasalah..asam garam kehidupan.. harap dapat bersabar. Juga kene berhati-hati, betul tu. Jangan terus melabur sahaja di kaunter jika belum dapatkan full info. Banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum buat keputusan..
Delete.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust