Alhamdulillah beberapa hari lalu blog saya telah pun melepasi 500,000 kunjungan. Saya terlepas nak buat cetakan skrin. Sebenarnya bilangan itu tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pengunjung ke blog Papa Gomo yang telah mencecah 50 juta. Tahniah Papa Gomo. Tapi tak mengapalah sebab dia berada dalam liga yang berlainan dengan saya. Saya cuma nak buat perbandingan tentang betapa kerdilnya saya.
Cetakan skrin semalam, pengunjung ke blog Papa Gomo seramai 49,474,633.
Berbalik kepada cerita saya, pada 9 Jun 2011, kunjungan ke blog saya mencecah 100,000 orang. Daddy Ziyyad ada bertanya berapa lama lagi nak jejak angka 500,000 seperti di bawah ..
Saya pun jawab "tak tahulah sampai umur ke tidak nanti !" seperti berikut..
Sekali lagi saya ingin mengucapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana memanjangkan umur saya hingga membolehkan saya melihat kunjungan yang ke 500,000. Semoga Dia juga memanjangkan lagi umur saya untuk saya dapat melihat kunjungan yang ke sejuta pulak.
Dari segi jumlah kunjungan pada satu-satu masa pula, beza bilangan kunjungan ke blog saya dengan kunjungan ke blog Papa Gomo adalah ibarat langit dengan bumi.
..
Lihat tu kunjungan ke blog Papa Gomo mencecah 1,130 dalam satu masa. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Papa Pomo. Untuk blog saya mendapatkan pengunjung sebanyak itu mungkin memakan masa 3-4 hari.
Kalau blog saya menerima 7 pengunjung dalam satu-satu masa pun saya rasa sudah sangat bertuah dan bersuka hati.
Namun begitu tujuan berblog antara kita adalah berbeza. Ada blogger yang berblog sepenuh masa sebagai mata pencarian. Ada juga yang hanya suka-suka untuk merakamkan peristiwa atau kisah hidup sendiri dan keluarga. Ada juga yang menjadikan blog untuk tempat berleter. Jadi sudah tentulah usaha dan hasilnya berbeza kerana matlamatnya berbeza. Ye tak ?
Hehehe, betul. Tujuan tu berbeza. Jadi pageview semestinya bukan ukuran nak menentukan apakah sasaran tu dah tercapai.
ReplyDeleteSebab tu ramai pemilik blog yang 'private'kan blog mereka.
mugkin saya tidak terperanjat kalau saya juga akan berbuat begitu satu hari nanti ..
DeleteSalam TH, saya juga sekadar suka2 sahaja utk berblog :) apapun tajuk entri ini mmg ganazzz :)
ReplyDeletesaya cuma nak tunjuk dan menyedarkan diri saya akan betapa kerdilnya saya berbanding dia ..
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah pakngah!
sila lah buat kontes...nak ikut ni ;)
sedang berusaha keras .. nanti ikut jangan tak ikut.
DeleteTang jadikan blog tempat berleter tu, I terasa laa..heeheheheee..Pakngah org ke 6 cakap mcm tu (5 terdahulu tu berbinkan suami saya)
ReplyDeletesaya rasa saya kenal siapa mereka yang dimaksudkan ... hehe.
Delete* kebetulan saya juga punya anak lima.
mohon kontes please..
ReplyDeletesabo !
DeleteAssalam,
ReplyDeleteHebat Pak suda sampei ribu riban kunjungan....Tahniah
alaikumsalam.
Deletesaya jadi malu sama itu papa gomo ..
Tahniah tuan haji. Teruskan. Saya masuk gulungan sekadar mencatit perjalanan hjdup yg dirasakan boleh berkongsi.
ReplyDeletepasti ada yang membacanya ..
Deletehuhuhu.
ReplyDeletetahniah pak ngah...
cepat atau lambat saya tetap baca semua entri pak ngah
:)
terima kasih terima kasih terima kasih ..
DeleteDalam masa hampir 2 tahun, uncle berjaya! hihihih..
ReplyDeleteTak mengapa lah uncle...kunjungan ke blog kita tak berjuta juta lemon pun tak apa, asalkan hasil tulisan kita tak menyebabkan kita menempah tiket ke neraka, Nauzubillahiminzalik..
Bukan setakat tak nak tempah tiket ke neraka tapi tak naklah kena saman sampai berjuta-juta ringgit ..... huhu
Deletesiapa yang nak saman saya, pasti akan hampa kerana saya orang yang tak punya uwang sebanyak itu ! hehe
DeleteBelog kita sama je ... sikit yang datang tapi puashati sebab ada yang sudi baca dan komen. Tahniah dah melepasi 500,000
ReplyDeletetetapi bilangan followers anda jauh melebihi saya ..
DeleteBlog politik dan hiburan memang ramai 'pelawat'
ReplyDeleteOrang mencari benda2 gitu, tambah lagi nak PRU ni.
nampaknya begitulah selera orang kita pada masa ini ..
Delete500,000 itu kira ramai tu bang. Tak ramai kawan2 blogger kita dapat mencapai angka tu. Saya salah seorang yg masih merangkak2 nak capai suku juta pengunjung.
ReplyDeleteTahniah bang!
kenapa harus merangkak .. berjalan tak boleh ke ?
Deletewahh, congrats :333
ReplyDeleteBila baca entry Pakngah ni, buat saya nak cek angka kat blog saya jugak, walaupun mmg saya dah tau view sehari saya 50, 30 adalah diri sendiri. hahahaha
ReplyDeleteTahniah Pakngah, moga panjang umur untuk melihat angka yang lebih panjang. Mohon kontes disegerakan ;)
Insya-Allah kontes itu akan keluar bila-bila masa dari sekarang ..
Deletesaya tak letak alat pengira tu jadi tak tau la berapa orang je yg dah berkunjung hehe
ReplyDeletesaya sudah beritahu di fesbuk akan cara untuk menyemaknya ..
Deletehebat uncle.....saya baru 4angka terawal.Tahniah
ReplyDeletepermulaan tidak penting .. yang penting penghujung atau penamatnya.
DeleteTAHNIAH.. TAK LAMA LAGI BOLEHLAH KEJAR BLOG POLITIK PAPAGOMO TU.. :)
ReplyDeletekecuali saya menjadi blogger gossip ..
Deleteuncle taknak buat blog mamagomo? Hehe!!
ReplyDeleteTahniah uncle!
uncle nak jadi pakargomoi .. hehe.
DeleteAina pangkal 5 jugak Pak Ngah tapi baru 50k hahahaa...lambat lagi nak kejar tu.
ReplyDeletekalau nak cepat, kejar pakngah dari depan .. hehe.
DeleteTulis blog sekadar mengisi masa lapang juga kerana suka membaca.
ReplyDeletesaya juga suka menulis perkara yang ringan2 saja ..
Delete