Gambar 1: Banyak juga bilik air dalam dunia ini saya sudah masuk, tapi tak pernah jumpa lagi amaran dilarang duduk atas sinki di dalam tandas awam. Gambar ini saya ambil di salah sebuah tandas kompleks membeli belah di tempat saya. Mungkin di tempat anda tidak ada kes seumpama ini.
Gambar 2: Kereta Apat warna putih tu memotong lorong jalan dua hala .. dia pun tak lepas, orang dari arah depan pun tak lepas. Sehinggalah pengawal sekolah yang berhampiran keluar dan membantu menguraikan kekusutan. Gambar ini saya ambil dari dalam kereta di depan sekolah anak saya. Mungkin di tempat anda ada kejadian seumpama ini.
Gambar 3: Mungkin dia tak perasan dia meletakkan kereta di tempat meletak motor. Atau pun mungkin dia dah biasa kot ! Gambar ini saya ambil berhampiran rumah saya. Mungkin di kawasan anda tidak ada orang buat begini.
Gambar 3: Mungkin dia tak perasan dia meletakkan kereta di tempat meletak motor. Atau pun mungkin dia dah biasa kot ! Gambar ini saya ambil berhampiran rumah saya. Mungkin di kawasan anda tidak ada orang buat begini.
Gambar 4: Gambar ini bukan saya yang ambil tapi hasil carian Google. Tapi saya percaya pelakunya adalah orang Malaysia. Dan saya percaya aksi seumpama ini biasa berlaku di mana-mana ceruk di Malaysia.
Itulah Malaysia tanah air ku yang penuh warna warni. Apa-apa pun saya berharap untuk mati dan disemadikan di negara bertuah ini. Insya-Allah.
mcm-mcm perkara juga. dunia-dunia.
ReplyDeletetu lah fasal ..
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletePilihan utama utk mati, kalau boleh nak mati di tanah suci, tapi kalau takdirnya lain, biarlah saya mati di negara terchenta ini.
alakumsalam.
Deletejodoh dan tanah perkuburan kita hanyalah Allah yang tahu.
Mana2 tempat pun Pak Ngah ada sahaja orang yang tak reti bahasa.
ReplyDeleteye ke .. ingatkan kat tempat pakngah je !
DeleteSalam Jumaat PakNgah,
ReplyDeleteGambar pertama, barangkali itu gambar dalam tandas laki2, tandas perempuan tak pernah pula saya terjumpa.
Gambar kedua, otak dan hati kat lutut kerana tiada kesabaran.
Gambar ketiga, Penguatkuasa tidak menjalankan tugas menyaman.
Gambar keempat, Tempah tiket, tidak berpakaian lengkap security utk scene aksi2 stuntman.
Malaysia Oh Malaysia, tanah tumpah darahku..
Salam kembali.
DeleteGambar pertama tu memang dari tandas lelaki sebab saya takut nak masuk tandas perempuan. hehe
saya suka komen anda bagi gambar yang ke empat. hehe.
xpernah jumpa lagi yang gambar atas sekali...biasa jumpa nota dekat tandas duduk (dilarang mencangkung di tandas duduk) ...tapi yang lain memang dah selalu jumpa....
ReplyDeletesepatutnya tandas cangkung disediakan dengan bilangan yg mencukupi di tempat2 awam kerana saya geli nak duduk atas tandas duduk.
Deleterakyat malaysia semakin tak senonoh perangainya...... (-.-")
ReplyDeletebukan semua tapi semakin ramai ..
Deletesemua pernah jumpa...
ReplyDeleteade lg.. yg paling menyakitkn hati ialah yg sibuk nk memotong barisan di traffic light sampaikn org yg nk susur kekiri pon tak lps sedangkan lane tu utk org kiri susur... adehh..
OH, Malaysiaku!~
memang saya pun hangin dalam situasi kat traffic light spt yang awak ceritakan itu ..
Deletepaling geram untuk gambar no2 itu.. rasa nak gores dan menang jer kete ituuuu!
ReplyDeletekalau gores kena saman dan mungkin tak menang .. hehe.
DeleteMALAYSIA.. MACAM2 ADA.. :)
ReplyDeleteyg apad tu mmg selalu. dia fikir dia sorang jeke atas jalan ni
ReplyDeletetah hapa-hapa kan.
lepastu kereta semua tak nak bagi dia masuk lorong..
mungkin juga pemandu apad tu telah terhukum perasaan dan jiwanya bila tersangkut dan semua orang memerhatikanya.
DeleteThis is Malaysian... =D
ReplyDeleteBiasa ni uncle..
Kat mana2 ada je...
apa-apa pun, uncle tetap cintakan negara ini ..
Deleteyang gmbr aphalrd tu...
ReplyDeletemcm mana nak buat tu?
terpaksalah pengawal sekolah tu keluar untuk membantu menyuraikan kesesakan yg berlaku gara-gara pemandu apad tu ..
Deletewarna warni jiwa tu ......
ReplyDeleteOrg kita .. kadang2 pentingkan diri ... kurang sabar ...
mau bawa ketul batu ... baling ja..
jangan fikir batu kita je .. orang lain pun entah-entah bawa pistol, bom tangan, kapak, cangkul dll.
Deletemacam2 ragam... gambar 1 sj y sy x penah jumpa.... gambar 2 tu sy setuju ngan nafira...
ReplyDeletekesian pemandu tu, kurang akal, dangkal iman. jom doakan dia berubah menjadi lebih bagus lepas ni... moga dia insaf ngan kemaluan y dihadapi hari tu
zonaku
Deletekalau dia jenis samseng, mungkin juga dia merasa megah dengan kemaluannyan itu ..
Paling geram gmbar yg no.2...
ReplyDeleteKalau bersabar sikit apa salahnya..
Tak pasal2 c alpad tu dh nyusahkn org lain..
memang kerana apad tu, jalan jadi jem di depan dan di belakanngnya ..
Deletekat Chow Kit sering terjumpa kejadian macam dalam gambar no2...dah la sesak, dia pulak bpleh senang-senang menambah sesak...
ReplyDeletedia ingat dia bawak motor kapcai seperti sebelum ini ..
Deletemujur duk di msia boleh juga tengok benda pelik2...
ReplyDeletesekali fikir betul juga cakap cikgu tu ..
Deletekat malaysia macam2 boleh jadi..macam tu juga negara lain..hehe..
ReplyDeletesetakat ni nom4 ja la pernah tengok..huhu
bawa motor tu bahaya la..takut tengok...