1. Ada orang yang faham dan rupa dia pun macam orang faham.
Ini senang cerita. Segala perancangan boleh berjalan beres.
2. Ada orang yang faham, tapi rupa dia macam orang tak faham.
Ini boleh mengelirukan. Tapi tak apa. Kita boleh 'double check'.
3. Ada orang yang tak faham dan rupa dia pun macam orang tak faham.
Ini susah sikit. Tapi tak apa juga. Kita usaha sampai dia faham.
4. Ada orang yang tak faham tapi rupa dia macam orang faham.
Ini susah banyak dan merbahaya. Kadang-kadang perancangan kita jadi caca-marba sebab kita ingatkan dia faham.
Saya ada cerita tentang seorang kawan dari spesis nombor 4 ini. Bila saya cerita mengenai rancangan saya nak pergi memancing ke Tasik Kenyir, dia nampaknya mendengar dengan penuh minat - matanya bercahaya, telinga dia kembang. Dia siap mengangguk-ngangguk dan berkata .. o.k, a'ah, o.k, a'ah lagi. Sehabis bercerita, saya pun tanya dia ..
"kau nak ikut tak ?
"ikut pergi mana ?" .. dia tanya kita balik.
Saya rasa macam nak bagi flying kick jer kat dia masa tu.
Ada sesiapa yang ada kawan macam spesis nombor 4 tu tak ?
Iris sedang tekun mendengar cerita atuknya. Tah tahulah dia faham ke tidak.
Salam Pakcik,
ReplyDeleteBila baca entri pakcik hari ni, sy gelak sendiri. Sy gelak sbb terbyg mcm ne bengangnya muka pakcik ms tu. Lagi satu, sy gelak sbb kdg2 sy mcm kwn pakcik spesis no.4 tu. Heheheheh....
salam kembali.
Deletemulai sekarang awak kena hati-hati bila dengar cerita uncle kalau tak mahu kena flying kick .. hehe.
Tuan,mohon utk share post ini.menarik
Deletemyviputih.
Deletetiada masalah, bahkan berbesar hati. Kalau tak keberatan, linkan ke blog ini nanti.
Dia dah biasa buat mcm tu dgn bini dia agaknya. Pandai berlakon ..... hahaha
ReplyDeletetak baik prasangka tau ..
DeleteSaya ada kawan yg jenis 4 tu..dan kadang kadang saya juga jadi spesis 4 tu..hihihi
ReplyDeletekita serupa .. hehe.
DeleteRamai kot lelaki yang jenis no 4 tu Pakngah, lelaki? Hahaha joke. Dulu ada member sepejabat jenis lagu tu, betul kata Pakngah, memang kerja tak jalan kalau melibatkan dia.
ReplyDeleteSaya pasti Iris faham bila atuknya bercerita, tengok gaya berfikir dia tu. Comelll.
tapi masalahnya atuknya pula yang tidak faham apa yang Iris katakan .. hehe.
DeleteAslkm...
ReplyDelete"Oooooo....macamtu ye...ok...ok...Paham2..."
"Uncle...Tadi yang panjang2 tu cerita pasal ape ye"..hehehe
Paham Le Sangat.. =)
alaikumsalam.
Deletehaha .. lebih kurang macam itulah respon dari spesis no. 4 tu.
Iris juga yang faham..mesti atuk tak flying kick dia walaupun tak faham he he..
ReplyDeletenak jentik dia pun tak sanggup !
Deletehehehe...dah agak,,,mst pkngah nak citer pasal manusia jenis ke4..
ReplyDeletekrn mrk sukar difahami..hik3...
sungguh pandai awak meramalkan ..
DeleteHaha..pelik orang macam ni..fikiran entah ke mana la agaknya..
ReplyDeletemungkin dia tengah fikir malam ni mana nak pergi kempen.
DeleteLempang dia laju2 uncle. Hehehehe
ReplyDeleteIris sgt cumil
tak baik lempang orang .. tampar tak apa. hehe
DeleteKadang2 kalau tengah berserabut dengan masalah saya jadi no 4 tu juga bila anak2 bercakap. Pas tu bila anak tanya balik...nganga...tak baik kan mak buat cam tu kat anak...:)
ReplyDeletesaya biasa buat cenggitu masa kelas Bahasa Arab kat surau .. hehe.
DeleteKesian kawan pakngah tu. Mungkin dia mengelamun ke lain masa pakngah citer kot ☺1
ReplyDeleteComel nya Iris.
dan Iris seputih atuknya .. hehe
DeleteAda kawan spesies no.4 tu hehe.
ReplyDeleteTerasa nak kasi back hand jer.
back hand tu lagi cepat sampai ke sasarannya kan !
Deleteassalamualaikum ... spesis no 4 tuh selalunya mrk tak fokus . Kita dok semangat bercerita , fikiran dia dok melayang tah ke mana ... sabar , sabar ...
ReplyDeletealaikumsalam.
Deleteboleh bersabar tapi kecewa kerana membuang boreh ..
MUKA IRIS MACAM FAHAM JE.. :)
ReplyDeletesaya syak dia pun tak faham .. hehe
Deletehahahaha.
ReplyDeletemacam sokong je pendapat lelaki yang malas nak layan akan buat-buat paham.
at the end tak tau nak tolak macam mane, tu yang kena game or gado...
hehe. pilih la mane satu
pilihlah yang tidak memudaratkan diri sendiri ..
Deletehehehe, bukan tak faham. Tapi tak ambil perhatian, dia fikir lain lah tu. hehehe
ReplyDeletekompom dia fikir benda lain ..
Deleteof course ada kawan utk semua kategori kat atas
ReplyDeletememang pun .. tapi yang spesis no. 4 agak menarik untuk dibincangkan.
DeleteErrr...saya selalu kot buat macam tu kat sorang rakan sekerja. Sebabnya, dia ralit bercerita, tapi saya angguk2 sambil dengar lagu kat headphone. Cuba tak nak layan dia borak, tapi x nak kecikkan hati dia. Bernanah telinga dengar dia 24 jam cerita tentang kegemilangan anak2 dia jer berulang2 kali sampai berminggu2...aduhaii...
ReplyDeletekalau begitu gayanya .. saya rasa memang patut diberi layanan sebegitu.
DeleteAda orang Faham lebih faham daripada faham tetapi dia buat tak tahu saja.golongan ini no berapa?
ReplyDeleteini golongan terpencil yang kedekut .. hehe.
Delete