Friday, April 5, 2013

POLITIK ORANG KITA.


Islam melarang kita mencerca penganut ugama lain kerana pihak yang dicerca pasti akan menghina kita balik dengan lebih lagi penghinaan. Larangan ini jelas dinyatakan dalam surah al-An'am ayat 108 seperti berikut.


سُوۡرَةُ الاٴنعَام

وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬‌ۗ كَذَٲلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُون

 "Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan"

Apa lagi dalam politik, suatu yang ijtihadiah, kita tidak patut menghina fahaman politik pihak yang tidak sehaluan dengan kita. Ini kerana bila satu pihak menghina satu pihak yang lain, maka pihak yang dihina tadi pasti akan membalas balik dengan lebih teruk lagi. Dan perbuatan hina menghina ini akan berterusan hingga ke peringkat yang melampau.

Kita rasa kita sudah dewasa. Lihatlah gambar dan perkataan-perkataan yang digunakan yang saya petik dari blog atau facebook tertentu seperti di bawah dan anda nilaikanlah sendiri.



Yang ini guna perkataan "suwey" kepada PM.


Yang ini kata MB Negeri Sembilan "Tak Ada Telor" .. dia nampak ke ?


Yang ini menyarankan "Gantung Anwar Ibrahim Sampai Mati"


Yang ini tulis "BN DI TAHIKU'.


Yang ini pula kata Nik Aziz Mulut Setan/Mulut Longkang siap dengan gambar selipar masuk ke dalam mulut Tuan Guru Nik Aziz.

 
Yang ini bagi saya amat-amat keterlaluan. Saya kira individu yang terlibat sudah hilang akal budi sehingga tergamak membuat posting sedemikian rupa.

Saya cuma mampu mengurut dada sambil berharap fenomena ini hanya sementara. Tapi saya percaya semasa dalam tempoh kempen pilihanraya ini, serang menyerang akan bertambah hangat. Tidak kiralah siapa yang memulakannya tetapi kesudahannya amatlah memalukan orang kita sendiri. 

Diharapkan selepas selesai pilihanraya nanti, keadaan kembali normal seperti   kata pepatah 'biduk lalu kiambang bertaut'.  Mungkinkah begitu ?


35 comments:

  1. ye ...betul. Islam melarang caci mencaci. Lebih kita berdiam diri dari mencaci. Rakyat sudah pandai menilai yang baik dan buruk, Betul kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rakyat sudah pandai memilih dengan syarat mereka hendalkan diberikan maklumat yang lengkap dan benar.

      Delete
  2. orang kata politik tu kotor. mana mungkin politik tu kotor secara semulajadi melainkan manusia tu sendiri yang main kotor dalam berpolitik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. politik itu perlu dan mengotorkannya adalah mereka yang terlibat serta yang menyokongnya.

      Delete
  3. ohya, baru perasan. sekarang komen dalam blog tuan ni kena melalui proses approval, tak macam dulu. kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan semua tajuk .. cuma entri tertentu sahaja yang saya jangka akan mendapat komen nakal yang saya pasang comment moderation tu !

      Delete
  4. politik memang kotor.. teringat buku yg terbit masa PRU yg lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zat politik itu sendiri tidak kotor tapi mereka yang bergiat dalam politik yang kadang2 mengotorkannya.

      Delete
  5. Hina menghina sesama parti ni takkan berhenti...dan rasanya tidak berpenghujung....

    ReplyDelete
  6. MANA PERNAH REDA PAK.. DARI LEPAS PRU12 SAMPAILAH SEKARANG, TAK HABIS-HABIS.. LEPAS NI PASTI BERSAMBUNG SAMPAI KE PRU14. TAK CAYA TENGOKLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengoklah keputusan p/raya kali ini .. kalau yang kalah dan menang hampir seimbang, mungkin telahan awak itu benar.

      Delete
  7. Ya Allah, macam ni sekali orang kita berpolitik. Terkedu saya tengok gambar2 ni Pakngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah pun tengok sekadar untuk mengambil maklum sahaja.

      Delete
  8. Saling mengutuk, saling mengata...Kita yg jadi pemerhati ni penuh dlm kepala. Kesian kan, saudara sesama Islam bercakaran. harap2 lepas PRU nanti segalanya akan baik2 belaka,Insyaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sangat berharap begitu .. kawalan yang terlampau longgar pun bermasalah dan kalau terlampau ketat pun bermasalah.

      Delete
  9. Dalam berkawan, saya selalu ambil pendekatan 'elakkan bercakap hal politik' bila saya tahu kawan saya itu tidak sama pandangan politiknya dengan saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun serupa .. malas nak bergaduh tak tentu fasal,

      Delete
  10. Salam Tuan haji...

    Perang politik kepada mereka yg tidak mengunakan akal..... dan utk di terima mereka yg tidak berakal..... namapun perang politik....lagi kotor lagi baik bagi mereka......

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tapi keadaan ini tidak boleh berterusan .. sesuatu harus dilakukan agar ia tidak menjadi suatu budaya yang menjijikan.

      Delete
  11. Pak Ngah kadang2 org yang tak ada kena mengena dengan politik tu yg lebih2 maksud Aina penyokong depa. Walahal pemimpin2 ni kalau jumpa elok ja bersalam dan berborak.

    Ikut hati mati ikut rasa binasa jadilah ikut akal fikiran, buat pertimbangan sebaik mungkin sebelum menulis, bercakap atau menyampuk cakap orang lain. Aina tak minat politik tp sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Aina tetap pi mengundi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tidak berminat untuk berpolitk secara aktif .. namun sentiasa mengambil tahu kerana mahu tidak mahu ia melibatkan masa depan kita juga.

      Delete
  12. Saya memang elakkan bab politik.
    Komen saya :
    Bab politik ni, penyokong2 tu yang terlampau fanatik n taksub dengan parti itu jer sanggup buat macam2.
    Walhal calon yang bertanding tu tetap ahli politik. Mana2 ahli politik sama jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kepada penyokong yang kadang2 mengikut sahaja tanpa tahu ujung pangkal .. hanya berdasarkan ceramah dan surat khabar parti tertentu sahaja.

      Delete
  13. Salam Pakcik,

    Subhanallah. Urut dada sy tgk perbandingan antara Nik Aziz ngan khinzir tu. Tak apalah. At least, kita tahu siapa yg betul dan siapa yg tak betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      memang yang buat posting kompom tak betul atau belum betul.

      Delete
  14. Betul tu tuan.. Bila ikut hati..mati.. ikut rasa .. binasa... ikut nafsu.. gila.. jadi bersederhana itu lebih baik.. semua ada hak dan pandangan masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kita masih belum pandai dalam adab berbeza pandangan lagi.

      Delete
  15. sedih lah tengok bila melayu gaduh sesama melayu..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sungguh menyedihkan .. tapi mahu tak mahu itulah realiti yang harus kita hadapi.

      Delete
  16. Sdr KomenSen,

    Assalamualaikom,

    Mulanya saya 'ngeri' juga hendak meneruskan pembacaan dalam catatan ini. Namun, apabila saya gagahi juga membacanya, saya melihat ada 'harmoni' dalam catatan ini.

    Berpaksikan kepada nas-nas agama, tuan tidak mengusik perasaan sesiapa.

    Selamat menyambut ' Hari Pilihanraya Ke-13".

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikomsalam.

      saya gembira bila saya lulus penilaian tuan .. maaf juga dipinta kerana telah menimbulkan kengerian seketika.

      Delete
  17. Tak terkata kerana tiada kata seindah bahasa.

    ReplyDelete
  18. salam PakNgah,

    kalau ada pilihan -Sangat Suka, cikda nak tick sangat suka kat reaksi kat atas tu..

    sedih tgk penduduk mesia ni.. apa la yg taksub sangat dgn parti2 tu..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.