Saya dapati Facebook banyak manfaatnya. Saya tidak nafikan ada juga mudharatnya. Ia bergantung kepada niat kita sebenarnya.
Melalui Facebook saya dapat berhubung semula dengan rakan-rakan lama yang ada di antaranya sudah 30-40 tahun tidak berjumpa. Tanpa bantuan Facebook, tipis agaknya untuk berhubung semula. Kalau berlaku pun mungkin hanya secara kebetulan sahaja.
Di antara rakan Facebook saya, ada rakan lama satu kampung, satu sekolah, satu univerisiti dan juga satu pejabat yang telah terputus hubungan sejak sekian lama dan majoritinya adalah rakan baru yang tidak pun pernah kenal sebelum ini ini.
Dalam entri ini saya nak cerita dan tunjuk gambar saya menghadiri kenduri rakan fesbuk, samada kenduri kawin anaknya atau kenduri kawin dia sendiri.
Gambar 1: Kenduri anak rakan Facebook yang juga rakan sekerja lama - Wisma PKPS, Shah Alam. 31/3/2013.
Gambar 2: Kenduri kawin anak rakan
Facebook dan juga bekas rakan sekerja - Ampang Hilir, 24/3/2013.
Gambar 3: Kenduri kawin anak rakan Facebook yang pernah berjiran semasa saya tinggal di kuarters Putrajaya suatu masa dulu - Kampung Paya Indah, Wetland, Dengkil - 9/2/2013.
Gambar 4: Melalui Facebook juga ibu pengantin yang pernah menjadi staf saya suatu masa dulu dapat menjejaki saya dan mengundang saya hadir kenduri ini. Kajang, 27/5/2012.
Pada 9 Mac 2013 lalu, saya pergi ke kenduri kawin di Melekek, Melaka, Malaysia. Tapi cerita saya pergi kenduri kawin yang ini agak menarik untuk dikongsikan.
Yang kawin ini adalah rakan Facebook saya sendiri. Saya tidak mengenali dia sebelum ini. Saya add dia masa saya mula-mula berfacebook sebab pada masa itu saya belum ramai kawan lagi. Ada sahaja orang yang bernama Hamzah atau berbin/binti Hamzah saya akan add. Saja suka-suka. Ada yang terima dan ramai yang tidak. Di antara yang terima itu adalah Mahfuzah.
Yang lucunya dia adalah adik kepada pegawai rakan sekerja saya. Selain dari itu Pakcik dia pun kami saling kenal mengenali. Perkara ini saya ketahui kemudiannya. Kalau saya tahu lebih awal, mungkin saya tak add.
Gambar 5: Saya suka papan tanda ini. Antara tulisan yang menarik perhatian saya ialah - Hamzah dan Siti Aminah Kahwinkan Anak. Nanti bolehlah saya tiru idea ini bila saya kahwinkan saya punya anak nanti.
Gambar 6: Saya cukup berbesar hati bila sebaik sahaja dia ternampak saya lantas berkata "Ehhhh .. ayahanda !". Ternyata dia amat gembira dengan kehadiran saya. Inilah mudahnya kalau gambar profil kita diletak gambar sendiri yang terbaru.
Saya telah pun membuka akaun Facebook untuk Makngahnya. Saya lihat dia gembira kerana dapat berhubung semula dengan kawan-kawan lama, guru dan juga dengan anak-anak yang tidak duduk bersama. Tapi saya sendiri tak friend dengan dia.
tak kawan ngan mak ngah dah cukup berjaga-jaga dah pak ngah
ReplyDelete:)
tak ada juga .. dia bebas membaca fb saya dan begitu juga saya bebas membaca fb dia.
DeleteKalau letak gambar zaman 70an mungkin sukar nak cam.... :)
ReplyDeletebetul .. itu sebab saya selalu letak gambar terkini.
DeleteAcik nak add mak ngah.he he.betul la..acik pun dah jumpa kawan sekolah melalu facebook dan jugak anak2 jiran lama dulu dah besar dah bekerja.tua dah rupanya he he..
ReplyDeletememang seronok jumpa kawan lama .. tapi masalahnya bukan semua kawan lama ada akaun fb.
DeletePakNgah..nanti saya kawinkan anak saya jemput PakNgah ye.. tapi lama lagi lah.. anak lelaki saya baru 8 tahun..ngeee..
ReplyDeleteinsya-Allah .. lepas form 5 nanti, suruh dia kawin. hehe
Deleteok! saya beritahu rahsia yang saya simpan dari pengetahuan pakcik...rupanya!..ada seorang kawan pakcik tu, memang saya kenal!..kawan lama pakcik itu berkahwin dengan saudara saya,secara tak sengaja saya perasan akan dia bila pakcik upload gambar lama pakcik...
ReplyDeletekalau saya tahu,mungkin saya tak respon bila pakcik add saya :)
( hehee.. gurau je ye, pakcik! )
awak punya gurau campur serius kan ?
Deletesiapakah nama kawan lama pakcik tu ?
gurau campur seganlah pakcik... hihihii
Deletekawan pakcik tu namanya Awadz
owh .. En Awadz itu seorang kawan lama yang sangat baik. pakcik tak ada apa nak cakap tentang dia melainkan semuanya baik-baik belaka.
Deletekalau jumpa dia kata uncle kirim salam.
InsyaAllah,jika saya bertemu dengannya...saya pun dah lama tak jumpa dia dan keluarganya..
DeleteSila bg FB name Mak Ngah manalah tahu saudara Mak Ngah tah2 saudara saya jugak...ngeeee...
ReplyDeletenanti bila saya jumpa dia, saya aka ajukan permohonan awak. hehe.
DeleteAyahanda?... Err... IM gerun sikit dengan gelaran tu jika di letak pada IM..
ReplyDeletedia panggil ayahanda sebab ayahnya senama dengan saya.
Deleteitu semua tertakluk kepada izin Allah ..
ReplyDeleteso far saya cuma approve n add org yang saya kenal..rata2nya kawan sekolah,kawan lama dan saudara ja..yg lain mmg tak terima..kadang2 ja sya add kawan blogger..hehe ^^
ReplyDeletelepas ni bolehlah awak add uncle pulak sebagai kawan blogger ..
DeleteBanyak manfaat Facebook ni jika digunakan untuk tujuan yang betul.. :D
ReplyDeletetak fren dgn mak ngah ehh...takot kantoi ehh?? ahahahah
ReplyDeletenak fren apa lagi .. kan ke kita sudah menjadi suami isteri. hehe
Delete