Tuesday, April 9, 2013

ADAKAH ANDA BAIK HATI ? UJIAN 2.



Gambar hiasan hasil carian Google.

Entri ini adalah sambungan dari entri yang serupa sebelum ini di sini.
Menarik untuk dibaca komen-komen yang diberikan.

Ujian 2: Katalah anda sedang menunggu untuk mendapatkan tempat letak kereta di sebuah pusat membeli belah yang penuh sesak kerana dekat nak raya puasa. Di belakang anda terdapat berbelas-belas buah kereta lagi sedang menunggu. Anda sudah menunggu lebih dari setengah jam bersama pasangan anda serta dua orang anak atau anak saudara yang masih kecil. Masa itu pulak hari sangat panas. Tetiba ada sebuah kereta keluar betul-betul di hadapan kereta anda.

Soalannya, adakah anda akan  memberi peluang kepada Pakcik tua yang kebetulan keretanya berada dibelakang kereta anda untuk mengambil tempat letak kereta tersebut ?

a. Ya.

b. Tidak. 

Kalau jawapannyanya 'a', anda adalah orang yang terlalu amat sangat baik hati. Akibatnya anda mungkin akan bermasam muka atau bergaduh dengan pasangan anda dan balik kampung masing-masing masa raya nanti.

Kalau saya pilih 'b' dan minta maaflah kepada Pakcik tua tu sebab saya pun sudah tua .. hehe.

25 comments:

  1. saya pilih b...dalam situasi begitu, mesti dia paham...hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju .. kalau kita beri pun mungkin dia terpinga-pinga.

      Delete
  2. Saya masih muda..dan boleh cari tmpat parking lain..InsyaAllah pasti ada...Jadi saya pilih A..sebab saya pantang tgk pakcik tua menunggu...mesti teringat ayah saya kt kampung yang dah tua..macam mana kalau kena kat ayah saya sendiri situasi macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh mulia hati mu .. bagus kalau ramai anak muda bersikap begini.

      Delete
  3. Best jugak jawab ujian macam ni? boleh buat kita berfikir sejenak dan berikan pendapat dgn ikhlas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya .. berikan pendirian dengan jelas dan ikhlas.

      Delete
  4. Masalahnya uncle, mmg tak pernah nak perasan driver di belakang kita tu, muda atau tua! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi uncle percaya kalau kat belakang tu driver yang cun-melecun tentu awak perasan kan ?

      Delete
  5. Pak Ngah.. jawapan saya sama encik Daddy Ziyyad.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Saya pilih A sebabnya saya masih muda tetapi suami saya sudah tua...eheheee... Boleh gitu?

    ReplyDelete
  7. Kuih koci boleh la mengalah..Soal parking jangan harap le...hehehe...parking lebih kritikal daripada kuih koci...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kritikal kerana kuih koci boleh beli atau pun diganti dengan kuih lain tapi parking tiada penggantinya ..

      Delete
  8. kehkehkeh....

    baiklah pilih b... pakcik tua kan datang setengah jam lambat dari saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat ke cepat itu bukan persoalannya .. saolnya nak beri ke tak nak beri !

      Delete
  9. Kalau saya takkan tunggu selama tu at the first place, so saya pilih C: blah terus.
    hihihi (maaf jawapan saya pandai-pandai sendiri).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dalalm pilihanraya, jawapan awak dikira sebagai undi rosak .. hehe

      Delete
  10. kalau uncle sekalipun yang drive kat belakang saya akan pilih B jugak! hahaha!!!

    ReplyDelete
  11. ini komen apa pulak panjang2 ni tapi tak berkaitan .. lagi sekali buat macam ini, saya akan ban terus ..

    ReplyDelete
  12. jawapan saya pastilah tidak sebab:
    saya kat depan, bagi ajelah saya parking, kalau saya bg org belakang utk park, dah la create jem lagi teruk, pastu nak alih2 keta bagai, kan menyusahkan......
    sorry la, bukan sebab penting diri, tapi itulah hakikatnya......betul kata gadis bunga, kalau uncle kat belakang saya pun saya tetap akan parking juga ... dulik apa saya! wakakkakakakakakkakakkaka

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.