Apakah perasaan anda jika anak anda diperlakukan begini ? Atau apakah perasaan anda sekiranya adik anda diperlakukan begini ? Atau apakah perasaan anda jika anak saudara anda diperlakukan begini.
Kalau anda tidak mahu mengambil apa-apa tindakan dan sebaliknya memaafkan sahaja, saya hormati dan kagumi pendirian dan keputusan anda kerana saya mungkin tidak mampu berbuat begitu.
Bagi saya tiada sesiapa pun yang patut dan boleh bertindak sampai begitu rupa kepada orang lain apa lagi kepada mereka yang tidak mampu melawan, walau apa jua kesalahannya.
Beginikah cara Islam mendidik atau menegur anak murid kita ? Tentulah tidak sama sekali.
Sumber: Sini.
Sumber: Sini.
Astaghfirullah.... Apa la salah budak tu sampai sebegitu dihukumnya -.- tssskkk
ReplyDeletekalau salah pun, janganlah dihukum begitu sekali, Ia seolah-olah ingin melepaskan dendam.
DeleteDah 33 tahun saya mengajar tapi se tau saya lah, di sekolah kerajaan setiap salah laku pelajar tindakan hanya boleh di buat mengikut ketetapan dari badan disiplin termasuk unit kaunseling selari dgn perkeliling dari JPN.Tambah2 sekarang ni, murid pantang di sentuh sikit, mula lah isu saman menyaman. Yang kat video ni, mak bapak dia orang tak tau ke? Pihak sekolah tak ambil pot ke? Tu saksi ramai tu tak de yang mengadu ke? Ustaz tu ada kelulusan dlm saikologi pendidikan ke? Risau saya tengok.
ReplyDeletesaolan itulah yang bermain dikepala saya .. saya rasa peristiwa itu berlaku di sebuah sekolah pondok milik persendirian.
Deletehuhuhu. sedihnya. macam2 dunia zaman sekarang ni :(
ReplyDeleteKena buat laporan polis ni. Sesuka hati undang2 letak kat kepala lutut dia...
ReplyDeleteAstaghfirullah.... terkedu saya tengok video ni. Kalau berlaku kat saudara saya, in fact kat budak tu pun saya dah geram sangat nengok. Takder tindakan ker atas lelaki tu? Macam dah biasa buat jer, kurang ajar.
ReplyDeletesaya lebih geram lagi melihatkan orang sekeliling yang membiarkan sahaja perkara itu berlaku termasuklah yang mengambil video ini .. saya kira mereka semuanya bersubahat.
DeletePakai kupiah putih berkelakuan begitu?
ReplyDeleteNauzubillah
itulah pasal .. kalau ia berlaku di Sek Henry Gurney, tidaklah ia menjadi isu besar bagi saya.
Deletebukan nak cakap tinggi, dlm tangan saya ni lagi ada macam2 kisah pasal ustaz2 ni... takder maknanya saya nak hantar anak2 ke asrama2 mcm ni...
ReplyDeletetp warden sekolah asrama penuh kerajaan pun serupa jugak, cuma takder org berani nak rakamkan jer...
bg saya, anak2 saya biarlah membesar dibawah ketiak saya jer sehingga cukup umur mereka utk dilepaskan bagi mendepani manusia yg pelbagai rupa, biar la org nak kata apa...anak saya aset saya, saya yg mengandungkannya, saya yg melahirkannya,saya yg menyusukannya, apa pasal pulak senang2 nak kasi org lain sambung mengasuhnya? kalau terkena yg baik Alhamdulillah tp kalau terkena yg macam dlm video tu? mau makan terajang saya pulak! jangan ingat saya ni perempuan, lelaki boleh buat sesuka hati kat anak2 saya..
tp tu la.kebanyakan ibu bapa ntah atas dasar apa, macam terpaksa rela jer anak2 dilayan sedemikian rupa, apalagi kalau anak2 duduk bersama mereka pun layanan mereka lebihkurang sama...semoga kita muhasabah diri sendiri sebagai ibubapa kpd anak2 kita, bak kisah dalam satu sirah Nabi saw tentang ibubapa yg terlebih dulu menderhaka kepada anak2nya...
ustaz tu jangan jumpa saya jer! ya, mmg saya emosi ni!
awak adalah seorang ibu yang sangat baik yang terlalu sayang kepada anak2 serta sanggup melakukan apa sahaja demi melindunginya anak2 dari dikasari oleh orang lain .. saya percaya komen awak mewakili perasaan semua ibu yang lain.
Deleteterlampau pula, sampai begitu sekali. Sabar pun ada hadnya, kita ni pun manusia biasa tp jgn lah smpai begitu.
ReplyDeletesaya pun hilang sabar hingga keluar perkataan yang tidak patut kepada ustaz tersebut bila melihat video ini ..
DeleteKalau saya, saya saman.
ReplyDeleteSaman sampai tercirit 2 keturunan dia nak membayar saman.
ada ke duit ustaz tu nak membayar saman awak .. paling2 pun masuk penjara. kerajaan yang membayar makan minumnya.
DeleteKALAU BUDAK TU BUAT SALAH SEKALIPUN ADAKAH ITU CARANYA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN?
ReplyDeletetak kisah la apa salah budak tu tapi cara cikgu tu sangat saya tak setuju.. kalau anak saya di perlaku macam tu saya pasti ambik tindakan..utk rekod saya pernah bergegang leher di sekolah kerana mempertahankan anak saya di sekolah.. nanti saya buat entri pasal kisah lama tu..
ReplyDeleteteruskan hasrat membuat entri mengenai berpegang leher itu .. kalau ada gambarnya sekali lagi bagus.saya teringin nak melihat bagaimanakah agaknya rupa orang berpegang leher.
DeleteBab2 macam nilah Aina takut hendak lepaskan anak ke sekolah berasrama.
ReplyDeletebarangkali elok anak kita belajar karate dulu sebelum dihantar duduk sekolah berasrama ..
Deletealahai, tak dapat tgk videonya pakngah, sudah di 'removed'. Tp dari komen2 di atas, mesti tak masuk akal langsung tindakan ustaz ni ya....hmmm.
ReplyDeletebijak awak menggambarkan walaupun tak dpt tengok videonya ..
Deletebaru ja tengok tadi..memang sadis betul la .. huhu..kalau betul pun budak tu ada buat salah jangan la buat macam itu..
ReplyDeleteAla...tak sempat nak tengok..the video has been removed...
ReplyDeletenasib baik saya buat entri ini cepat, kalau tidak saya pun tak dapat tengok. kisahnya adalah mengenai seorang ustaz membelasah seorang muridnya dengan teruknya .. ditempeleng, ditendang, dibagi 'back hand', ditarik telinga .. saya sangat kesian pada murid yang diperlakukan begitu.
Delete