Macam tak percaya hari ini telah masuk tahun ke 5 saya berblog. Entri pertama saya yang tersiar dan masih kekal sampai ke hari ini bertarikh 24.4.2009. Maknanya kelmarin telah genap 4 tahun saya berblog. Kalau di ibaratkan kepada manusia, umur 4 tahun masih lagi di peringkat kanak-kanak, tapi dalam alam berblog umur 4 tahun telah memasuki alam belia. Manakala umur 5 tahun pula, saya berpendapat telah memasuki alam dewasa.
Berikut adalah pendapat saya mengenai fasa berblog mengikut umur blog.
Tahun pertama - bayi
Tahun ke dua - kanak-kanak
Tahun ke tiga - remaja
Tahun ke empat - belia
Tahun ke lima dan seterusnya - dewasa.
Daripada tinjaun rambang saya, ramai rakan-rakan blogger saya yang tidak lagi berblog atau pun tidak aktif lagi selepas tahun ke empat mereka berblog.
Walaupun saya merasa agak kehilngan dengan ketidakaktifan mereka berblog dan mengomen atau mungkin sudah bersara terus, namun dari masa ke semasa saya mendapat pengunjung atau sahabat baru yang telah berjaya menyuntik semangat kepada saya untuk terus berblog.
Dan yang terpenting yang menyebabkan saya masih lagi giat berblog adalah kerana sokongan dari sahabat lama dari mula berblog sehinggalah sekarang ini. Saya tidak mahu menyenaraikan nama-nama mereka, bimbang kalau ada yang tercicir.
Kepada sahabat-sahabat yang baru, lebih-lebih lagi kepada sahabat lama yang terus memberi sokongan dari dulu hingga ke hari ini, saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada anda semua.
wahhhh..tahniah PakNgah...dah masok thn kelima yeee...teruskan berbelog...
ReplyDeleteTahniah dan selamat ulang tahun buat blog Komensen.....semoga terus seronok berblog....kira saya tua sikit la berblog saya mula berblog tahun 2008 mungkin bulan september...
ReplyDeleteAsSalam PakNgah,
ReplyDeleteCongrats, teruskan menulis. Saya pembaca setia..hik3x
Salam TH gamaknya saya dah masuk tahap belia la kut :)
ReplyDeletekeliru pulak, empat atau lima.
ReplyDeleteapa pun, selamat ulang tahun untuk komensen...
yang dah lepas 4 tahun .. sekarang masuk tahun ke 5.
DeleteAslkm,
ReplyDeleteUncle selamat menyambut ulang tahun kelima...semoga terus berblog..=)
lama tu...uncle jangan stop berbelog tau...saya masih suka baca entri uncle :)
ReplyDeletetahniah kerana dah berusia 5tahun
ReplyDeletesaya adalah tahun ke7 hehe
SAYA BARU PERASAN.. BULAN 4 NI SUDAH 4 TAHUN SAYA BERBLOG.. :)
ReplyDeleteSemoga Tuan lebih rajin untuk tahun ke 5 dan seterusnya :D
ReplyDeleteSelamat menjadi dewasa, Pak Ngah. Err, saya dah 6 tahun. Dah usia emas kot... Tapi ilmu blogging masih seciput.
ReplyDeletehappy anniversary pak ngah...rasanya saya lagi lama kot....tapi kawan saya hanyalah seciput, but i value those 'ciputs' :))
ReplyDeleteSalam hormat Pak Ngah.. :)
ReplyDeleteSelamat berblog..saya still dua tahun...kecik gi...kena belajar tatih :)
tahniah PakNgah!
ReplyDeleteWah, lima th dah masuk dewasa...kok dah masuk warga emas camna lak pulak gaya penulisannya tu
Mengiut perkiraan kalendar blog, Pakngah sudah "dewasa", saya kategorikan sebagai otai. Selamat ulangtahun ke5 Al-Lavendari, dari saya yg masih "bayi". Teruskan berblog Pakngah ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteSaya berterima kasih di atas ucapan tahniah dan juga galakkan yang diberikan oleh anda semua kepada saya. Saya amat menghargainya.
Pak Ngah jangan le jemu menulis nanti ramai yang rindu-rinduan.
ReplyDeleteTahniah kerana masih gigih menulis!