Sunday, April 14, 2013

APA SALAHNYA ENTRI SAYA INI ?

Entri saya yang bertajuk Inilah Malaysia kelmarin mengenai sikap kurang  bertimbang rasa segelintir rakyat kita telah mendapat komen yang agak menarik di Google+ saya dari seorang yang saya kira sedang kemaruk berpolitik. 


Lihat komen dia yang mengatakan saya sengaja mencari kesalahan dan mendakwa pemerintah sengaja tidak melaksanakan peraturan dan undang-undang yang berkesan. Saya jawab balik dengan memberi 3 points bagi menyanggah apa yang didakwakannya itu ..


Dia pun menjawab balik dengan nada yang hampir serupa dengan dakwaanya yang mula-mula tadi tanpa mengulas sedikit pun 3 points yang saya bangkitkan. Jadi saya berpendapat tiada gunanya saya menjawab balik kerana ia tidak akan berkesudahan.

Di samping itu, entri di blog Puisi saya juga tidak terlepas dari komen beliau. Walau bagaimanapun dia tidak menjawab balik komen balas saya. Mungkin dia tidak sedar akan komen balas saya atau "senjata makan tuan". Entahlah.


Kenapakah blog puisi saya hendak dipolitikkan juga. Kalau ia pun minat sangat berpolitik, tengok-tengoklah gelanggangnya dulu.

Semalam selepas sembahyang Jumaat di masjid baru di tempat saya, sempat saya ambil gambar di bawah. 


Mungkinkah larangan supaya jangan berludah dan berkahak di dalam masjid itu berpunca kerana pemerintah juga yang "sengaja tidak melaksanakan peraturan dan undang-undang yang berkesan".

Saya berharap mendapat komen yang jujur dan ikhlas dari anda semua. Adakah saya bersalah mendedahkan tingkah laku yang kurang bertimbang rasa segelintir rakyat kita dalam entri tersebut?


50 comments:

  1. Eeemmmmmmmm ...saya surrender bab ni. Tak tau nak komen apa....heheheheh

    ReplyDelete
  2. hahahaha...

    ini semua masalah individu... ape kena mengena ngan pemerintah pulak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle pun mula-mulanya tertawa membaca komen dia tu .. semuanya salah pemerintah. kalau anaknya nanti ponteng sekolah atau gagal SPM, agaknya pemerintah juga yang akan dipersalahkan. hahaha.

      Delete
    2. sebab pemerintah mengeluarkan dasar pendidikan yang anaknya cannot go??

      gitu?

      adeyh... susahla kalau orang yang tak belek kesalahan sendiri dan intai jenguk kesalahan orang lain.

      macam-macam...

      Delete
  3. Assalamualaikum,
    Kalau ikut pendapat saya yg masih mentah tentang cerita hidup ni, mudah aje:
    Kalau undang2 Allah pun ramai yang tak mahu ikut, apalah sangat tentang undang2 manusia. Undang-undang dari langitpun tidak mampu aman damai makmurkan bumini bukan sebab undang-undang tu yang tak sempurna, tetapi kita sendiri yang suka langgar undang2.

    Allah kata, kita wajib berbuat baik sesama manusia, tapi kita...sengaja cari gaduh. Itu baru satu hal, belum kira hal2 yg lain lagi.

    Kalau ikut Prof Muhaya; kita tak boleh ubah orang lain utk jadi baik, tapi kena ubah diri sendiri supaya jadi baik. mudah-mudahan kita yang baik itu mampu mempengaruhi orang lain juga untuk sama-sama jadi baik.

    Errrr...macam dah terlebih panjang dari entri pulak dah komen ni. Ampunnnnnn Pakngah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih .. sangat bagus komen ini .. mari kita mulakan dengan diri sendiri dan keluarga kita dulu.

      Delete
  4. SEKARANG NI SEMUA CERITA MESTI NAK DIKAITKAN DENGAN POLITIK.. ADUHAI, SUDAH-SUDAHLAH TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Fairuz....apapun perkara biar sederhana....dan sentiasa berpandangan positif.... :)

      Delete
    2. itulah masalahnya .. bila isu yang tak ada kena mengena dengan politik pun cuba juga sedaya upaya nak dikaitkan dengan politik .. letih !

      Delete
  5. hehe..panas..panas.

    setuju dengan komen fairus...musim pilihanraya ni semua benda nak dikaitkan dengan politik. naik menyampah dibuatnya. lebih-lebih lagi bila bukak facebook.....apa saja post pun mesti ada nak perli..nak menyindir..tak kisah la pro kerajaan ke..pro pembangkang je...dua2 puak sama je. "cemuih" orang utara cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya .. memang mencemuihkan dan hati pakngah jadi panaih .. kalau pakngh buat entri hentam parti politik tertentu, lainlah.

      itu sebab pakngah balaih balik ..

      Delete
  6. Salam hormat salam muhibbah buat PakNgah yang Ummi sangat hormati... ;)

    Apapun, sabar dalam kesabaran itu yang lebih penting....pandangan Ummi, speech tends to be silver whereas silence is golden.... Jom kita berpantun.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      ada masanya kita kena juga mengutarakan pandangan kita .. kalau tidak nanti dia orang naik 'mua'

      Delete
    2. Betul tu Pakngah....jangan biar orang ketuk kepala kita.... :D

      Delete
    3. nanti kita ketuk ketampi .. hehe

      Delete
  7. pokcik.. selagi belum sampai tarikh keramat buang undi, paip rumah bocor pun dipolitikkan.

    ReplyDelete
  8. Alah Pakngah, biarlah dia nak kata apa pun, makin di layan makin menjadi jadi orang mcm ni. Teruskan buat N3 kerana saya suka baca N3 di blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. saya sebenarnya terbuka dalam perbahasan tapi biarlah dalam konteks dan gelanggang yang betul.

      Delete
  9. Rajin pakngah melayan..saya semenjak zaman "jatuh basikal pun salahkan pemerintah",saya da tak berapa sangat nak campur orang.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni tentu sedikit sebanyak ada pengaruh kepada corak pemikiran dia dan orang2 yg sewaktu dengan dia .. tidak lagi sewanang-wenang hentam sana hentam sini seolah-olah dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya tak boleh berfikir ..

      Delete
  10. Begitulah kalo orang sudah fanatik dan obsess.
    Dia dah tak fikir lain kecuali dia yang betul..
    Orang macam ni kalau dilayan, memang akan lagi panjang hujah2 menegakkan fahaman dia.
    Humm, demam politik ni memang boleh pecahbelahkan masyarakat

    p/s : pilihan ada dalam hati, cukuplah... tak perlu gaduh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak sedikit pun terlintas dalam hati saya untuk mencari gaduh dengan sesiapa bila membuat entri itu semalam ..

      Delete
    2. apapun, tahniah & syabas pak ngah sebab buat entri kesedaran macam tu. saya sokong entri tu. teruskan entri bernas seperti itu.

      tapi....tak sangka kan, ada pulak 'fanatik' yang panas hati. hehe.

      Delete
    3. siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya !

      Delete
  11. Bila dah terlalu fanatik & taksub dgn A, maka semua benda yg B buat, adalah salah, salah dan salah! Dan semua benda yg A buat adalah betul, betul dan betul. Jujur saya katakan, ada banyak benda yg Kerajaan BN buat saya tak bersetuju, pun begitu, saya masih gunakan akal yg Allah anugerahkan, bahawa ada juga benda yg BN buat itu betul dan tepat, malahan perlu diberikan kredit. Jadi, gunalah akal untuk berfikir, jangan buat 'blanket statement'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syabas ..

      ini umpama kes orang nak bercerai selepas 30 tahun berkahwin .. tak ada satu pun yang baik pada pasangan masing-masing selama hidup sebumbung 30 tahun .. munasabah ke ?

      Delete
  12. aduhaiiii....

    susah org macam ni... bagi saya... pesanan itu wajar diletakkan sebab kadangkala, kita ni asyik terlupa.... itu bertujuan untuk mengingatkan saja....

    berpesan2la pada kebenaran kan.. tegur menegur bila ada y x kena...

    naik ladies coach, sila tegur lelaki y ada di situ... hormati diri sendiri dan hormati orang sekeliling. kalau tidak, sila duduk bawah batu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya .. berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

      Delete
  13. ala Pakngah, saya ada komen entry tu semalam, tapi tengok tadi tak lepas la. Its ok.

    Memang payah bila semua benda nak dipolitikkan. Gambar2 yg Pakngah up semalam tu sangat bagus kalau orang kita fikir sejenak kenapa jadi macam tu, That commenter, shame on him/her, bukan nak ambil iktibar, yg tahu nak hentam jer. Sebab orang macam dia la kot kena letak sign jangan meludah kat masjid tu. opssss

    Pakngah keep it up ok, banyak kesedaran saya dapat dari penulisan Pakngah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas dorongan dan suntingan semangat yang awak beri ..

      Delete
  14. Assalam,

    Politik tak politik, dlm kehidupan dan setiap masalah, ikut jer sbgmn doa dlm . Surah Al Fatihah...jln yg bener, yg baik yg solleh utk ketemu Titian Sirat. Permisi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      memang kita selalu minta tunjukkan jalan yang lurus tapi kita suka ikut jalan yg bengkang bengkok sebab jalan yang lurus tak ada thrill.

      Delete
  15. sekarang bila musim PRU macam2 fitnah berlaku dan tak kurang ada yang terlampau fanatik dan jadi politikus.
    yang sedihnya semua benda dia nak kaitkan dengan politik..
    padahal benda tu dah memang sah2 terpesong dari kenyataan sebenar..
    misalnya bila ada orng meninggal ka accident ka (*berdasarkan pmerhatian bca komen kat sinar..ahaha) mesti nak diktakan semua yng berlaku salah pemimpin.. padahal itu dah qada dan qadar..
    kalau macam ni la sikap politikus memang tak mustahil susah nak membentuk bakal pemerintah negara (belia skrg) yang berwibawa..sbb role model sedia ada pun tak berapa betul ..

    kenapa puisi yg puitis mcm tu dia nak kaitkan dgn politik ya? apakah dia sudah demam politik ? hehe
    ala pakngah kita negara bebas bersuara.. (*ye ke?) jadi setiap pandangan orang tu berbeza.. tapi kita kena saling hormat mghormati pandangan org lain.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pakngah cukup hormat dengan pandangan orang .. kalau orang lain mungkin sudah di delete komen semacam itu .. tapi orang lain juga pun harus hormat dengan pandangan kita.

      Delete
  16. wahhhh, berani nya. Tak nak kalah, mcm tgh baca org berbahas pula. hehhe

    ReplyDelete
  17. Saya juga suka mengomel dan memerhati disekeliling saya seoerti tuan. Seronok menonton perbuatan tingkahlaku orang. Harapan agar semua rakyat Malaysia seperti tuan.....dan saya..... mungkin! huk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya bila saya mengomel begitu, saya juga secara langsung mengingatkan diri saya supya jangan buat begitu.

      Delete
  18. sama jugak dgn kematian perwira negara di lahat datu pun dipolitikan
    bagi sya nak je jawab macam ni

    lg pun kita tak rasa apa yg diorg rasa ,kita x hilang suami pun, anak kita tak hilang ayah pun, makbapak kita tak hilang anak pun dan kita tak hilang harta benda mcm org di sana tu
    selagi kita bebas nak kemana mana ni kira kita masih di zon selamat tp tak bermakna selamat dan bebas selamanya kan?
    jadi marilah kita beriang ria sebelum kita hilang rasa nak beriang ria itu

    boleh tak sya jawab macam tu?terpulanglah diorang nak faham macam budak tadika ke, macam orang yang sayangkan negara ke atau sebaliknya
    nak di ajar masing masing dah pandai

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nyawa polis dan askar pun hendak dipolitikkan .. macam2 tohmahan dan prasangka yang dilemparkan kepada mereka yg terlibat tanpa sebarang bukti ..

      tak mengapa kerana akhirnya nanti kebenaran akan timbul jua ..

      Delete
  19. Hehehe...perang mulut politik memang tak akan ada habisnya.

    ReplyDelete
  20. salam Pakngah... apa pun yang ditulis, siapa pun yang menulis sekaligus memeriahkan ruangan komen... itulah yang dinamakan "komen"

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      betul, saya setuju ... itu sebab saya buat entri khusus bagi membolehkan lebih ramai memberi komen.

      Delete
  21. Mendedahkan kesalahan itu lebih baik,.. jauh lebih baik dari usaha mencari kesalahan. Lebih teruk lagi, tidak berusaha pula memperbaiki kesalahan itu sedangkan mampu dan berpeluang. Lebih malang lagi, tidak berusaha menjadi lebih baik, tidak belajar dari kesalahan itu.

    Orang politik banyak kelemahan, sepertimana rakyat pun banyak kelemahan. Sebab itu kita perlukan pemimpin untuk memimpin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah menyalahkan orang dan memang seronok mencari kesalahan orang ..
      tapi berpesan2 kepada kebaikan itu adalah satu tuntutan agama.

      Delete
  22. salam, saya suka melihat gambar di masjid itu. Di tempat kerja saya terdapat pelancong pelancong dari China yang suka berludah dan berkahak walaupun di waktu orang ramai sedang makan. Tidak ada sebarang larangan tertulis di dinding bangunan. Berludah dan berkahak seolah olah satu budaya turun menurun. Adakah mereka tidak pernah sekolah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang tak lalu makan dan terus belah kalau ada orang yang berludah dan berkahak semasa saya makan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.