Friday, April 26, 2013

BERKEMPENLAH TAPI JANGAN SAMPAI LUPA DIRI.




Semua orang tahu di masa ini tidak ada cerita lain yang menjadi topik hangat selain dari isu pilihan raya. Namun begitu saya sangat kecewa dan bimbang dengan gelagat sesetengah orang kita yang terlalu taksub dengan parti masing-masing hingga lupa diri bahawa dirinya adalah makhluk.

Saya melihat ada sebilangan kecil dari penyokong sebuah parti politik yang seolah-olah menganggap orang lain bakal penghuni neraka belaka hanya kerana tidak menyokong parti mereka. Dari tutur kata (walaupun tidak secara direct), sindiran, lirikan mata dan gelagat mereka, hati kecil saya tersentuh dengan tindakan mereka itu.  Saya (dan juga rakan-rakan sebaya saya) dapat merasakan bahawa ada unsur riak dan takabbur pada puak ini yang menganggap seolah-olahnya mereka sahaja yang layak menjadi penghuni syurga. Saya amat khuatir dengan perkembangan ini, kerana perkara ini bukan perkara kecil tetapi ia berkaitan dengan soal akidah. Tindakan mereka itu seolah-olah mendahului atau cuba mengambil peranan Allah swt.

Saya ingin menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang Islam serta selaras dengan semangat berpesan-pesan pada kebaikan untuk mengingatkan  mereka yang berperangai sebegitu supaya sedarlah diri siapa kita. Malaikat sendiri pun boleh tertipu oleh manusia yang pandai berpura-pura, apalagi kita sebagai manusia. Saya sedar akan risiko dibelasah oleh mereka yang terasa atau tidak bersetuju dengan pandangan saya. Namun ketahuilah bahawa tidak sekelumit pun saya berniat untuk menghina sesiapa melainkan memberi peringatan kepada puak seumpama ini supaya bermuhasabah diri. Ingatlah masyuknya ke syurga seseorang itu adalah semata-mata kerana rahmat Allah dan bukanya kerana amal ibadat kita atau parti mana yang kita sokong. Isteri dan sahabat Nabi yang berperang di dalam Perang Jamal tetap dijamin masuk ke syurga walaupun mereka berbeza pendekatan dalam pemerintahan.
 
Semoga kita tidak tergelincir dari jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang telah dikurniakan oleh Allah SWT nikmat kepada mereka.

Seterusnya suka saya menjemput anda semua membaca entri pendek berdasarkan kuliah agama di surau tempat saya yang bertajuk "Siapa Agaknya Yang Masuk Syurga ?" yang saya salin dan tampalkan seperti di bawah untuk kita renungkan bersama dan mengambil iktibar daripadanya.

 .........................................................................................................

Lampiran.   "Siapa Agaknya Yang Masuk Syurga ?" 

Pada suatu kuliah di surau saya, ustaz ada menceritakan mengenai kisah seorang pengembara yang ingin bertemu dengan Nabi Musa untuk mendapatkan pertolongannya bertemu dengan Tuhan. Dalam perjalanannya menuju ke tempat Nabi Musa, beliau berjumpa dengan 3 jenis orang. Ketiga-tiga orang yang ditemuinya itu meminta pengembara tadi menyuruh Nabi Musa bertanya kepada Allah mengenai syurga, takdir dan keampunan Allah. Ringkasnya:

1. Orang pertama yang sangat alim yang siangnya sentiasa berpuasa dan sepanjang malamnya bermunajat kepada Allah meminta Nabi Musa bertanya kepad Allah di syurga mana dia akan ditempatkan.

2. Orang kedua yang mendapat kecacatan yang tiada kaki dan tangan minta Nabi Musa bertanya kenapa Allah menjadikan dia cacat begitu, sedangkan dia tak pernah melakukan sebarang maksiat.

3. Orang ketiga seorang perompak yang telah insaf dan bertaubat minta Nabi Musa bertanyakan kepada Allah apakah dosanya akan diampun kerana dia telah begitu lama bergiat dalam kerja merompak.

Dipendekkan cerita ketiga-tiga soalan itu telah dijawab oleh Nabi Musa.  Baginda memberitahu bahawa orang yang pertama akan dimasukkan ke dalam neraka sebab bersifat sombong. Dia merasakan bahawa masuk ke syurga itu sudah menjadi hak dia. Orang yang kedua juga akan dimasukkan kedalam neraka kerana dia tidak redha dengan takdir dan ujian Allah. Hanya orang yang ketiga yang akan dimasukkan ke dalam syurga kerana dia telah bertaubat dan bimbang taubatnya tidak akan di terima Allah.

Saya yakin anda semua dapat mengambi iktibar dari kisah tersebut di atas. Semoga kita tergolong di dalam orang-orang yang akan  diberi ihsan oleh Allah  untuk memasuki syurgaNya nanti.

17 comments:

  1. Ada org yg rasa kalau mati kerana jatuh pokok ketika memasang bendera parti akan dikira mati syahid ..... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu jugalah agaknya pegangan pengebom berani mati dari kumpulan al-qaeda.

      Delete
  2. yaa... parti tuu dunia saja...

    ReplyDelete
  3. Salam pakcik,
    Setakat ni, inilah entry yang paling menyenangkan hati saya.
    Mohon nak share kat FB, seswai utk rakan-rakan sy yang kemaruk #PRU13 ni.

    :)

    ReplyDelete
  4. salam kembali.

    silakan share .. tiada masalah.

    ReplyDelete
  5. betul tu.. kadang pelik dgn org mesia ni yg suka sgt berpolitik..semangat giler betul.. mcm la tak tahu wakil rakyat aka YB-YB tu kan Parlimen bertepuk tampar bergurau senda semasa mereka..yg ahli2/penyokong2 nak bergaduh sesama sendiri apa pasal.. cikda pun tak paham.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka bukan tidak tahu hakikat itu, tapi mungkin mereka seronok dengan cara mereka.

      Delete
  6. haah..penah dengar. nak masuk syurga atas rahmat allah. kalau tak berapa cukup rahmatnya perlu dapat syafaat Nabi. nak syurga high class baru kira amal kita tanda kecintaan kepada Allah. kalau nak ikut ibadat tak cukup. nikmat mata kita melihat ni pun beribadat 1000 tahun tak cukup nak balas nikmat ni. belum nikmat lain lagi.

    nak kasih sayang Allah kena la kita berkasih sayang sesama makhluk juga. jangan suka membenci. kasihkan Nabi selalu2 la selawat. nasihat diri sendiri juga sebab selalu juga alpa =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. kalau nak harapkan amal ibadat kita memang tidak layak atau tidak cukup untuk bekalan hidup di sana yang kekal abadi.

      Delete
  7. SIAPALAH KITA NAK TENTUKAN ORANG ITU MASUK SYURGA, ORANG INI MASUK NERAKA..

    ReplyDelete
  8. Kes ceramah di suaru/masjid - memang ada ustaz (yang kita boleh teka inklinasi politiknya) biasa menyebut..... orang itu, orang ini, "confirmed" masuk neraka..... bukan saya kata..... Quran kata, Hadis kata. Dan memang benar, hal yang diceramahkan itu ada dalam Quran atau Hadis.

    Tapi langsung tak timbullah barangkali baginya soal rahmat, sifat pemurah, atau pun sifat pengampun Allah. Kita nak tanya tentang kemungkinan "simplistic view"nya pun terbantut, sebab mudah saja kita dicap sebagai mempersoal, bukan menyoal. Lagipun, ceramah-ceramah agama di surau/masjid biasa juga bersifat satu arah, tanpa "Q and A".

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pun nak pengaruh orang lain supaya menyokong parti tertentu janganlah gunakan rumah Allah ..

      saya setuju mereka pandai berselindung atau mempergunakan hadis bahkan ayat Quran dengan memilih mana-mana yang sesuai dengan kecenderungan mereka.

      atau pun mentafsirkannya untuk kepentingan puak mereka walaupun mungkin jelas bertentangan dengan maksud ayat.

      Delete
  9. saya banyak dosa uncle..harap-harap diampunkan Allah sebelum saya tutup mata. mati tu bila-bila masa je boleh datang.

    terima kasih atas entri ni ye uncle. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua manusia pernha melakukan dosa .. Allah maha pengampun kecuali dosa kita dengan orang lain seperti mengumpat atau mencuri.

      Delete
  10. Semoga kita semua akan berada bawah rahmat yang Esa selalu.

    Bagi Aina berparti biarlah sederhana. Tuntutan akhirat perlu di jaga walapun begitu hal2 dunia yang menjadi tanggungjawab tetap kena fikir jugak.

    ReplyDelete
  11. kan?

    ngeri ngan sikap sebahagian dari kita-kita..

    saya party tupperware jer, agak2nya masuk kemana kan?
    yg pasti saya masuk dapur...tu jer ler tempatnya saya wat masa ni..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.