Friday, April 19, 2013

HUKUM MAKAN MASAKAN ORANG BUKAN ISLAM.



Satu isu yang sedang berlegar di tempat saya dan menimbulkan perbahasan adalah berkaitan dengan hukum memakan masakan bukan Islam. Ia berikutan dengan pembukaan sebuah restoran China Muslim di tempat kami di mana tukang masaknya adalah belum Islam. Ada yang pergi makan, ada yang enggan dan ada juga yang was-was. Saya sendiri telah beberapa kali pergi makan bersama keluarga tanpa ragu kerana sudah tahu hukumnya semasa belajar DEPS dahulu.

Namun begitu saya tidak dapat mengarang jawapan tentang hukumnya itu kerana harus merujuk semula bahan kuliah.  Sebagai gantinya saya telah memanfaatkan kemajuan ICT dengan menyemak laman di internet yang biasa menjadi rujukan untuk mencari jawapan. Saya dapati terlalu banyak persoalan dan jawapan yang ada berkaitan dengannya.

Namun berdasarkan ilmu ugama yang sedikit yang ada pada saya, saya petik dan diperturunkan penjelasan seperti di bawah untuk rujukan kita semua. Saya harap jawapan itu memadai untuk orang biasa seperti saya, akan tetapi kalau hendakkan jawapan yag lebih halus bolehlah mendalaminya sendiri dengan membaca kitab atau pergi berguru dengan guru yang sudah terkenal dengan ilmunya.

1. Persoalan memakan pemberian dan memakan masakan orang bukan Islam.

Secara umumnya memakan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan (halal) jika makanan tersebut tidak terdiri daripada makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai (binatang yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara syarie) dan sebagainya. Oleh itu, kita boleh menerima bahkan memakan makanan tersebut jika pada zahirnya ia adalah makanan yang bukan dibuat daripada atau kandungannya mengandungi elemen yang haram sebagaimana disebutkan, walaupun makanan itu dibuat atau dimasak atau disediakan oleh mereka sendiri.


Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut.

Jadi boleh menerima pemberian makanan yang diberikan oleh rakan sebilik yang bukan Islam itu bahkan boleh memakannya, jika pada zahirnya makanan tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan yang haram.

Perihal Masakan Bukan Islam.

Kalau sekiranya bahan mentah dan perkakas semunya bersih dari sudut hukum islam, kita boleh memakannya tatapi tidak digalakkan dan kalau boleh tak payah makan makanan meraka dan yang lebih baik kita belajar cara masakan mereka dan masak sendiri. Seperkara lagi, sebenarnya tanpa kita sedari kita sebenarnya banyak terdedah kepada kepada barangan keluaran orang bukan islam seperti Maggi, makanan ringan dan banyak lagi yang memang kita tidak ketahui cara masakan serta bahan-bahan yang sebenar yang dicampur adukkan. Tetapi didalan islam ada satu kaedah iaitu: TIDAK WAJIB KITA PERSOALKAN secara terperinci kecuaili apabila telah jelas haramnya. Tetapi bagi mereka yang benar-benar saleh dan warak yang menjaga perkara-perkara agamanya mereka mengambil jalan meninggakalkan terus perkara yang sedemikian.


TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.

Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.

Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :-

Orang Kafir Najis

Firman Allah S.W.T.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]

Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

Berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi :-

“Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, melainkan ada segelintir fuqaha’, seperti Zaidiyyah dan Zahiriyyah mengatakan orang musyrikin dan kufar adalah najis hissiyah”.

Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.
Malah kata al-Qaradhawi di dalam riwayat Sahih bahawa Nabi saw dan para sahabat pernah minum dan mengambil wudhu’ dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.

Dr Khaled Muhammad Abdul Kadir, pensyarah Universiti Lebanon menyatakan bahawa adalah dibenarkan lelaki Islam beristerikan ahli kitab, mereka boleh bersentuhan, baik ke atas alat-alat perabot ataupun pakaian mereka. Suami juga boleh makan makanan yang disediakan oleh isteri ahli kitab dan boleh menggunakan pinggan, mangkuk dan gelas yang sama. Jelas INI menunjukkan kenajisan mereka bukanlah fizikal badan mereka.
Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan maksud orang kafir itu najis adalah kepada aqidah mereka yang tidak suci, dan bukanlah fizikal badannya sehinggakan batal wudhu’ jika menyentuh mereka.

Kesimpulannya, anda boleh makan makanan yang dimasak oleh orang kafir selagimana kandungan makanan tersebut halal dimakan. Sentuhan orang kafir BUKAN najis. Yang berbeza dengan kita hanyalah aqidah mereka sahaja.

Sumber: Halaqah Net.
 
Semoga entri saya ini ada manfaatnya dan mungkin sedikit sebanyak boleh menghuraikan kekeliruan dan keraguan kita selama ini. Namun begitu saya sedia diperbetulkan jika petikan saya tersebut bersalahan dengan hukum Islam atau ada fatwa terbaru yang tidak saya sedari. Terima kasih.

64 comments:

  1. saya suka makan makanan cina ni.tu yang kedai cina muslim yg jadi pilihan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga lebih suka makanan Cina dari India .. tapi tak bolehlah selalu .. nanti pening (sebab harganya mahal .. hehe)

      Delete
  2. tq berkongsi,..tapi kalau kita was was...baik jangan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. was-was itu adalah peranan syaitan .. kita kena lawan perasaan was-was itu ... kalau kita was-was jadilah kita seperti setengah orang yang was-was mengambil wuduk hinggakan habis lencun seluruh pakaiannya.

      Delete
    2. Sebagai seorang islam kita disarankan tinggalkan perkara2 subhah atau yang was2 dalam bab makanan.

      Delete
    3. Sebagai contoh kedai makanan seafood Hokkaido di jalan lumut. Terpampang gambar carlsberg pada name kedai, taking masak org Nepal, belakang kedai ada beberapa ekor anjing tuan kedai. Yang peliknya ramai orang melayu yang datang makan. Betul2 mereka hilangkan rasa was2 atas kehalalan makanan yang disediakan aras dasar keenakan dan lambang kemewahan.

      Delete
    4. Nazz. kalau sudah begitu sekali keadaannya, saya tidak akan makan di situ. kedai mamak 24 jam pun ada merata-rata sekarang ini.

      Delete
  3. Kat mana kedai makan tu bang? Setahu saya dulu kat jalan Bukit Putus tu ada satu restoran Cina Muslim. Yang ini tauke yang sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya taukeh yang berlainan .. kedainya tak berapa jauh dan sederet dengan Hospital SALAM tu .

      Delete
  4. pakngah..ada satu kedai///konon masakan nyonya kat tpt kerja saya
    ramai makan kt situ terutama hari jumaat
    maklum 2 jam waktu rehat
    myfeveret bila kesana ialah koew teow cantones
    tapi beberapa mggu lalu dgr cerita
    ada staf yg dgr seorang pelanggan order menu yg ada 'pork' dan
    cashier terima order tu..jadi itu mendatangkan kemuskilan pd semua org
    jd kami ramai2 dah stop ke sana sbb dah timbul isu was-was
    smpi skrg gerai itu masih dibuka
    ramai lg yg tak tahu dan pengurusan pun xde buat siasatan
    tp sbb dah rasa was-was terus xpegi dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes ini harus diadukan kepada JAKIM atau pihak berkuasa agama di negeri untuk membuat siasatan .. kalau benar cerita ini dan kedai itu ada mempamerkan logo halal, maka tindakan undang2 boleh di ambil ..

      Delete
  5. Pak Ngah bagai dikata Islam itu mudah. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ini.:)

    ReplyDelete
  7. ALHAMDULILLAH... SAYA SUDAH FAHAM. TERIMA KASIH DI ATAS INGATAN.

    ReplyDelete
  8. pak ngah, thanks for the info.sgt membantu.tapi betul ke ada yang mengatakan kalau kita memakan masakan org bukan islam/orang yang tidak solat, hati kita akan gelap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti pula .. selain itu tentulah susah untuk menyiasatnya .. misalnya tukang masak di KFC, Pizza dan Mekdi.

      Delete
  9. mekaseh pakngah atas info yg dikongsi..

    ReplyDelete
  10. bermanfaat utk saya Pak Ngah...

    ada situasi memang kite susah cari kedai makan

    :)

    ReplyDelete
  11. nice sharing Pak Ngah..tq tq
    sy pun pernah makan di kedai cina islam juga..tapi tukang masaknya juga islam..so tak la was was..

    ReplyDelete
    Replies
    1. negara kita belum sampai tahap dharurat lagi .. lainlah kalau kita melancong di tempat yang tiada orang Islam .. tetapi setakat yang saya pernah pergi melancong, pasti ada kedai halal .. soalnya samada mahu cari atau tidak sahaja.

      Delete
  12. Thanks so much Pakngah, amat berkesan kepada saya penerangan ini. Kami mmg berhati2 dengan makan dan minum di sini, tapi takder la sampai tahap nak selidik secara mendalam satu2 makanan tu kan, tapi bila ramai sangat orang kampung saya duk tanya halal ker halal ker, saya jadi was was pulak. Tension pun yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pakngah harap awak tak was-was lagi .. yang penting kita ada pegangan sendiri berdasarkan pengetahuan.

      Delete
  13. Salam Pak Ngah..tq for info! saya sekeluarga dah pergi dah makan kat restoran chinese Muslim di lavendr height tuh...sedap jugak...TETAPI MAHAAAAAAL! pergi hanya bila mengidam nak makan ajer..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. memang mahal terutamanya udangnya .. berpinar mata bila tengok bilnya. hehe

      Delete
  14. dulu saya boleh makan kat kedai Cina,tapi skrng tekak ni dah x leh terima dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tekak dah tak boleh terima nak buat macamana .. macam saya cukup susah nak terima roti canai buatan mamak .. kecuali kalau kebuluran. hehe

      Delete
  15. KFC pun makanan bukan milik orang Islam. tapi sebab disediakan oleh orang islam, ianya halal di makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu juga pizza hut, mekdi termasuk nasi kandar pelita ..

      Delete
  16. Terima kasih pak sudi kongsi.. sblm ni mmg sy was2 dan xmakan..

    ReplyDelete
  17. Islam tak membebankan kita. Tak membataskan pergaulan dgn yg bkn islam kan uncle

    ReplyDelete
  18. Tengok dalam rancangan tanyalah ustaz pagi ini & ada seseorang yg memberi komen yg berbeza. Saya juga yakin dan berpendirian yg sama sebagaimana artikel di atas. Terima kasih tuan kerana berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga berpegang dgn hujjah dalam artikel ini ..

      Delete
  19. Salam,
    Sya ada soalan nih..
    Boleh kah kita makan cake yg dibuat org bkan muslim.....
    Yg tiap dia balik rmah anjing slalu jilat tangan dia...
    Ada cuci tangan jga sih.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      saya bukan ustaz dan tak berani nak jawab ... silalah tanya ustaz datu guru agama secara berdepan.

      Delete
  20. salam saya suka entri pakngah.. terima kasih..hilang sikit rasa was was.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama .. saya cuma kopipes jawapan dari pihak yang berwibawa sahaja.

      Delete
  21. Assalamualaikum pak ngah..
    nk mntk pndpat pak ngah ye..
    bru2 ni sy ikot abah pegi dinner kt 1 restaurant cina..majikan abah yg ajk..dia sruh je fmily sy order ap2..lps order mak sy tya plyan restaurant 2 mknn yg kmi order halal x..dia kata halal n bleh dmkn..tnpa ragu2 sy ngn fmly pon mkn..tpi dlm dok mkn 2 rsa was2 jgk sbb suma customer cina or non muslim..smpai skrg dok pkir n rsa sgt rsau..cna ni pak ngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      sekali lagi saya kata saya bukan ustaz. lebih baik ditanyakan kepada ustaz atau guru agama secara bersoal jawab dengan berdepan2.

      pandangan saya perkara ini telah berlalu dan kita tidak buat apa-apa lagi .. untuk menghilangkan risau itu saya nasibatkan supaya anda minta ampun dengan Allah dan Allah itu maha pengampun dan penyayang disamping terus beribadat kepadaNya.

      Delete
    2. tmakseh ats nsihat n pndpt pak ngah...

      Delete
  22. pak ngan saya aritu dijemput kwn saya ke b'day party dy(non-muslim)..pada mulanya saya menolak tp disebabkn kwn sy nie paling rapat dgn sy masa sek dahulu sy pon pergi.kt b'day party dy,dyorg serve bbq semua yg halal hotdog ayam mas,ayam dari jusco dan beberapa jagung dan sebagainya..disana juga t'dapat arak dan rata2 tetamu yg d'jemput adalah non-muslim semuanya..skrg ini sy musykil adakah halal hotdog dan ayam yg d'panggang d'atas pemanggang bbq itu dan pinggan2,cawan2 &sudu2(kaca) yg digunakan itu...mohon balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada masa ini sudah lumrah bukan Muslim atau bukan Melayu menjemput rakan2 Muslim mereka ke majlis hari jadi, hari raya dsb. Mereka menyediakan makanan halal yang dimasak oleh orang Islam sendiri. Kalau kita yakin bahawa bahan masakan itu halal, maka makanlah.

      Delete
  23. yer x salah mkn tp cuma x ada keberkatan saja...

    ReplyDelete
  24. selalunya terfikir psl part peralatan masakan tu, sbb masa kecil slalu makan makanan masakan saudara keluarga kat kampung yg belum muslim.. mreka pun fhm xbg makanan haram..

    ReplyDelete
  25. Pak Ngah, kawan Cina saya xmasak di rumah tetapi bungkus makanan berunsur babi. Boleh ke kita guna bekas bersihnya kalau dia campur basuh bekas bersih dan bekas babi guna span yang sama? Kalau di foodcourt pun mereka guna sudu garpu foodcourt dan makan mknn mereka. Camner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut Pakngah, bekas dan sudu garfu tersebut walaupun sudah bersih tetapi tidak disamak mengikut kaedah Islam adalah tidak suci dan perlu dielakkan dari turut menggunakannya. Allahua'lam..

      Delete
  26. Tq pak ngah di atas info ini. skrg ni memang byk retauran halal....cm kdg2 mata ni ternamaok tukang masak nyammarlah, cina lah..pendek cite non-muslim. susah nak cari yg pure muslim yg masak. walaupun owner org melayu dan islam. Apa yang diana buat sennag jer, kalo rs x yakin...x yah pg.. cari alternatif lain.

    http://apapayahsangat.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sebaiknya dari terus menghukum. Di hotel2 besar pun banyak chef bukan Islam tapi disahkan halal oleh JAKIM. Pakngah terima sahajalah pengiktirafan JAKIM tu. Tak payah nak pening kepala.

      Delete
  27. As salam pak ngah...mau tny la,musim raya nie kan selalu byk open house.biasa kebanyakan menu yg paling top kambing panggang,tp kebiasaannya d masak oleh org bkn islam...bolehkah kita makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam .. jawapan pak ngah sama spt yg diberi kpd Nik Aliff di atas kerana soalannya hampir sama. silalah skrol.

      Delete
  28. salam pak ngah...
    harap pak ngah boleh bantu saya...

    saya mempunyai jiran cina yg suka buatkan jus buah dari hasil tanaman depan rumah kami..
    saya terus minum tanpa pikir apa2 yang haram/was2 kerana jiran xbela anjing dirumah...

    persoalan mula timbul apabila kakak saya tak minum jus tersebut, kerana was2 bekas periuk/ blender yang digunakan...

    harap pakngah bole bantu saya...


    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      saya pun akan minum jus buah yg diberi tanpa ragu2.

      tapi kalau was-was, tak perlulah minum.

      Delete
  29. Assalamualaikum Pak Ngah,

    Saya ada satu soalan untuk ditanyakan pada Pak Ngah. Apa hukumnya sekiranya menggunakan sabun pencuci pinggan dan juga span yang sama dengan orang bukan islam? Seandainya kita dah tahu yang ada segelintir daripada mereka yang membawa bekal 'pork' dan mencucinya dengan menggunakan sabun pencuci dan juga span yang sama. Ini kerana tempat kerja saya berbilang kaum. Kami makan dan juga minum di 'pantry' yang sama. Saya mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      kalau dah tahu mmg ada yg membawa pork dan cuci guna span yg sama, perlu dielakkan menggunakannya. Sepatutnya yg bukan Islam harus sensitif dgn hal ini dan elakkan bawa makanan itu.

      Delete
  30. Assalammualaikum Pak Ngah,

    Pertama sekali terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya. Sebenarnya kitaorang dah asingkan sabun dan juga span untuk cuci pinggan bagi 'muslim' dan 'non-muslim'. Tetapi ada segelintir staff 'non-muslim' dan juda staff 'muslim' sendiri yang beranggapan ia isu remeh dan perkauman sehinggakan menyalah anggap staff yang berbuat sedemikian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      sedih kalau ada yang muslim pun anggap ini isu remeh terutamana orag Melayu kerana orang Melayu memang cukup jijik dan sensitif dengan ba.. ini sejak sekian lama.

      bagi yang sedar dan kalau tak dapat dielakkan non-muslim mencuci pinggan ditempat yang sama (mungkin tempat kerja ini milik mereka) kita sendirilah mencari jalan agar terhindar dari bercampur mencuci peralatan dengan najis berat ini.

      Delete
  31. susah nak faham artikal ni..kejap kata bole..kejap mcm tak bole..jiran saya india..dia tau kami islam tidak makan certain benda..so dia akan prepare untuk kami guna benda2 halal ja..tp bila i baca komen2 dekat sini..bekas yg digunakan menjadi persoalan..kena samak sblm masak..tp india dan china memang tak tau hal2 samak ni..so kalau depa bagi biskut pun kita tak bole makan kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah sebenarnya. 1. kalau mereka beri, dan kita was-was kehalalannya, usah makan. 2. kalau mereka masak utk perniagaan macam kedai Chicken Rice Shop atau Roti Boy misalnya, bolehlah makan.

      Delete
    2. bg saya xsusah pun,
      yang penting tahu sumber mknn yg dimasak, dan tak was2..
      itu yang saya faham dr entry pak ngah ne

      Delete
  32. salam Pak ngah,
    saya nak bertanya lagi...
    heee...lpas ni sya kene banyak lagi belajar ilmu2 agama

    situasi di office, staff non muslim makan smoked bacon,
    musim raya cina skrg...so mereka buat mkn2 sesama mereka sendiri,

    kakak2 muslim saya di office ne sangat sensitif sbb apa yang mereka bawak n mkn..
    saya mencari apa yang haramnya..dan apa yg mereka rasa sangat sensitif tu...

    pandangan pak ngah please...
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Maaf lambat respon.

      Kalau non-Muslim nak makan makanan mereka yang tak halal bagi kita, kita tak boleh buat apa-apa. Itu hak mereka. Dan tentunya mereka tak akan ajak kita makan bersama kerana mereka pun tahu halal haram makanan orang Islam.

      Entri ini asalnya untuk menjawab isu yang ditimbulkan oleh mereka yang mempersoalkan makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam di restoran, gerai dsb. Ini telah pun di jawab dlm entri di atas. Pak Ngah kopipes petikan bahagian yang berkenaan:


      'TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.

      Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram."


      Allahua'lam.

      Delete
  33. Assalamualaikum Pak Ngah...Kalau di Korea ni susah sikit nak cari kedai makan halal kecuali di Bandar seoul itupun di kawasan tertentu. Soalannya 1)kalau kedai tu gunakan gelas yg sama utk diorang minum soju@minuman arak kaler mcm air masak,blh x kita gunakan gelas tersebut? 2)boleh ke saya ke pergi kedai yg menjual makanan dgn menu partially halal? Yg mana sudah pasti perkakas dia akan gunakan yg sama. Terima kasih didahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.

      1. Boleh guna kalau sudah dicuci bersih-bersih. Tidaklah perlu disamak kecuali jikalau gelas itu telah dijilat oleh anjing.

      2. Kalau menunya partially halal, dah tidak dapat dipisah atau dikenal pasti mana satu yang halal dan mana yang haram, maka makanan itu haruslah dielakkan kecuali sudah sampai tahap dharurat. Wallahua'lam.

      Delete