Hari ini 13 April adalah hari ulang tahun kelahiran Makngahnya. Selama ini saya asyik buat cerita Terkenang Semasa Dulu yang hanya berkisar kepada diri saya. Kalau ada pun cerita atau gambar dia, hanyalah sebagai pelakon tambahan sahaja.
Kali ini sempena hari lahirnya, saya nak buat satu entri khas buat Makngahnya kerana dia tak ada blog sendiri. Ceritanya pula terfokus kepada kerjanya sebagai Guru Tabika Perpaduan kerana saya menjumpainya semasa dia sudah menjadi guru tabika.
Gambar 1: Segalanya bermula pada majlis ini membawa ke hari ini. Bagi pembaca yang pertama kali ke blog saya, cerita lanjutnya ada di sini.
Gambar 2: Dengan rakan-rakannya yang mengikuti kurus guru tabika semasa cuti sekolah di salah sebuah kolej di Seremban.
Gambar 3: Denga boss dia serta penolong dan guru tabika seluruh negeri Perlis.
Gambar 4: Dengan sebahagian murid serta rakan sekerjanya.
Gambar 5: Sedang menjalankan "lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa" oleh bossnya.
Gambar 6: Bersama dua muridnya yang berjaya dalam pertandingan memanah yang disertainya.
Gambar 7: Turut menjaga anak-anak murid dalam aktiviti perkelahan.
Gambar 7: Turut menjaga anak-anak murid dalam aktiviti perkelahan.
Gambar 8. Ini gambar terbaru kami. Sila fokuskan pandangan anda ke pelamin kat belakang sana. Gambar sengaja dikaburkan untuk menghilangkan nampaknya kedutan.
Sebaik saya berkahwin dengannya, dia terus meletak jawatan sebagai guru tabika kerana mengikuti saya berkhidmat di Kuching, Sarawak pada masa itu. Perletakan jawatan beliau itu berlanjutan sehinggalah sekarang.
Semoga Makngahnya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan rohani dan jasmani oleh Allah swt jua hendaknya. Amin.
p/s:
Selamat ulang tahun buat Mak Ngahnya... moga sentiasa berbahagia bersama Pak Ngahnya.
ReplyDeleteSelamat hari ulangtahun kelahiran buat Makngah. :)
ReplyDeleteselamat hari ulang tahuun utk makngahnya. semoga panjang umur dan murah rezeki.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun Makngah. Saya dah baca kaitan entry ni lama dulu hehhee
ReplyDeleteMakngah sangat cantik, rupa pun tak berubah dari muda sampai skang, mantain gorgeous. May Allah bless u guys.
SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERINYA.. SEMOGA BELIAU PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SERT DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK..
ReplyDeleteselamat hari lahir buat makngah...dan semoga diberikan kesihatan yang baik :)
ReplyDeletesaya tgk gambar2 lama makngah macam anak mat saleh pulak..hehe..cantik masa muda :) btw semoga mak ngah bahagia dunia akhirat dan dimurahkan rezeki..amin..
ReplyDeleteselamat hari lahir Makngah.. moga diberi kesihatan yang baik..sentiasa dilindungiNya dan diRahmati olehNya-amin.
ReplyDeletepakngah ni....nak delete..delete la betul2...hehe...tak baik tau. report sama makngah!
ReplyDeleteselamat hari lahir makngah..semoga diberkati umur, dimurahkan rezeki. Amin.
Aminnnn...happy besday mak ngah...
ReplyDeleteselamat hari jadi mak ngah...
ReplyDeletesemoga panjang umur dan murah rezeki :)
selamat ulang tahun kelahiran buat mak ngah..semoga diberi kesihatan dan kehidupan yang diberkati Allah sekeluarga..
ReplyDeleteHAPPY BIRTHDAY MAK NGAH. Moga dikurniakan dengan kesihatan yang bagus, dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah juga bahagia dunia dan akhirat.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun makngah... Semoga Allah beri kesihatan dan kebahagiaan berpanjangan.
ReplyDeletehepi besday makngah :)
ReplyDeletesuka saya tgk makngah pakai tudung bunga bunga tu..hahah
Salam hormat...
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun hari lahir buat makngah semoga terus sihat dan ceria di samping keluarga tercinta....amin...tumpang gembira....:D
terima kasih kepada semua yang telah membuat ucapan dan juga memberi komen. makngahnya sudah baca semuanya dan mengucapkan ribuan terima kasih. semoga anda juga berbahagia sokmo.
ReplyDeleteselamat hari lahir,Mak Ngah.
ReplyDeleteMak Ngah memang cantik. hehehe
kata orang "seseorang itu nampak cantik sebab dia duduk di sebelah orang yang tak cantik "
DeleteSelamat Menyambut Hari Lahir Mak Ngah. Doa yang terbaik sihat dan berbahagia selalu.
ReplyDeleteAssalamualaikum uncle ... Berusaha gigih saya carik entri ni. Demam seminggu tak sempat nk jenguk entri ni. Selamat ulang tahun kelahiran buat makngah. Moga Allah beri kesihatan yg baik dan makngah sentiasa ceria.
ReplyDeleteBuat uncle... Tq siarkan byk gambar makngah. Tersenyum peminat makngah ni uncle. Hehe.