Tuesday, March 26, 2013

ADAKAH ANDA BAIK HATI ? UJIAN 1.


Gambar kuih koci untuk pengetahuan mereka yang tidak pernah melihatnya.


Adakah anda seorang yang baik hati? Saya ada ujian. Sila jawab dengan jujur dan ikhlas tanpa rasa ragu-ragu dan bimbang kerana tiada siapa yang akan mengambil tindakan jika anda gagal.

Ujian 1: Katalah anda sedang beratur untuk  mengambil minuman dan kuih selepas perasmian satu mesyuarat di kampung atau pejabat anda.

Bila sampai giliran anda, cuma ada seketul kuih koci sahaja yang tinggal dan dibelakang anda masih ada 5-6 orang lagi sedang beratur menanti giliran masing-masing. Dan kebetulan pula kueh koci adalah kueh yang paling menjadi kegemaran anda.

Soalannya adakah anda akan mengambil kuih koci itu ?

a. Ya.

b. Tidak.

Kalau jawapannya 'ya', saya rasa anda adalah orang yang tak berapa baik hati.

* Saya sendiri mungkin gagal ujian ini.

55 comments:

  1. Klu fav sy, sy amik. Maaf klu dikata tak baik hati. Sy tak rela org len dpt trofi 'tak berapa baik hati'. Biarlah sy yg amek trofi tu dgn rela. Hahahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle pun tengok keadaan .. kemungkian besar mengambilnya kalau perut tengah berkeroncong .. nanti kena gastrik pulak .. siapa yang susah ?

      Delete
  2. sy tgk dulu keadaan org di blkg sy tu...kalu org tua / skt sy dahulukan...

    ReplyDelete
  3. tak. sbb saya salu buat mcmtu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus .. mungkin awak tak minat kuih koci kot !

      Delete
  4. err...jawapan saya mestilah A...hihihihi.....

    ReplyDelete
  5. saya tak minat kuih koci...tapi kalau anda kuih tu kegemaran saya saya mesti pilih A T__T...x berapa nak baik hati ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kuih tu bukan kegemaran awak dan awak tidak ambil, barangkali itu semua orang mungkin buat.

      Delete
  6. penah berada dalam situasi ini.. apa pon kuih tetap saya ambil.. sebab satu sahaja yg tinggal.. dan mulut saya dengan kuatnya berbunyi, hamboi org depan ambil kuih koci byk2 sampai tak tinggal kat org belakang langsung... sian laaaa kat org belakang... dlm kes neh, pihak penganjur takleh kira kuih ikut kepala.. kalau nk kira kuih ikut kepala sorg satu, sila letak atas pinggan siap2..seketul kuih koci, seketul kuih karipap dan lain-lain.. dan org belakang tadi tepuk2 bahu saya kata takpala.. x dak rezeki kami.. muka2 org awal2 yg ambil byk2 tersipu2 mcm x bersalah.. muka penganjur kelat duk mintak maaf.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita awak ini macam biasa berlaku di mana-mana majlis kat negara kita yang mana rakyatnya bertimbang rasa dan berbudi bahasa ni.

      penganjur tak dapat menjangka kerana tak ramai yang menjawab akan datang dalam kad jemputan tapi akhirnya datang.

      Delete
  7. Kalau orang belakang tu member sekepala, saya ambil lagi tayang depan dorang hihihi. B

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah suka jawapan ini .. kelakar dan nakal.

      Delete
  8. hehehe payah nak jawab ni, KA biasanyer tgk keadaan dulu !

    ReplyDelete
  9. Jawapan saya A.
    Dah direncanakan gitu, orang belakang yang beratur tiada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka jawapan ini .. dah rezeki kita nak buat macaman kan !

      Delete
  10. Kalau saya mengidam, saya akan ambil. Tapi selalunya saya tak sampai hati nak ambil kalau hanya tinggal satu.

    Kat rumah pun saya buat macam tu, sampai makanan tu tak berusik, sebab family saya pun macam saya. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke orang lelaki mengidam ?

      tak baik membazir.

      Delete
    2. bukan mengidam, tapi kalau kempunan sangat klu nak makan...

      saya dan famili mmg mcm tu, kadang2 terlalu fikirkan org terkemudian, akhirnya makanan tu basi, sebab semua takut nak makan.

      Delete
  11. Pak Ngah..kuih koci dari pengamatan mata saya menggunakan minyak untuk menyalut kuih dan bukan santan. Kalau ikut tekak saya, saya suka yang santan dari minyak. Kadang yang minyak kuihnya lekat kat daun pisang tu.. hihi.. soklan pak ngah saya jawab B sebab selalunya saya tak suka benda yang dah tinggal satu je...

    ReplyDelete
  12. kalau saya tak payah toleh belakang, terus ambil dengan kadar selamba. sebab bila dah tinggal sebiji kuih, pasti dua, tiga orang kat belakang tu akan beredar untuk ambil juadah lain...

    ini bukan pentingkan diri atau tak baik hati, tapi saya kira ini adalah persefahaman antara tetamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya kuih lain memang dah tak ada .. cuma yang tinggal kuih koci seketul itu sahaja dan semua orang tengah lapar .. itulah situasinya.

      Delete
  13. amik ajelah, dah itu je pun yang ada...lom tentu org blakang kita nak makan kuih koci tu tau.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu anggapan untuk menyedapkan diri sendiri .. he he.

      Delete
  14. Saya ambik jer. Nak buat macam mana...dah takder rezeki untuk orang yg di belakang saya hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun belum tentu rezeki awak ... entah2 bila nak suap ke mulut, kuih itu jatuh ke tanah yang penuh dengan pasir dan debu.

      Delete
  15. jawapan saya A.

    kalau tinggal 3 pun mungkin saya akan amik semua.

    sebab kebetulan pulak soalan ujian ni kuihnya memang feveret saya. hehehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia .. baik punya budak. he he.

      nanti kalau awak datang rumah uncle, boleh uncle sediakan kuih koci seadanya.

      Delete
  16. saya ambik dengan rasa bersalah.

    sebab manusia ni kan selfish.
    kalau tak kita tak akan tengok cermin dan berkata dalam hati "eh, cantik juga aku ni" walhal sebenarnya takdelah cantik mana

    eh! ada kaitan ke. anggap saja ada =)

    ReplyDelete
  17. Salam,
    Anda baik hati bila anda melakukan kebaikan pada situasi yang betul dan pada orang yang betul dengan ikhlas...
    Soalan tidak detail dan lengkap mengenai situasi dan orang2 yg terlibat...jadi tiada jawapan ya atau tidak untuk menilai seseorang itu baik hati.
    Sekadar pandangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      gunalah imaginasi sikit sebab kalau nak detail mahu 4 muka surat .. hehe

      Delete
  18. Kalau ada seorang saja di belakang saya, mungkin saya akan beri kepadanya. Tapi kalau ada lima enam orang, saya ambik saja kuih tu... hehehe

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. kalau awak ambil pun, tak ada siapa berhak untuk marah.

      Delete
  20. Salam hormat secangkir pinang buat Pak Ngah :D

    Kuih koci memang feberet..kalau dah tinggal satu memang kecewa juga...sebab nak beli sampai lima...jadi, balik rumah buat sendiri... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri adalah piliah terbaik .. tapi lecehlah kerjanya dan lambat dapat makan.

      Delete
  21. Saya pilih A sbb kioh feveret tu pak ngah. Dah lama tak makan kuih koci.

    ReplyDelete
  22. Ha3x.. A jawapan sy dan tengok org belakang jgk.. kalo dia wat muka kesian.. sy bagi separuh kot.. kalo dia rebut2 jgk dgn sy.. sahih!!! terus sy bawak lari kuih tu.. ha3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi separuh !! maknanya awak separuh baik hati .. he he

      Delete
  23. haha.. dilema..tapi sya mengaku sya mngkin akan jawab B..haha..sebab tgk keadaan misalannya kalau masa tu perut memang kosong boleh la ambil tapi kalau dah full tak apa la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau perut dah full baru tak ambil tak adalah baik hati namanya .. he he.

      Delete
  24. Memang tak berapa baik hati pun. Tapi kalau tengok yang berbaris beratur tu buat muka sedih ke muka 20 sen memang tak jadilah nak ambik. Lain kali lah gamaknya.

    ReplyDelete
  25. Ambil ke tak ambil ka, tak melambangkan yang kita tu baik atau tak. Orang pakai kopiah pun boleh buat jahat, atau kedekut, dan sebagainya. So jawapan saya, A. ^___^

    ReplyDelete
  26. saya selalu menjadi orang yang kat belakang tu..bila orang depan sapu habis kuih..rase sayu je..pastu tengok orang lain pulak yang berjaya ambil banyak2 makanan tu pastu setakat kuis-kuis..cubit-cubit sikit je kuih tu...rasa sungguh membazir...

    ReplyDelete
  27. Awal2 lagi saya xberatur kalau makanan xder..hehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.