Gambar Hiasan Hasil Carian Google - gambar saya tak ada di situ.
Sekarang ini kita semua Malaysia sedang menanti masa sahaja Parlimen dibubarkan dan selepas itu kempen politik secara rasmi akan bermula walaupun kempen secara tak rasmi telah berjalan sejak lebih dari 2 tahun yang lalu atau lebih.
Saya teringat pengalaman menghadiri kempen politik anjuran PKR di salah sebuah dewan orang ramai di Putrajaya beberapa tahun dahulu. Pada masa itu saya masih lagi bekerja makan gaji dengan kerajaan Malaysia.
Esoknya pagi-pagi saya telah dipanggil dan ditegur oleh KSU merangkap boss nombor satu saya kerana muka saya berada di barisan hadapan dalam salah sebuah akhbar di Malaysia. Tapi sayang guntingan akbhar tersebut tak jumpa saya cari .. entah kat mana saya simpan. (Saya memang cukup pandai menyimpan sampaikan saya sendiri tak boleh jumpa kalau mencari barang yang saya simpan).
Sebenarnya bila saya dipanggilnya menghadap, saya sudah dapat mengagak apa sebabnya.
Berikut adalah lebih kurang dialog kami:
Boss: Kenapa awak hadir ceramah tu ? (muka dia tegang)
Saya: Salah ke boss ?
Boss: Kita pegawai kanan kerajaan mana boleh aktif berpolitik.
Saya: Saya cuma nak tahu je boss ? Macam boss juga baca surat khabar tu ! (kebetulan saya ternampak surat khabar Harakah ada atas meja dia)
Boss: Aku lainlah ..
Saya: Sebenarnya boss .. saya cuma nak dengar dari belakang-belakang je .. tapi bila saya sampai, beberapa orang petugasnya terus mengiringi saya ke kerusi tetamu di barisan hadapan sekali .. saya nak buat macam mana ?
Boss. Lain kali pandai-pandailah sikit ! (muka dia dah kendur)
Selepas pertemuan itu hati saya berdebar-debar juga memikirkan apakah tindakan yang akan diambil terhadap saya. Tapi tungu punya tunggu, hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun, tak ada apa-apa pun .. bahkan dapat Anugerah Khidmat Cemerlang lagi.
Alhamdulillah.
harapan semoga malaysia aman dan makmur.
ReplyDeletewah, siap dapat apc. tahniah! bos bagi hint tu, lain kali kena pandai cover line sikit. bermakna dia tak menghalang sebab faham akan hak sebagai rakyat dalam mempunyai pendirian politik tak boleh dipaksa. mendengar, tak bermaksud menyokong. memilih dengan akal waras.
ReplyDeletememang bos saya berfikiran rasional .. tapi sebagai boss tentulah dia bertanggung jawab manasihatkan anak buahnya.
Deletesy tak pernah hadiri mana2 ceramah parti politik, walaupon lokasinye sebelah rumah je... hehehe
ReplyDeletekalau dah sebelah rumah, tak payahlah pergi .. dengar je dari dalam rumah .. hehe
Deletehehe uni pon xpenah pegi ceramah2 politik..xminat..
ReplyDeletetp mmg pkngah xpatot kna apa2 tndakan pun..sebab nak join ceramah apa pun, nak undi parti apa pun, tu hak pkngah. xde sp berhak halang..
dat's my opinion la kan..huhu
betul .. orang boleh cuba pengaruh atau ugut sekalipun .. tapi undi adalah rahsia.
Deletedah biasa sangat dengan ceramah parti politik... nieh kat paper ke internet pun berlambak... hehehe
ReplyDeleteOwh...tak bley pergi dgr ceramah yer. Tapi m'sia kan negara demokrasi ☺☺..hurmmmm...Alhamdulillah tak kena apa2 tindakan yer pakngah.
ReplyDeletebukan tak boleh dengar ceramah .. cuma barangkali dia ingat saya aktif dengan jadi AJK parti itu kot !
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesekarang ni tengok kat internet je .. malas nak bersesak-sesak bila dah tua-tua ni.
Deletesekarang ni kalau pi dengar ada tak lagi yang nak ambik gambar..kadang ter"tipu"jugak kan..tajuk ceramah agama..rupa2nya lain
ReplyDeletesaya tahu ada orang ambil gambar, dan cuba mengelak tapi selama mana kita boleh mengelak .. akhirnya tertangkap juga.
Delete"Aku lainlah "....tak aci betol :D
ReplyDeletehahahaha..Boss uncle pun baca Harakah
ReplyDeletebukan Harakah je .. entah berapa banyak lagi surat khabar atas meja dia. uncle pun tertanya-tanya, ada masa ke dia nak baca ?
DeleteNasib baik tak kena macam cikgu2 kat kampung dulu, kalau sokong yg selainnya, kena hantar masuk ngajar jauh ke pedalaman hhihihi.
ReplyDeletekalau cikgu tu memang dari pendalaman, lagilah dia suka kot.
Deletekalau balik ke kampung asal, suka la kot. yang untungnya dapat banyak makanan free orang sana bagi, petai jering sampai berguni. hehehhe
Deletedengar je ...tak salah, kan? hehe..
ReplyDeletekalau saya la...letih dah nak dengar, pakngah nye. dua2 belah pun dah letih. esok masuk tempoh berkempen lagi letih. bukan takat kena dengar, kena baca, kena analisis pulak lagi. tak best nya.
negara kita sedang menikmati fasa kebebasan bersuara di alam siber ..
DeletePergi mendengar dan mendapat maklumat x salahnya kan :)
ReplyDeleteBesar cable sampai tak kena tindakan.
ReplyDeleteSiap dapat anugerah lagi... hehehe...
Kadang2 malas nak layan politik, tapi kalau kita tak nak ambil tahu, masa depan anak2 juga yang jadi galang gantinya. Nak tak nak, sedikit sebanyak kena ambil tahu dari sana dan sini, kan Pak Ngah
ReplyDeletekena ambil tahu dan patut ambil tahu tapi biarlah dengan fikiran terbuka dan jangan taksub .. yang salah tetap salah !
DeleteSuami saya dulu2 selalu kena pi ceramah politik pasai itu memang kerja dia, suka tak suka kena pi. Masa tu dia SB tp la dah pencen (saya tak pasti boleh ke tak saya komen benda2 cam ni secara terbuka).
ReplyDeletemacam saya, saya lebih gemar mendengar mana2 party berpolitik..tapi bila fikirkan ..kesian pulak orang melayu ni..berbalah sesama sendiri..hmmm..
ReplyDelete