Monday, March 18, 2013

MAKIN DEKAT MAKIN SIBUK DAN TERUJA.

Taman kami akan mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Pelancaran Persatuan Warga Lavender Heights pada 23 Mac ini. Pada malam itu, selain makan malam, akan diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sukan, persembahan dari penduduk, penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam PMR dan SPM dan cabutan bertuah.

Saya terlibat secara langsung dalam mesyuarat dan perbincangan persediaan ke arah malam tersebut. Makanya hujung minggu lepas dari pagi sampai ke malam aktiviti saya boleh dikatakan penuh.



Gambar 1: Kain rentang memberitahu dan menjemput penduduk ke majlis tersebut telah digantung sejak seminggu yang lalu.


Video 1: Pertandingan congkak yang dikhususkan untuk peserta wanita sahaja sedang berlangsung dengan meriahnya.



Gambar 2: Pertandingan Batu Seremban yang bermain di Seremban sedang berlangsung di beranda surau kami.


Gambar 3: Pada petang Sabtu, saya menghadiri perjumpaan kecil bekas pelajar di Sekolah lama saya di Jelebu. Saya kecewa sedikit kerana tiada kawan sekelas saya yang hadir. Kebanyakkan yang hadir adalah senior saya. Tak mengapa, mungkin lain kali.


Gambar 4: Sebahagian dari rakan sekolah saya yang turut serta sedang menganyam ketupat bersembang.


Gambar 5: Pada sebelah malamnya dilangsungkan permainan yang paling tenang dan aman. Tak ada sorak sorai pemain dan juga penonton.



Gambar 6: Pertandingan futsal berlangsung dengan gamatnya pada hari Ahad. Sudah tentulah pasukan remaja yang menguasai perlawanan.


Gambar 7: Pada petang Jumaat 15/3 sebelum itu, anak saya Ifa terpaksa dimasukkan ke hospital SALAM berdekatan rumah kerana sakit apendiks. Kini masih lagi berada di hospital. Isteri saya tidur di hospital menemaninya pada setiap malam. Bil kemasukan saya ke hospital yang sama sedikit masa dulu baru sahaja dilunaskan.



Gambar 8: Inilah rupa benda yang telah dibuang oleh doktor. Menurut doktor, walaupun telah dibuang tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada kesihatan. Doktor sendiri tidak tahu apakah fungsi organ itu. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia mengapa ia diciptakanNya. Subhanallah.

Itulah sedikit cerita mengenai kegiatan orang pencen pada hujung minggu lalu. Hanya cerita-cerita biasa sahaja.

14 comments:

  1. Assalamualaikum PakNgah

    semoga semua yang dirancang berjalan dgn lancar.

    Semoga anak juga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. xtvt yang bagus... moga anak cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  3. Pak Ngah kalau tak buang tu bahaya jugak, moga Ifa cepat sembuh.

    Aktiviti orang pencen yang sangat padat.

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat join aktvt mcm ni kat taman. selalu taman rumah nik buat aktvt gini mesti time kami balik kg.

    moga ifa cepat sembuh yea.

    ReplyDelete
  5. Semoga semua nya sihat kembali...

    Saya pernah kena dok sebulan sebab apendiks...

    ReplyDelete
  6. moga Ifa cepat sembuh...takut la tengok gambar last tu...

    ReplyDelete
  7. Memang padat jadual Pak Ngah, aura YB makin kuat ;) Best la bnayak aktviti.
    Moga Ifa cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. Semoga anak Pak Ngah cepat sembuh ek Amin...

    ReplyDelete
  9. Assalam
    Semoga majlis ramah mesra berlangsung sempurna. Syukur dapat mengaktifkan diri dan minda untuk kebajikan bersama. Semoga anak segera sembuh. Nampaknya, bila kita rasa perlu disegerakan pemeriksaan dan rawatan, kenalah juga ke tempat-tempat macam SALAM, yang tak mahu pula menerima "Kad Pesara" kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      satu perkara yang saya tak berapa suka hospital swasta ni .. tindakan dan pertanyaan mereka membayangkan mereka terlalu bimbang kita akan lari tanpa membuat bayaran.

      Delete
  10. salam pak ngah
    dah lama tak menjengok mengomen mengintai disini
    macam macam perkara yang berlaku ye?
    semoga anak cepat sembuh sembuhnya
    semoga komuniti kejiranan pak ngah sejahtera selamanya

    ReplyDelete
  11. Semoga hanya yg terbaik utk anak pakngah...aminnn

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.

    terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya, Ifa segera sembuh. alhamdulillah dia telah pun keluar hospital semalam dan kini mendapat cuti panjang dan berehat di rumah.

    ReplyDelete
  13. mcm2 terjadi kan
    speedy recovery for your daughter

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.