Friday, March 29, 2013

ADAKAH KITA TERLEBIH PERAMAH ?


Buat apa tu kak ?


Orang Melayu sangat berbudi bahasa. Siapa kata ? Kitalah yang kata. Biasalah. Macam jam Rolex juga kata dia yang terbaik. Takkan jam Seiko nak kata jam Rolex yang terbaik pulak kan.

Antara budi bahasa yang saya maksudkan ialah, kita gemar menyapa atau bertanya perkara yang kita sudah tahu dengan jelas akan jawapannya.

Contohnya bila kita nampak orang sah-sah isi minyak kereta kat stesyen minyak, kita sapa:

"Isi minyak kereta ke bang !"

Bila kita nampak orang yang sah-sah menyapu sampah kat laman rumah dia, kita tegur:

"Sapu sampah ke kak ?"

Namun begitu akibat suka sangat menyapa, saya pernah terkena. Kisah ni sudah sangat lama tapi  ia masih segar dalam ingatan. Memang begitulah agaknya darjah ingatan orang yang pernah terkena.

Ceritanya begini. Satu hari saya tanya seorang pakcik yang sedang menunggu bas sambil memegang bakul di sebuah perhentian bas:

"Tunggu bas ke pakcik ?"

Saya menjangka dia akan mengiyakan sahaja pertanyaan saya itu,  tapi sebaliknya dia menjawab:

" Tak .. pakcik sedang pegang bakul ni !" .. sambil dia menunjukkan bakul yang dia pegang.



Club ClubClub

45 comments:

  1. kena sebijik..haha.
    tapikan..lebih baik peramah dari buat muka ketat.Ada juga modal nak ketawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. lebih baik peramah dari muka ketat .. tapi janganlah over sangat pulak.

      Delete
  2. Assalamualaikum Pak Ngah,
    Kan senang kalau beri salam je... Ramah dan dapat pahala lagi!

    ReplyDelete
  3. aduhai..dah terkena
    tapi nik tak kisah pun org tanya soalan gitu walaupun mmg dah terang2 dia tahu kita buat apa. maybe tu cara dia nak mulakan perbualan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. orang putih kata 'to break the ice' ..

      Delete
  4. Saya rasa pakcik ni pun pernah terkena. Itu sebab dia menunggu aje peluang utk kenakan orang lain pulak .... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abang kurang periksa pulak tentang perkara itu .. kalau nak tanya pun, dia sudah tiada lagi di dunia ini.

      Delete
  5. hehhe, kita memang peramah pakcik...kadang soklan yang diajukan, sudah gaharu cendana pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal tulah agaknya pantun dua kerat itu dicipta oleh nenek moyang kita dulu.

      Delete
  6. Ekekeke...kan dah kena. Sabo jer lah yer ☺☺

    ReplyDelete
  7. Salam pakcik,

    Betul ke ni Pakcik? Klu betul, mmg Pakcik tak bernasib baik. Hahahahah! Pakcik tu sbnrnya menyampah sgtlah. Dah tau nak tunggu bas, bt pe nak ditanya lagi kan? Walau apapun, sy berdekah gelak baca entri Pakcik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      pakcik tu memang terkenal dengan sifat suka melawaknya ..

      Delete
  8. Hehe.. "Cool" jer jawapan Pakcik tu. :D

    ReplyDelete
  9. Hahahahahha...saya pernah kena juga.

    ReplyDelete
  10. suami saya macam tu la..kalau orang tanya apa yang dia sedang buat...mesti kata tidak...dan akak jawb yang lain dari apa yang orang tanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami acik erna mungkin bersaudara dengan pakcik tu kot !

      Delete
  11. hehehee

    memang terlebih ramah tu. ;))

    ReplyDelete
  12. Hahahaha...lawak la citee ni..haha

    ReplyDelete
  13. hihihih tapi nak buat macam mana..itu memang soalan biasa untuk mulakan perbualan :)

    ReplyDelete
  14. hehe.. pakcik. sbnrnya kdg2 memang kita dah tau dia buat apa, tapi sbb nak small talk dan buat dia selesa utk berbual, terpaksa juga pura2 tanya perkara yg sah-sah dpn mata. sy tak pernah lagi mulakan perbualan mcm tu. biasanya saya tanya ;" sihat?" walaupun sah-sah sy tgk dia sihat dpn mata.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu budaya kita barangkali .. takkan nak tanya 'duit engkau berapa banyak ada dalam bank?'

      Delete
  15. Sebenarnya ramah tamah gini tak jadi hal sebelum ni kan, tapi saya perasan lately ramai yang marah2 atau tak suka bila ditegur macam tu, masyarakat kita semakin demand, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin orang-orang sekarang dah cerdik dan bijaksana belaka .. tak suka soalan bodoh macam tu.

      Delete
    2. orang sekarang terlalu bergantung kepada teknologi untuk jadi (atau nampak) cerdik. Soalan macam tu tak bodoh bagi saya Pakngah, semua nya atas budi bahasa. Undilah saya. eh?

      Delete
  16. hahahaha..sekali pakcik tu punya fire...

    ReplyDelete
  17. kahkah.. adoi la pak ngah.. mesti terkedu kan.. rasa macam nak sorok muka dalam bajuu...

    ReplyDelete
  18. hahahaha!!! cekap betul pakcik tuh! :p

    ReplyDelete
  19. Lawak...lain kali kalau nak tanya kena baca mood dulu tuan...
    Nasib tak sambung tanya.. Kalau sambung sah2 kena serkup ngan bakul...

    ReplyDelete
  20. hahaha...si peramah vs si loyar buruk...

    saya selalu kenakan adik saya begitu tiapkali dia bertanya dalam telefon,
    "akak tengah buat apa tu, kak?"
    "tengah berccakap ngan awak laa..."
    "haha tau la..."
    "dah tau,naper tanya?"

    hehe
    bengang jer dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun selalu kenakan orang dengan dialog tu .. tapi kalau ada orang yang tak pandai bergurau mungkin disermburnya kita.

      Delete
  21. haha kan dah kena..setepek je pakcik tu bagi..
    orang melayu memang terkenal dengan sifat peramah, tapi tu la kadang2 makan diri juga:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apalah, bukan selalu terkena macam tu .. untuk hilangkan panas hati, kita kenakan orang pulak. hehe

      Delete
  22. heeee...saya pernah dengar juga teguran seorang ustaz tentang pertanyaan "kita pun tau jawapannya" itu..
    tapi nak buat macamana kan? spontan..apa yg kita nampak tu kita nak tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang dimanakan budi bahasa .. atau "ringan mulut" .. saya tak setuju dengan teguran ustaz itu.

      Delete
  23. hhehehehe...kelakar la..boleh la saye guna ayat pakcik tu untuk kenakan kawan saye nanti...muhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah gunakan .. tapi kalau kena sembur dek kawan nanti, jangan salahkan uncle.

      Delete
  24. kah kah kah memang selalu org tanya soklan cepu mas
    anak2 aku rajin tanya, mama buat apa tuh? walau dia nampak aku tgh masak
    senang aje aku jawab: mama tgh basuh kain
    kakakakakkaka tau lak dia marah aku jawab cam tu

    ReplyDelete
  25. hehe..biasanya situasi yang diatas macam yg dijadikan contoh tu adalah disebabkan kurang modal dah tak tahu nak tegur macm mana.. nak starting macam mana..jadi terkeluar la soalan lagu tu..huhu..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.