Saturday, March 16, 2013

JANGAN LUPAKANNYA BILA DAH TAK SUSAH.


Lumrahnya manusia ini hanya ingat akan Allah bila berada dalam kesusahan. Kemudian setelah musibah itu berlalu, kita terus melupakanNya ataupun kalau ingat hanya sementara sahaja.

Sikap ini diakui sendiri oleh Allah melalui firmannya dalam surat Yunus di ayat 22 dan 23 seperti di bawah.


سُوۡرَةُ یُونس
هُوَ ٱلَّذِى يُسَيِّرُكُمۡ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا كُنتُمۡ فِى ٱلۡفُلۡكِ وَجَرَيۡنَ بِہِم بِرِيحٍ۬ طَيِّبَةٍ۬ وَفَرِحُواْ بِہَا جَآءَتۡہَا رِيحٌ عَاصِفٌ۬ وَجَآءَهُمُ ٱلۡمَوۡجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ۬ وَظَنُّوٓاْ أَنَّہُمۡ أُحِيطَ بِهِمۡ‌ۙ دَعَوُاْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ لَٮِٕنۡ أَنجَيۡتَنَا مِنۡ هَـٰذِهِۦ لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّـٰكِرِينَ (٢٢) فَلَمَّآ أَنجَٮٰهُمۡ إِذَا هُمۡ يَبۡغُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ‌ۗ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّمَا بَغۡيُكُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُم‌ۖ مَّتَـٰعَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا مَرۡجِعُكُمۡ فَنُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٢٣)

"Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur. (22)

Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kamu menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kamu sendiri. (Dengan itu kamu hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada kamilah tempat kembalinya kamu, maka Kami akan memberitahu apa yang kamu telah lakukan" (23)

Prof HAMKA dalam tafsir al-Azharnya membuat kesimpulan tentang dua ayat di atas seperti berikut:

"Maka kedua rangkaian ayat ini memberi bahan bagi kita, bahawasanya kita hidup di dunia ini adalah dalam pelayaran. Kitapun selalu mendengar ungkapan tentang Bahtera Hidup. Kita akan bertemu kegoncangan dan ketenangan. Orang yang meraung-raung ketika menghadapi bahaya, banyak yang menjadi sombong bila terlepas dari bahaya, dan lupa bahawa pelayaran ini belum selesai. Sebab itu hendaklah bertenang, dapat mengendalikan jiwa dan merapatkan hubungan dengan Tuhan, baik di waktu genting-gentingnya bahaya ataupun di waktu ombak kehidupan itu sedang tenang".  HAMKA - Tafsir al-Azhar,  Juzu' 11 - muka surat 187.


Moga-moga kita tergolong dalam kalangan manusia yang sentiasa mengingatiNya baik di masa susah lebih-lebih lagi semasa senang. 

 

21 comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian ilmu dan peringatan ini.

    ReplyDelete
  2. Mekasih atas peringatan ni pakngah. Manusia memang mcm tu kan. Bila susah dan di uji dgn dugaan yg hebat, baru nak ingat DIA.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah... Terima kasih Pak Ngah kerana mengingatkan kami insan yg selalu alpa. Saya juga kekadang seperti itu. Bila dilanda duka saya sanggup bangun malam utk bertahajud bila sedikit reda saya tidur tak sedar diri kadang2 walaupun sedar saya hanya berdoa sedikit dan tarik selimut tidur. Moga2 selepas ini saya akan berubah... Sedih...

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Ngah,

    Selalunya begitulah, bila ada masalah baru nak cari sejadah, dah berserabut hati baru nak cari alquran. Semoga kita menjadi insan yang tidak melupakanNYA.

    ReplyDelete
  5. selamat hari jumaat uncle..

    moga diberkati Allah selalu :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih Pak Ngah .. peringatan berguna di hari jumaat

    ReplyDelete
  7. Salam Pakcik,

    TQ atas peringatan. Sy akan semat smpi bila2.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas peringatan hari Jumaat Pak Ngah.

    lama den tak singgah sini :)

    ReplyDelete
  9. insyaAllah. moga diri saya takkan lupa DIA.

    ReplyDelete
  10. insya Allah... terima kasih PakNgah kerana sentiasa memberi peringatan

    ReplyDelete

  11. "Moga-moga kita tergolong dalam kalangan manusia yang sentiasa mengingatiNya baik di masa susah lebih-lebih lagi semasa senang"


    itu pesan saya di akhir entri di atas tapi ramai yang tak perasan peringatan supaya mengingati Allah semasa senang.

    ReplyDelete
  12. lumrah manusia,sering alpa dek kesenangan dan keseronokan..

    ReplyDelete
  13. salam kenal pak ngah =)
    hehe..suka ayat atas blog nun...takpe..da tua2 kalu berblog lagi banyak pengalaman kan.boleh berkongsi kebaikan dengan kami2 yang muda ni...insyaallah lagi manfaat

    thanks sharing..
    betul..di kala senang,harus ingatkan allah.barulah bila dalam susah,allah juga tidak tinggalkan kita kan..

    ReplyDelete
  14. Kali pertama jejak kaki ke blog Pak Ngah ni..rasa tertarik nk ke mari.. ramai sy jmpa mcm tu..bila dilanda dugaan baru la menyesal tak terkira..pastu mula balik.. haiyaa

    ReplyDelete
  15. semoga seandainya satu hari nanti Allah beri saya kekayaan yang melimpah ruah , saya gunakannya ke jalan Allah ... inshaa Allah .

    ReplyDelete
  16. Betul...
    Kesusahan itu ujian. Semua orang tahu.
    Kesenangan juga ujian. Kadang-kdang orang tidak tahu.

    ReplyDelete
  17. in shaa Allah.
    moga Allah sntiasa dlm hati kita ssh atau senang.amin

    dtg jenguk sini kembali :)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.