Sebenarnya saya tidak
berapa setuju tentang ceramah/kuliah dari sesetengah Ustaz yang bersandarkan hadis sahih dari Muslim, memberi gambaran yang amat mudah
untuk masuk ke syurga seperti kisah pelacur yang dapat masuk syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang sedang kehausan.
Pemahaman hadis ini pun silap. Hadis itu tidak ada pun menyebut masuk syurga tapi yang disebut adalah diampunkan. Jauh bezanya tu ! Saya sertakan di bawah nanti soal-jawab yang berkaitan untuk lebih jelas.
Kalau
tidak nanti ada orang yang tidak sembahyang akan meremehkan usaha
masuk ke syurga dengan berkata:Pemahaman hadis ini pun silap. Hadis itu tidak ada pun menyebut masuk syurga tapi yang disebut adalah diampunkan. Jauh bezanya tu ! Saya sertakan di bawah nanti soal-jawab yang berkaitan untuk lebih jelas.
"alaa ... kita orang Islam, lambat laun
pun masuk syurga juga asalkan jangan syirik".
Selanjutanya silalah baca soal jawab seperti yang saya nyatakan sebentar tadi.
......................................................................................
Soalan.
salam,
i sebenarnya tertarik bila ramai yang menyebut kisah ini. Contoh paling senang bila ada orang yang buat perkara tak elok, yang selalunya bertentangan dengan ajaran Islam dan dikutuk habis-habisan - nanti ada yang menyebut kisah pelacur dan anjing ini untuk menangkis kutukan tersebut.
kemuskilan i:
i) kisah ini memang riwayat yang betul? jika betul, i nak tahu sumbernya dan macamana sebenarnya riwayat ini diceritakan.
ii) dan jika betul juga, apakah sebenarnya iktibar daripada riwayat ini? - berkasih sayang ke atas haiwan atau perlakuan/ibadah kita sebenarnya ditentukan oleh ALLAH?
Jawapan:
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
153- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنْ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا. (رواه مسلم)
153- Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad (sabdanya): "Bahawa seorang perempuan pelacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang cukup terik panasnya sedang berpusing-pusing mengelilingi sebuah perigi sambil menjelirkan lidahnya disebabkan dahaganya. Perempuan itu segera mengambil air perigi dengan sarung kakinya (yang diperbuat dan kulit kambing) dan diberi minum kepadanya. Dengan (perbuatan yang baik) itu Allah Taala mengampunkan dosanya."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
1. Kitab yang sama (14:242).
Hadith ini adalah tentang fadhilat bersedekah, hatta kepada binatang sekalipun. Tapi selalu orang quote silap, sebenarnya bukan dimasukkan syurga tetapi diampunkan dosa. Tentang dosa yang diampunkan itu tidaklah diperincikan Rasul s.a.w, dia juga tidak berkata SEMUA dosa.
Intrepretasi yang lebih tepat adalah kalau bersedekah, walaupun orang jahat/berbuat maksiat, dan diberikan sedekah itu kepada binatang sekalipun, Allah akan beri ganjaran dgn sekurang2 mengampunkan dosa orang tersebut, akan tetapi sebanyak mana dosa yang diampun itu tidaklah diketahui, mengikut kehendak Allah jua.
Tentang adakah dengan pengampunan dosa itu, pelacur tersebut dimasukkan syurga, tidaklah diketahui dari hadith ini..jelas ianya hanyalah tafsiran orang-orang yang suka menambah2 sesuatu yang tak ada.
Jika pelacur itu bertaubat dari melakukan dosa pelacurannya selepas memberi minum anjing tersebut, sudah tentulah dia melakukan taubat nasuha. Jika tidak, akan tergelumanglah pelacur itu di dalam dosa yang baru.
Wallahua'lam
Sumber: Sini.
.........................................................................................................................................
Jawapan ini disokong pula dengan penjelasan dari Dr Asri yang saya petik seperti berikut:
APAKAH SYURGA MURAH?
Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing. Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid? Sudah pasti tidak demikian! Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!
Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya. Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah. Sumber: Sini
Sekian untuk kali ini. Semoga entri ini sedikit sebanyak ada manfaatnya kepada kita semua.
Setuju...harga syurga itu mahal!
ReplyDeletepak ngah terima kasih kongsi sumber ilmu yg jelas dan mudah difahami
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTiada jalan mudah dan singkat untuk ke syurga.
Ikuti segala perintah Allah swt dan jauhi segala laranganNya...itu sahaja caranya.
keikhlasan hati juga penentunya...
ReplyDeletesemua perlu digapai dengan ketabahan dan keikhlasan..
ReplyDeleteterima kasih pak Ngah ..
Cerita ini juga ada digunakan sesetengah pihak utk terus lakukan maksiat, dengan harapan bila dah puas buat maksiat, kita bertaubat --- dan masuk syurga. Soalannya, kot mati tak sempat taubat?
ReplyDeletesetuju .. mati ini tak kira umur. sekarang ini uncle lihat lebih ramai orang muda mati dari orang tua .. mati sebab dadah, rempit, aids dan sebagainya.
Deletebanyak manfaatnya entri ni...
ReplyDeletesebenarnya lebih senang masuk syurga dari masuk neraka.. kerana berbuat baik itu lebih senang dari berbuat jahat.. contohnya... solat itu kan lebih mudah dari merompak.. memberi sedekah itu kan lebih mudah dari membunuh... puasa itukan lebih mudah dari berzina... (",)..
tapi yg penting, iman harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya mudah untuk datang kepada amal agama.. ironinya, amal agama adalah usaha untuk mendapatkan rahmat Allah.. dan rahmat Allah itu membawa manusia ke syurgaNya...
betul .. lebih mudah tak hisap rokok dari hisapa rokok .. duit habis, kesihatan sendiri dan orang berdekatan terganggu dan silap2 rumah terbakar.
DeleteSesungguhnya syurga itu sangat mahal harganya.
ReplyDeleteJangan kita mempermudahkan kerja kita sudah la..
nak masuk syurga tak semudah yang disangka.... :)
ReplyDeleteKalau la sesenang itu nak masuk syurga kan? Kadang apa yg ustaz cakap pun kena fikir timbang juga sebab ramai sgt "ustaz" sekarang ni...
ReplyDeleteustaz ni pun macam askar juga rankingnya .. ada prebet, sarjan, kapten dan jeneral dan sebagainya.
Deletesalam ziarah..
ReplyDeleteterima kasih atas entry ini. amal ibadah kita tak mampu nak membawa kita ke syurga, dan amal kita juga tidak bernilai jika tidak ikhlas.
syurga itu mahal harganya..
salam kembali.
Deleteterima kasih kerana sudi ziaran dan memberi komen buat kali pertama.
syurga memang mahal uncle. semoga kita dapat menjadi ahli Syurga kelak.
ReplyDeletetersangat mahal dan susah mendapatkannya... namun itulah tempat penyudah yg amat kita semua harapkan
ReplyDeletep/s PakNgah sy cilok pic PakNgah dari fb KAANS
silaka cilok-mencilok .. jangan aksiden sudah !
DeleteBagi saya, pengajaran cerita tu supaya jangan berhenti berbuat baik.
ReplyDeleteAda jugak dengar cerita orang yg sangat warak, sekali dia ter-marah ibu dia, terus tak dapat syurga. So... jangan berhenti berbuat baik.
Not easy kan.
kalau berbuat baik, orang dapat faedah dan kita juga dapat faedah dan begitulah sebaliknya.
Deleteassalamualaikum ... alhamdulillah , banyak manfaatnya ... terima kasih sharing .
ReplyDeletetq perkongsian yg sgt2 bagus !
ReplyDeleteterima kasih entri yg bagus jelas dan mudah di fahami
ReplyDeleteKita masuk syurga bukan sbb Amal, tapi rahmat Allah
ReplyDelete