Itulah yang telah terjadi kepada saya yang telah menganaktirikan blog pu.e.c.orang x. re.t. (Puisi Orang Tak Reti) milik saya.
Masa saya banyak dihabiskan di blog KomenSen. Blog Puisi ini kurang saya tumpukan perhatian dan juga layanan. Saya cuma masuk ke sana bila ilham untuk berpuisi tiba. Pada lain masa, ia langsung saya tidak jenguk berhari-hari kecuali kalau ada komen yang terperangkap. Sejak akhir-akhir ini, saya hanya membuat satu entri sahaja secara purata dalam sebulan.
Akan tetapi sekejap tadi saya tergerak untuk memeriksa statistik kunjungan atau pageview. Saya agak terperanjat bila saya bandingkan antara dua blog itu dari bilangan pageview kepada sesuatu entri. Tidak saya sangka sama sekali, entri saya yang paling banyak mendapat pageview bukanlah dari blog KomenSen tetapi sebaliknya dari blog Puisi itu.
Entri yang mendapat pageview terbanyak iaitu sebanyak 3478 dalam blog KomenSen.
Entri yang mendapat pageview terbanyak iaitu sebanyak 5109 dalam blog Puisi.
Begitu juga dari sumbangan pendapatan dari iklan. Walaupun jumlah pendapatan yang terkumpul seciput cuma, tapi dari segi peratusannnya, blog Puisi itu juga memberi sumbangan lebih besar dari blog KomenSen ini.
Tetiba saya rasa bersalah pulak kepada blog Puisi itu. Mungkin saya boleh misalkan kes ini ibarat orang beristeri dua yang salah seorang darinya diberi perhatian yang kurang. Rupanya isteri yang kurang diberi perhatian itulah yang telah banyak menaburkan jasa kepada suaminya secara diam-diam. Jadi kepada mereka yang beristeri dua (atau lebih) berlaku adillah kepada semua isteri anda !
Boleh tak saya gunakan misalan suami dan isteri-isteri tersebut ?
Kalau tak setuju, boleh saja digantikan misalan itu dengan bapa dengan anak-anak atau guru dengan murid-murid.
ada betulnya jugak...kalau punya dua, tak baik abaikan salah satu daripadanya :)
ReplyDeletesedih nya terabai...
ReplyDeletetp kan hati2... ramai yang stalker tu....!!..
baik jaga elok2.. hehehe
Salam,
ReplyDeleteYang kedua kurang diberi perhatian, maka ia terpaksa berdikari dan berusaha utk menarik perhatian kembali. Tapi...mungkin juga yg kedua tu mula mendapat perhatian dari orang lain. Maklumlah, kesunyian....hehe
Jagalah kedua2 nya...berilah keadilan yg sewajarnya.
salam kembali.
Deleteselalunya isteri kedua yang mendapat perhatian yang lebih ..
Salam. kesiannya isteri kedua terbiar sebab uncle fokus hanya pada isteri pertama. Kalau blog dah berpoligami, kesiankan sebab susah nak berlaku adil...ni pulak kalau benar2 berpoligami.
ReplyDeletesalam kembali.
Deleteharap2 isteri kedua tak berkecil hati dan sudi memaafkan ... hehe
hahahaa..
ReplyDeleteBayangkan kalau ada 4 blog? ( 4 isteri)
sahabat kita tu ada rasanya lebih 10 blog ..
DeleteTerkejut saya tadi ingatkan betul2 tajuk tu...hahaaa...
ReplyDeleteAdil...tp susah jugak nak adil kan Pak Ngah.
memang tidak akan dapat berlaku adil walau bagaimanapun kita mencuba ..
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteHishhhhh! gamaknya macam tu la orang yg poligami kan?
errrrrr tapi tajuk ni akan menyebabkan isteri ke dua tu dipinggirkan lagi sekali hu huhuhu
alaikumsalam
Deleteselalunya orang berpoligami, isteri pertama yang menjeruk hati.
baca tajuk ni pun buat isteri kedua merasa dapat sokongan padu..lepas ni lagi ramai yang baca..
ReplyDeletememang ternyata ada peningkatan dari segi pengunjung ..
DeletePakcik! Lumayannya unique visitor!
ReplyDeletebolehlah naik BMW lepas ni ..
Deletedalam adik beradik pon, ada terkala sebahagian anak2 yang menjadi feveret mak/ayah..
ReplyDeletekat ofis pun sama .. kat sekolah pun sama. pandeknya di mana2 pun sama.
Deleteramai silent reader kot tu...uni nak terjah ni!!hehe
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi menerjah ..
DeleteBoleh jer misalan tu Pak Ngah. tepat juga.
ReplyDeleteKesian isteri kedua tu hehehheh :)..
ReplyDeleteKalau PakNgah boleh la pakai misalan isteri-isteri, kalau untuk orang comey macam saya, pakai misalan jaket lama jaket baru kot. Hihih sajer tension sebab sini snow balik :p
ReplyDeleteberuntunglah papa jj mendapat isteri yang comey ..
Deletehihi...lepas ni kena banyak berpuisi la ye... gunalah misalan antara pokok krismas dan pokok kelapa.. eh! tak de kena mengena.. maafkan saye..
ReplyDeletepokok krismas dan pokok kelapa ?
Deletemesti berderau darah MakNgah baca tajuk ni
ReplyDeleteada hajat ke nak tambah lagi...blog!
hajat itu di dalam hati .. di dalam hati siapa yang tahu . . hehe
Deletesaya terkejut dengan tajuk ini...sangat mendebarkan kepada wanita dan isteri seperti saya..hehehe..
ReplyDeletemintak maaf je lah buat Ummi terkezut ..
Deleteboleh ja guna contoh gini....asal mak ngah tak mengamuk
ReplyDeletehehe...boleh kesitu pulak? ada2 jer...
ReplyDeleteselalunya sejarah yg terjadi ulang berulang ialah menantu yg dibenci tu la yg akan membela mentua sampai lah dia mati...walaupun zaman mudanya habis digunakan untuk aniaya menantu sendiri...
hurmmm...............
macam ada cerita tersendiri komen ini ..
DeleteKesian...baru 2 tu pakngah. Klo tambah lagi? Terabailah jawabnya ☺☺
ReplyDelete