Kami rancang untuk mengadakan Malam Ramah Mesra dan Pelancaran PWLH lebih sebulan yang lalu.
Beberapa kali mesyuarat dan perbincangan telah diadakan secara berkala dan juga secara 'ad-hoc' membuat perancangan dan mengatur gerak kerja agar majlis tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan penduduk. Kadang-kadang saya turut mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan tuan pengerusi.
Akhirnya pada 23hb Mac seperti yang dirancangkan majlis tersebut telah dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan penduduk. Pada anggaran kasar saya, kira-kira 600 orang penduduk telah hadir. Ia amat menggembirakan kami kerana tidak mudah untuk mengajak dan mengumpulkan orang seramai ini dalam satu majlis seumpama ini.
Beberapa kali mesyuarat dan perbincangan telah diadakan secara berkala dan juga secara 'ad-hoc' membuat perancangan dan mengatur gerak kerja agar majlis tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan penduduk. Kadang-kadang saya turut mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan tuan pengerusi.
Akhirnya pada 23hb Mac seperti yang dirancangkan majlis tersebut telah dapat dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan penduduk. Pada anggaran kasar saya, kira-kira 600 orang penduduk telah hadir. Ia amat menggembirakan kami kerana tidak mudah untuk mengajak dan mengumpulkan orang seramai ini dalam satu majlis seumpama ini.
Gambar 1: Kain rentang pemberitahuan Malam Ramah Mesra dan Pelancaran Persatuan Warga Lavender Heights.
Gambar 2: Keadaan kerusi meja pada sebelah pagi.
Gambar 3: Keadaan khemah dan kerusi meja yang tersusun rapi pada sebelah petangnya.
Gambar 4: Beberapa orang AJK sedang sibuk menyusun hadiah sukan dan cabutan tiket bertuah.
Gambar 5: Sebahagian dari hadirin sedang menikmati jamuan secara buffet.
Gambar 6: Saya menyemak paspot keratan tiket sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
Gambar 7: Makngahnya turut dijemput menyampaikan hadiah kepada pemenang permainan congkak dan batu seremban.
Gambar 8: Pemenang cabutan tiket bertuah menerima hadiah utama berupa sebuah jentolak tv.
Gambar 9: Geylang si paku geylang ..
Gambar 10: Entah mengapa bila melihat gambar ini hati saya merasa sayu .. yang saya pergi ambil gambar ni buat apa !
Persembahan khas oleh artis jemputan Fredo .. sila jangan klik pada gambar jika tak mahu mendengar nyanyian dia.
Di sepanjang menguruskan aktiviti ini, saya bertemu dan berurusan dengan 4 jenis manusia (biasalah seperti dalam mana-mana organisasi atau komuniti).
1. manusia yang cakap tak banyak, tapi buat kerja banyak - 95%.
2. manusia yang cakap banyak tapi apa pun tak boleh harap - 2 %
3. manusia yang cakap banyak dan dia buat kerja pun banyak - 2 %
4. manusia yang cakap tak banyak dan buat kerja pun tak banyak - 1 %.
Di samping itu saya juga mendapati terdapat 2 jenis jemputan/hadirin.
1. mereka yang datang, beramah mesra dengan jemputan lain dan tunggu majlis sampai habis.
2. mereka yang datang hanya untuk makan dan terus balik dengan mengambil bekalan untuk dimakan dalam perjalanan.
...............................................................................................................................
Sub entri: Menghadiri kenduri di tepi tasik di Ampang Hilir.
Tengah hari semalam saya bersama Makngahnya ke Ampang Hilir memenuhi jemputan kenduri kahwin rakan lama yang menerima menantu sulung. Kendurinya dibuat di tepi tasik yang meniupkan angin sepoi-sepoi bahasa. Harap-harap majlis mereka berjalan lancar kerana semasa kami hendak meninggalkan majlis, hujan sudah mula nak turun cepat-cepat angkat jemuran.
Tahniah semuanya berjslan dgn lancar mungkin
ReplyDeletemulanya risau juga takut orang tak datang .. kemudian hujan turun, nasib baik sekejap sahaja .. bagus juga sebab cuaca jadi sejuk selepas itu.
DeleteOwh nyanyi lagu Geylang geylang... dengan semangatnya. Bagus sanga la majlis ni and urusetia pun macam tak banyak kerenah jer. Tahniah majlis nampak meriah dan lancar kerja keras Pakngah and the gang ;)
ReplyDeleteU both looks very nice in purple.
kita orang looks nice dalam apa warna pun .. hehe.
DeleteKALAU PAHAT MASIH BERBUNYI SEKALIPUN KITA PEKAKKAN TELINGA SAHAJA.. AGAR SUKAR UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK..
ReplyDeletebukan sukar tapi mustahil untuk memuaskan hati semua pihak .. itulah hakikat yg perlu kami hadapi.
Deletewahh, bestnya cabutan bertua dia. hihihi.
ReplyDeleteYup mmg bnyk yg suka ckp tp buat langsung tak. hahaha
yang banyaknya cakap tak banyak tapi kerja banyak ..
DeleteGambar yang last tu agaknya....agaknyalah: Masing masing balik rumah ,tinggal sekerat dua saja yang bereskan kerja akhir....menyimpan.
ReplyDeleteTahniah anyway ...bukan senang nak jayakan satu satu majlis.Tambah tambah kerja sukarela.
kerja akhir itu dibuat oleh katerer sebab kita dah jangka tak ada orang yang nak buat ..
DeleteSalam Pakcik,
ReplyDeleteAktif juga Pakcik ya. Klu aktiviti ni dibuat selalu, seronok jugak. Tapi, penat tak Pakcik?
Majlis kahwin kat Ampng Hilir tepi tasik? Peh!! Greatest moment tu. Tapi bab hujan, redha jelah kan? Musim tak bape nak mengizinkan....
salam kembali.
Deletepenat, mengantuk dan kadang2 sakit hati .. kerja sukarela begitulah, kita bukan ada kuasa.
hadiah untuk cabutan bertuah tu kan, memang bertuah sangat orang yang dapat :)
ReplyDeletesaya juga menyimpang cita-cita untuk memenanginya .. nampaknya cita-cita hanya tinggal cita-cita. hehe
DeleteSalam Pakngah,
ReplyDeleteSyabas kerana telah berjaya mengumpulkan semua penduduk di tempat Pakngah tinggal tu sehingga berjaya mengadakan majlis yang nampaknya begitu meriah. Bukan senang nak kumpulkan orang terutama nak dapatkan sokongan.
salam kembali.
Deletememang susah kerana kita tiada ada kuasa untuk memaksa mereka datang walaupun semuanya disediakan secara percuma dan dapat hadiah lagi ..
Tasik Ampang Hilir tu taklah begitu jauh dari rumah saya...
ReplyDeletesaya perlu bergegas pulang kerana meninggalkan mertua hanya dengan anak sahaja.
DeleteSalam, uncle.
ReplyDeleteTasik tu tak jauh dari rumah mak ayah saya.
Cara uncle berposing tu macam "Raja Sehari"lah... ^_^
nasib baik kami tak duduk atas pelamin .. hehe
Deletekalau duduk atas pelamin, memang para tetamu tak boleh cam yang mana satu pengantinnya... hehehe...
Deletecabutan bertuah dapat TV =)
ReplyDeletesaya yang tak bertuah malam itu .. satu hadiah pun tak dapat. huhu.
Deletebertuah sungguh sapa yg dpt cabutan bertuah tu
ReplyDeletesinggah balas kunjungan :-)
memang bertuah orang itu .. sebab malam itu dia menang dua tiket bertuah.
Deletenampak meriah!
ReplyDeletealhamdulillah semuanyer dah selesai dgn jayanyer !
ReplyDeletesekarang terasa sunyi pulak sebab dah tak ada sibuk2 dan kecoh2 seperti seminggu dua sebelum majlis tu ..
Deleteada rezeki dia menang cabutan bertuah..hehe.. apa2pun selamat majlis berjalan lancar.. mmg manusia tak ada yang sempurna..hehe :)
ReplyDeletememang rezeki dia kerana sebelum itu 3 nama telah dipanggil tapi tak ada .. akhirnya sampai kepada dia ..
Delete