Friday, March 29, 2013

BOLEHKAH KITA LULUS TUJUH SARINGAN ?



Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya terjumpa sebuah hadis yang agak panjang dari Muaz bin Jabal berkenaan amalan yang tertolak. Saya bercadang untuk membuatnya dalam dua entri tapi saya bimbang kalau entri sambungannya tidak terlaksana atas pelbagai sebab di luar kawalan saya. Maka jadilah entri ini agak panjang dari biasa.

...........................................................................

Menurut Nabi Muhammad s.a.w, Allah s.w.t telah mencipta 7 malaikat sebelum Dia mencipta langit. "Pada setiap langit terdapat satu malaikat penjaga pintu, jadi setiap pintu langit mempunyai penjaga pintu, mengikut darjat pintu dan keagungannya".

Dengan demikian, malaikatlah yang menjaga amalan bagi seseorang hamba. Kemudian, pencatat ini membawa amalan si hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari dan malaikat Hafazah (pencatat amalan) memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya di pintu langit pertama , malaikat penjaga pintu berkata kepada malaikat Hafazah:

"Lemparkan amalan ini ke muka pemiliKnya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan untuk sampai ke langit seterusnya"

Keesokan harinya malaikat Hafazah membawa catatan amalan orang lain hingga langit ke dua. Dia lulus langit pertama kerana pemiliknya tidak mengumpat.

Malaikat penjaga pintu di langit kedua berkata:

"Berhenti ! Lemparkan sahaja amalan ini kepada pemiliknya kerana dia beramal dengan mengharapkan kebaikan dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit berikutnya".

Hari berikutnya, malaikat Hafazah kembali naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang amat memuaskan, penuh sedekah, puasa dan pelbagai kebaikan yang menurut malaikat Hafazah sangat mulia dan terpuji. Setibanya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata:

"Berhenti! Lemparkan sahaja amal itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kibr (sombong). Allah telah memerintah aku agar amalan seperti ini tidak boleh melepasi pintuku dan tidak sampai ke langit berikutnya. Ini adalah kesalahan dirinya sendiri, dia takabbur di dalam majlis"

Ringkasnya malaikat Hafazah naik ke langit lagi membawa amalan hamba yang lain pula. Amalan itu bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh penuh dengan tasbih, puasa, sembahyang, ibadat haji dan umrah. Setibanya di langti keempat, malaikat penjaga langit berkata:

"Berhenti ! Lemparkan sahaja amalan ini ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga 'ujub. Allah memerintahkan kepada aku agar amalan ini tidak mendapat kelulusan aku. Ini kerana amalannya selalu disertai ujub".

Malaikat Hafazah naik ke langit lagi membawa amalan hamba yang lain pula. Amalan itu sangat baik dan mulia. Dia berjihad, melakukan ibadat haji dan umrah sehingga berkilau bak matahari. Setibanya di langit kelima, malaikat penjaga mengatakan:

"Aku malaikat penjaga sifat hasad. Meskipun amalannya bagus, tetapi dia suka hasad terhadap orang lain yang mendapat nikmat Allah s.w.t. Ini bererti dia membenci yang meredhai yakni Allah. Aku diperintahkan agar amalan seperti ini tidak melepasi pintu ku"

Malaikat Hafazah naik ke langit lagi dengan membawa amal seorang hamba. Dia membawa amalan berupa wudhuk yang sempurna, sembahyang yang banyak, puasa, haji dan umrah. Setibanya di langit yang keenam, malaikat penjaga berkata:

"Aku malaikat penjaga rahmat. Lemparkan sahaja amalan yang kelihatan bagus ini ke mukanya. Selama hidup dia tidak pernah mengasihi orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah, dia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amalan ini tidak melepasiku dan agar tidak sampai ke langit berikutnya"

Kemudiannya malaikat Hafazah kembali naik ke langit dan kali ini adalah langit ketujuh. Dia membawa amalan yang tidak kurang baiknya dari yang lalu seperti sedekah, puasa, sembahyang, jihad dan warak. Tetapi setibanya dia pada langit ketujuh, malaikat penjaga bekata:

"Aku malaikat penjaga sum'at (sifat ingin terkenal.) Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan darjat yang tinggi di kala berkumpul dengan kawan sebaya., ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan agar amal ini tidak melepasiku dan sampai kepada yang lain kerana ibadat yang dilakukan bukan kerana Allah adalah riak. Allah tidak menerima ibadat orang-orang yang riak".

Kemudian, malaikat Hafazah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadat seorang hamba berupa sembahyang, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, pendiam dan suka berzikir kepada Allah Taala. Dengan diiringi oleh para malaikat, malaikat Hafazah sampai di langit yang ketujuh hingga menembusi hijab-hijab dan akhirnya sampailah di hadapan Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah dan menyaksikan bahawa amalan itu sahih dan ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Taala. 

Kemudian Allah Taala berfirman:

"Hai Hafazah, malaikat pencatat amal hambaku, Akulah yang mengetahui isi hatinya. Dia beramal bukan untukKu, tetapi diperuntukkan bagi selain Aku. Dia tidak berniat ikhlas untukKu. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku melaknat mereka yang menipu orang lain dan menipu kalian (para malaikat Hafazah). Tetapi aku tidak tertipu olehnya. Akulah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Aku mengetahui segala isi hatinya. Segala yang samar, tidak samar bagiKu. Setiap yang tersembunyi, tidak tersembunyi bagiKu. Pengetahuan Aku atas  segala yang terjadi sama dengan pengetahuanKu atas segala yang belum terjadi lagi. PengetahuanKu atas segala yang telah lepas atau berlalu sama dengan pengetahuanKua atas segala yang akan datang. PengetahuanKu atas orang-orang yang terdahulu sama dengan pengetahuanKu atas orang orang-orang yang kemudian.

Aku lebih mengetahui atas segala sesuatu yang samar dan rahsia. Bagaimana hambaKu boleh menipu dengan amalnya. Mereka boleh menipu sesama makhluk tetapi Aku mengetahui segala perkara yang ghaib. Aku tetap melaknatnya .. !!!

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis tersedu-sedu, lau berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana aku mampu selamat dari segala yang engkau ceritakan tadi?"

Jawab Rasululllah: "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan"

Aku (Muaz) bertanya: "Engku adalah seorang Rasul sedanglan aku hanya Muaz bin Jabal. Bagaimana aku mampu selamat dan berjaya untuk melepasti segala bahaya itu?"

Berkatalah Rasulullah s.a.w: "Memang begitulah, bila ada kelalaian dalam amal ibadatmu, maka jagalalah mulutmu, jangan sampai mengejek orang lain, terutama sekali kepada sesama ulama. Ingat diri sendiri apabila hendak mengejek orang lain, sehingga sedar bahawa diri kamu sendiri mempunyai banyak aib.  Jangan menutup kekurangan dan kesalahanmu dengan mengejek orang lain. Jangan mengangkat diri dengan menjatuhkan orang lain. Jangan riak dalam beramal dan jangan mementingkan dunia sehingga mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar dalam majlis. Jangan suka mengungkit-ungkit peribadi orang lain, kelak engkau akan dihancurkan oleh anjing jahanam"

.............................................................................

Ulasan saya. Saya rasa untuk lulus dan lepas saringan peringkat pertama di langit pertama pun susah kerana mulut ini kerap sangat mengumpat baik secara sedar mahupun secara tidak sedar, apalagi saringan di pintu 2 hingg ke 7. Semoga Allah mengampuni dosa saya dan melebarkan rahimNya kepada saya. Sesungguhnya Dia maha mengampun lagi mengasihani.

Sumber: Minhajul Abidin - Wasiat Iman Al Ghazali, Victory Agencie m.s. 430 -437. 

13 comments:

  1. Salam bang.

    Saya setuju benar dengan ulasan abang tu.
    Org hina mcm saya ni banyak lagi sifat2 keji. Saya amat berharap rahmat dan ehsan daripadaNya untuk menerima amalan saya yg tak seberapa ini sebagai amal soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      itulah harapan semua orang yang beriman.

      Delete
  2. tq for sharing.....saya pun setuju ngan ulasan tuh, ntah lepas ke tak langit pertama nih.....kalau ada langit sebelum yang pertama tu pun, ntah lepas atau tak, semoga Allah mengampunkan dosa2 saya dan kita semua, dan semoga kita dpt melepasi semua itu dengan rahmat dan ehsan beserta amal solah kita semua...amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya turut mengaminkan permohonan dan doa awak ..

      Delete
  3. Moga Allah mengampunkan dosa2..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Saya sangat tak suka untuk komen "nice sharing", tapi here I can only say that. Tak perlu komen panjang, honestly this one berkesan di hati saya. Terima kasih sharing this Pakngah.

    ReplyDelete
  5. SAYA PUN RASA AGAK SUKAR AMALAN SAYA (KALAU ADA) HENDAK SAMPAI KE LANGIT KE 7..

    PERINGKAT LANGIT KE-4, UJUB TU APA MAKSUDNYA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujub itu asal perkataan takjub. dalam konteks ini ujub itu bermaksud hairan atau takjub dengan kehebatan atau kelebihan diri sendiri .. istilah orang sekarang syok sendiri.

      Delete
  6. salam uncle..tak ada la panjang mana..huhu..asalkan kalau kita dah pasang niat betul2 utk baca tak ada rasanya panjang berjela.hehe..rasa macam pendek janji kita faham dan kita dapat isi2 yang pentiing utk peringatan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sekali apa yang awak cakap .. cerita novel lagi panjang kan !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.