Haiqal macam tuan besar duduk kat belakang.
Setiap hari saya jemput anak saya dari sekolah bila mendapat panggilan telefon dari dia kecuali hari Jumaat. Sebabnya dia balik tak menentu. Katanya ada silat dan balik 5.30 petang, tapi kadang-kadang pukul 6.30 petang belum selesai. Kadang-kadang langsung batal. Hari Jumaat masa baliknya tetap jam 12.20 tengahari.
Jadi saya buat persetujuan dengan anak saya (Haiqal), yang saya hanya akan jemput dia bila dia telefon. Lagi pun rumah saya dekat je dengan sekolahnya. Cuma kira-kira 5 minit berkereta dalam kelajuan bukan luar biasa.
Satu petang dalam kereta semasa perjalanan balik dari mengambilnya, saya mengajukan satu soalan kepada dia.
Saya: "Katalah telefon awam tu rosak dan tak ada sorang pun kat situ untuk pinjam telefon, Iqal nak buat apa ?"
Haiqal: "Tak yah buat apa-apa". Jawabnya bersahaja.
Saya: "Tak buat apa-apa ? Kenapa ?" Tanya saya kerana ingin tahu sebab dia berkata begitu.
Haiqal: Sebab Iqal tahu Ayah mesti datang ambek punya !
Begitulah keyakinan seorang anak kepada ayahnya.
KALAU MACAM TU SENYUM SAHAJALAH.. TAK PERLU KATA APA-APA.. :)
ReplyDeleteFai, terbaek!! Hahahaha.
Deletekan... keyakinan yang jitu.
ReplyDeleteAnak ayah tu..yakin macam ayah dia..
ReplyDeleteTapi ayahnya tak berapa yakin dgn anaknya .. hehe.
Deletekalau anak saya ckp macam tu kat saya, pasti meleleh airmata saya hehe
ReplyDeleteterus berikrar nak jadi emak yg lebih baik...jgn sampai anak tertunggu2...dan berusaha serta berdoa semoga jgn ada halangan dlm menjemputnya disekolah setiap hari...
Saya juga begitu ..terkesan juga dlm hati. Kalau lambat dia telefon dari masa yg dijangkakan, mulalah rasa tak sedap perut.
DeleteKeyakinan yg jitu ... tapi naluri ayah ... lebih besar dari itu ....
ReplyDeleteItu sudahlah pasti ..
Deletemungkin pakngah boleh buat entri dari mana datangnya peribahasa "bapak borek anak rintik" musykil "borek" dan "rintik" itu membawa maksud apa?
ReplyDeletesecara ringkasnya apa yang pakngah faham 'borek' dan 'rintik' merujuk kepada corak2 pada bulu ayam.
DeleteAgak2 bagaimana tahap keyakinan ayah pada anak pulak? Ehehehheee...
ReplyDeleteadalah agaknya sekitar 50% .. hehe.
DeleteTakkan ayahnya nak tinggalkan anaknya bersendirian di sekolah.
ReplyDeletePaling tidakpun, gelisah sebab anak tak call...
tepat sekali gambaran awak tu ., perasan gelisah akan tiba jika melewati masa yang dijangkakan .. dan macam2 perkara tak baik menjelma dalam fikiran.
DeleteKiranya Haiqal benar-benar memahami sifat ayahnya.
DeleteJangan ayahnya pula yang buat-buat lupa...
Kiranya Haiqal benar-benar memahami sifat ayahnya.
DeleteJangan ayahnya pula yang buat-buat lupa...
Bila ambil anak sekolah lebih lambat dari orang lain terus rasa heart broken tengok dia sorang-sorang tunggu kita...anak baru 4 tahun, dah pandai merajuk bila ibu abah amek lambat...lahai...
ReplyDeletebudak 4 tahun memang macam tu .. tapi anak saya dah tingkatan 1 .. dia lebih suka kalau lewat dijemput .. tu sebab kita risau bila dia tak telefon sedangkan masa dah agak lewat.
DeleteKalau eka pon, eka buat macam Iqal tu hehehehe.
ReplyDeleteDua minggu lepas, eka ke Lavender Height Senawang, Jenguk-jenguk juga kalau ada Pak Ngah dekat kenduri tu, tapi tak ada pulak nampaknya hehe
kenduri siapa tu ? jalan berapa ?
DeleteAs Salam, jawapan yang tenang seperti Pak Ngah...
ReplyDeletesalam kembali .. Pak Ngah tak sepanjang masa tenang .. misalnya kalau Pakngah mancing lepas setengah jam tak dapat, mulalah hilang ketenangan. hehe.
Delete