Friday, February 21, 2014

ENTRI INI UNTUK MEREKA YANG SELALU MENGELUH.


















18 comments:

  1. Insaf sangat bila tgk gambar2 ni. Tak nak mengeluh lagi dah ;-(

    ReplyDelete
  2. Kebanyakan orang kita mengeluh bila membanding kan diri dengan orang yang lebih tinggi dan mewah darjatnya. Jarang sangat yang nak membandingkan diri dengan orang-orang yang dalam gambar kat atas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan TATA
      rsa insaf sbb aku baru je mernungut nak kurus sikit dr sekarang
      huhu..diorang pulak kurus sbb xde makanan

      Delete
    2. kata orang dulu-dulu - kalau memandang bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi.

      Delete
  3. Kita semua harus belajar bersyukur. Gambar-gambar yang dipaparkan amat menginsafkan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih uncle atas peringatan ini..
    Bandingkan diri kita, dgn org yg susah/dibawah bila tiba bab rumah/harta/kesihatan..
    Bandingkan diri kita dgn org yg lebih alim, warak/di atas, bila tiba bab amalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu saranan perbandingan yang baik .. terima kasih.

      Delete
  5. Sebab itu, kalau dalam perkara keduniaan, kita kena tengok orang yang berada kurang daripada diri kita. Tatkala itu, sifat syukur dan qana`ah akan timbul dalam diri kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju - yang kaya/cantik jangan dipuja dan yang miskin/buruk jangan dihina.

      Delete
  6. Sebak tengok gambar2 ni. Itu hari kat tv tengok host german ni pergi merata dunia cuba buat kerja yang tak terbuat dek orang biasa, contoh kat indonesia collect sulfur dari kawasan kawah gunung berapi tu kan, berjalan daki bukit berkilometer sambil kandar benda berat tu atas bahu, upah dalam rm10, yang buat lagi sebak dorang semua senyum bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala kita patut buat apa yang host german tu buat .. baru kita rasa betapa beruntungnya kita.

      Delete
  7. Dalam pada kita sedang menikmati nikmat dari Allah, ingatlah pada orang yang serba serbinya kekurangan, jangan menfhundarkan diri dari memberi bantuan kepada yang lebih memerlukan....luluh hati Ain bila melihat gambar-gambar di atas...
    Ehsan insani ke insan yang kekurangan dan memerlukan...Subhanallah... :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana buat koreksi .. kalau tak buat pun, saya tahu apa yang awak maksudkan.
      hanya orang yang berjiwa halus sahaja, yang merasa luluh bila melihat gambar2 itu.

      Delete
  8. Assalamualaikum tuan...sy mohon nak share gambar2 ini ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam. silakan .. tiada masalah. saya pun ambil kat internet.

      Delete
  9. saya bersyukur walau takdak pitih nak terbang makan angin gi obersea macam orang lain. Saya bersyukur walau takdak keto mercedih, saya tak sedih. Saya bersyukur walau gaji bawah RM1000 dan tak pernah dapat BRIM pong. Seperti di Padang Arafah, di Mina kita bersyukur , kita redha apa yg ada di bawah terik panas mentari. Di sana kita akan di soal jawab. Jawablah dengan keihklasan , Peace.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan sangat saya baru saja menjawab satu komen di fesbuk mengenai perkara ini. Lalu saya kopipes sepeti di bawah:

      "Dunia ini dicipta dan ditadbirkan oleh Allah SWT. Segala sesuatu yang berlaku hatta sehelai daun kering yang gugur di tengah belantara di malam gelap gelita adalah dalam pengetahuan dan izinNya. Dia menjadikan orang kaya dan miskin, yang kurang upaya dengan yang sempurna sifatnya, yang cerdik dan yang bodoh, negeri yang mewah dan aman damai dan negeri yang sentiasa dilanda mala petaka. Ada orang yang jujur dan rajin berusaha tapi hidup melarat dan sebaliknya. Yahudi yang zalim kepada penduduk Palestin masih terus bermaharaja lela melakukan kezaliman.

      Usahlah dipersoalkan itu semua kerana itu kerja Dia. Segalanya dijadikanNya bersebab dan ada hikmahnya. Kalau kita tidak nampak hikmahnya ia adalah berpunca dari akal fikiran kita belum sampai untuk memahaminya. Kalau kita masih juga mempersoalkannya, maka kita seolah-olah mengatakan Allah itu tidak cerdik dan tidak adil dalam mentadbirkan alam ini. Nauzubillah. "

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.