Tuesday, February 4, 2014

KISAH BENAR PENGALAMAN SAYA MENAIKI BAS EKSPRES.




Selfie di dalam bas sebelum bas bergerak.


Sebetulnya saya sudah lama tidak menaiki bas ekpres. Kali terakhir kalau tidak silap ialah pada tahun 1984 balik dari Perlis ke KL.

Minggu lepas sempena cuti Hari Raya Cina saya balik ke Perlis (kampung Makngahnya) menaiki bas ekpres. Naik dari Seremban terus ke Perlis. Bertolak kira-kira jam 11 malam dan sampai kira-kira 5 pagi waktu tempatan.

Sebaik menjejakkan kaki menaiki tangga bas, kami disambut dengan senyuman oleh pemandu dan pembantunya sambil mengucapkan selamat datang dan selamat malam.

Sebaik bas bergerak meninggalkan terminal, pembantu pemandu dengan menggunakan pembesar suara mengalu-mengalukan semua penumpang, mengucapkan terima kasih kerana memilih syarikat pengangkutan mereka. 

"Kita akan berhenti di beberapa kawasan R&R untuk membolehkan tuan-tuan dan puan-puan turun membuang air atau membeli minuman dan makanan ringan. Bagaimana pun tuan-tuan dan puan-puan boleh menekan loceng bila-bila masa, jika memerlukan kami untuk berhenti".

Seterusnya beliau mengucapkan selamat malam dan memadamkan lampu untuk memberi keselesaan kepada penumpang memejamkan mata untuk tidur. Semasa taklimat sedang berjalan pun sudah kedengaran ada yang berdengkur. Maklumlan jam sudah menghampiri 12 malam.

Akhirnya bila sampai ke destinasi terakhir, pemandu dan pembantunya sekali lagi berdiri di muka pintu bas mengucapkan terima kasih dan semoga berjumpa lagi dan memohon maaf jika ada apa-apa kekurangan di pihak mereka.

Sebenarnya itu adalah impian dan harapan saya sahaja. Realitinya amatlah menyedihkan dan terasa malu dengan adab sopan pemandu dan pembantunya yang ke dua-dua Melayu. Saya  senarai ringkaskan apa-apa yang menjengkilkan saya.

1. Tiada muka manis atau ucapan selamat datang menyambut kami. Kami diumpamakan seperti kambing-kambing yang diarahkan masuk ke kandang.


2. Bila berhenti, mereka tidak langsung memberi tahu kita boleh turun atau pun tidak dan berapa lama boleh turun. Pandai-pandai kitalah.

3. Apabila mula bergerak selepas berhenti, mereka jalan begitu sahaja tanpa bertanya adakah semua sudah ada atau mengira bilangan penumpang yang ada. Nasib baik tiada penumpang yang tertinggal di dalam jamban.

4. Bila berhenti untuk menurunlan penumpang, mereka hanya menjerit, misalnya "Changlun .. Changlun ..  Changlun".  Saya tidak pasti adakah mereka nak beritahu ini pekan Changlun atau apa ?

5. Tiada ucapan terima kasih atau manis muka semasa kami turun di hentian terakhir. 

Kalau ada yang merasa tulisan saya ini agak keterlalun, tak mengapalah sebab itu adalah pemerhatian serta pengalaman yang saya rasai sendiri. Mungkin anda tidak pernah merasakannya.



48 comments:

  1. cuba naik keretapi pulak pakngah.... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat nak cuba juga bila keretapi laju siap nanti ..

      Delete
  2. ...membaca dari baris ke baris di perenggan2 awal, saya dapat merasakan ianya hanyalah satu harapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai kakcik membaca apa yang ada dalam kotak fikiran saya .. yelah .. dah lama kenal kan ?

      Delete
  3. haah, mesti jiwa tenang je kalau dapat layanan macam naik flight. kalau harga tiket naik sikit pun orang tak bising sangat...

    ReplyDelete
  4. entahlah .... bila nak berubahkan. saya dah lama tak naik bas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tak akan berubah kot .. kalau berubah pun makin bertambah teruk.

      Delete
  5. ohya, pak ngah pun dah ada bitstrips eh? heheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok semua orang ada, kita pun nak juga .. hehe.

      Delete
  6. Saya, setiap hujung minggu menggunakan perkhidmatan bas termasuklah bas henti2-henti atau orang panggil bas loncat-loncat.

    Pengalaman naik bas loncat ni, aduh penat. Sebab banyak kali berhenti + bukan selalu dapat duduk + macam-macam bau termasuk bau badan, ikan, atau makanan segera serta macam-macam bangsa yang naik termasuk pendatang.Walaupun basnya agak uzur, tapi sistem tiket guna mesin. Naik je kena maklumkan kepada driver, nak kemana. Contoh eka naik dari Teluk Intan - Bidor RM 4.40 sen. Eka kena sebut, bidor, 4 4. Lepastu driver tekan2 macam kalkulator pulak rasa hehehe kemudian keluar tiket alahai kecik je. Lepastu aircond takde, tingkap jenis bukak.

    Tu bas loncat, naik bas ekspress pulak, dari Teluk Intan - Kuala Lumpur eka selalu guna bas Tranasional. Selalu naik sorang, duduk single seat. Yang ni, driver ada yg ramah ada yang tak banyak cakap. Tapi biasanya, selepas turun je, saye mesti ucap terima kasih dekat driver2 tadi. setiap kali ucap,mereka akan senyum.



    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik cerita eka ni .. terima kasih kerana sudi berkongsi.

      Pasal nak ucapkan terima kasih pada pemandu tu, bagus sekali. Pakngah masa sebelum bertolak ingat nak bagi tips lagi, tapi melihatkan cara mereka, terus terlupa.

      Delete
  7. Mereka tak di latih macam pramugara dan pramugari...
    Jika dah malas sangat pasang jer casette bahasa melayu mengucapkan
    Selamat datang, selamat perjalanan hingga kedestinasi.
    Tak susah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. macam kat surau atau masjid, bila tak ada orang nak mengaji, depa pasang cd je.

      Delete
  8. Dia nak mudah , pantas dan segera sampai. Nak kejar trip bas yang pagi.

    ReplyDelete
  9. kat tajuk tu 'baiki ekspress' tapi jalan citer pasal bas..konpius makcik! hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah .. ya ampun .. nak cepat .. mata pun ngantuk sebab sampai dari Perlis malam tadi dah lewat jam 1 pagi .. tu yang tak perasan tu. terima kasih bebanyak.

      Delete
  10. kat tajuk tu 'baiki ekspress' tapi jalan citer pasal bas..konpius makcik! hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memberitahu .. saya kalut sebab mengantuk sangat !

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Itulah realitinya Pak Ngah, Aina pun pernah tulis dalam blog tapi memang terang-terang tulis nama bas. Harap depa ambik pengajaran dari tulisan-tulisan di dalam blog. La ni mak Aina kalau nak mai Kajang memang beli tiket bas Sani Ekpress ja sebab pemandu2 depa ni lebih 'terdidik' sedikit dari pemandu2 kebanyakan bas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tarikh entri tu .. teringin nak baca.

      tak tahulah Sani Ekpres ada beroperasi dari Seremban ke tidak.

      Delete
  13. Pak Ngah naiklah Nice. Layanan setaraf naik kapal terbang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya ada ke Nice dari Seremban ke Perlis ?

      Delete
  14. baru berangan2 nak pi perlis menaiki bas....hurm...pilih keretapi jer la...uncle amik bas dari Terminal 1 ke?

    ReplyDelete
  15. Masa makchaq naik alhamdulillah la.. Walaupun tak greet ka apa tapi depa senyum ja..tak la choom ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali saya tak naik dah bas syarikat ini .. kecuali terpaksa.

      Delete
  16. Dulu saya pengguna tegar bas ekpress jarak jauh ni, dah masak sangat dah ngan keadaan macam ni Pakngah, tu la masa mula2 baca perenggan pertama tu rasa macam wow.. dah naik taraf. Masa dalam KTM balik kampung hari tu, budak cafe tolak trolley jual minuman panas dari gerabak ke gerabak kan, troli dia terlanggar bahu saya yang meriba anak kecik ni, pandang jer tak cakap maaf pun, and kawan dia boleh gelak2 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu kan tengok perangai orang kita .. jauh beza dengan orang Jerman kan ?

      Delete
  17. SAYA DAH BERBUNGA-BUNGA MASA BACA DI AWAL PERENGGAN.. TERTANYA-TANYA JUGA BAS EKPRESS APEKAH TU? MESTI VVIP PUNYA.. NAMUN SELEPAS BACA SAMPAI HABIS, BARU TAHU DAN AGAK MENDUKACITAKAN..

    SAYA LAGI LAMA TAK NAIK BAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mendukacitakan .. tapi mungkin syarikat lain tak macam ni.

      Delete
  18. dulu memang selalu balik kg naik bas... ok lah walau tak dilayan mcm VIP. Siapalah daku.... Depa pun bukan ada training mcm pramugara pramugari.... kalu ado mesti rego tiket mahai lagi lah daku tidak mampu . Permisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bukan nak dilayan seperti pramugari .. susah sangat ke nak senyum ?

      Delete
  19. salam pak ngah…maafla br terjumpa blog pak ngah walau dah bersua @fb. btw cerita kat atas tu, alangkah indahnya kalau betul2 terjadi & bukan sekadar mimpi di mlm hari. huhu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak dibuat seperti apa yang saya bayangkan itu sebenarnya tak susah mana dan tak perlu keluar belanja pun ..

      Delete
  20. rasanya lebih 25 tahun saya tak pernah naik bas express justeru terbuai jugaklah oleh impian Tuan Haji ni hihi
    ingatkan betul...sampai sempat membina impian saya pulak nak naik bas jer bila pi Penang nanti hahaha.
    Sakit perut saya menahan ketawa pepagi ni bila baca "macam kambing yg diarah masuk kandang", kambing berjanggut hahaha....geliati membayangkannya boleh turun buang air, bila naik angkut air (ni saya tambah sendiri) hehehe...rupanya mimpi jer.....dahsyat betul "perkhidmatannya" kan?

    Dulu, sekitar 5 tahun lepas kot, ada satu bas express milik MARA kalau tak silap saya yg membawa penumpang dari KL ke selatan-Singapura, saya lupa nama dia, kalau tak silap ada tulis "coach" kat situ, pakcik saya selalu naik bas ni bila nak balik Singapore, dia kata sefvis best, ada pramugari selimutkan malam2 dan bagi minum kopi lagi hehehe...tu yg saya ingatkan mula tadi Tuan Haji naik bas ni hihihi
    tak pasti bas ni ada lagi ker tak, macam tak pernah nampak lagi kelibat dia kat jalanraya. Pakcik saya pun dah jadi penduduk tetap kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalulah awak lawat pakcik kat Singapura agaknya ?

      saya tak perlu minuman atau diselimutkan, cuma bermanis muka dan beri maklumat tepat .. itu saja.

      Delete
  21. ayah..memang tak dapek la mcm tu...selama ayong naik bas itu la caranya...kalo pemandu n pembantu dia buat mcm tu...ayong turun balik...lain macam rasa...pengalaman naik bas dari pas sekolah sampai abis U...

    ReplyDelete
  22. Sdr al-lavendari,

    Mungkin akan sampai masanya kita akan mendapat perkhidmatan yang tuan impikan.

    Sebagai contoh, saya melihat berlaku anjakan yang membanggakan dalam perkhidmatan beberapa buah hospital kerajaan di Selangor sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kebanyakkan para doktor, jururawat, pharmacist dan lain-lain staf (Melayu, Cina dan India) sebaya anak-anak kita melayan pesakit dengan baik dan sopan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga bila ada competition dikalangan pengusaha bas ... penumpang akan pilih syarikat yang beri servis yang terbaik.

      Delete
  23. baru nak tanya tuan naik bas syarikat apa.

    dah la tambang naik sesuka hati. Adik saya naik dari P.Pinang ke KL naik rm20 dari harga biasa. Agak melampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berani nak beri nama syarikat itu .. nanti dikata saya cuba tabur pasir dalam periuk nasi depa pulak.

      naik RM20 sudah agak keterlaluan .. lebih2 lagi kalau servis tidak meningkat.

      Delete
  24. MULA2 BACA BARU SY CADANG NANTI KOMEN NAK TANYA BAS APA YG PAK NGAH NAIK
    TAPI BACA HABIS..ALAHAI, SAMA KISAH NGAN SAYA BALIK KG TU HARI
    SEDIH.........

    ReplyDelete
  25. Sama macam bas executif coach try aeroline.. Service dan cabin crew terbaik..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.