Friday, January 31, 2014

NIKMAT YANG KERAP KITA TAK PERASAN


Gambar hiasan hasil carian Google.

Selalu kita dengar orang berkata "alangkah nikmatnya kalau aku ada benda itu". Tapi jangan kita lupa, tidak memiliki sesuatu itu pun kadang-kadang adalah satu nikmat.

Kadang-kadang kita juga tidak perasan atau tidak sedar yang kita sedang menikmati sesuatu sehinggalah sesuatu itu tidak ada pada kita.

Lawan kepada nikmat adalah azab. Ia tidak boleh datang bersama. Jadinya kalau kita tidak merasa azab pada masa ini, maknanya kita sedang merasai nikmat.

Misalnya kita selalu ambil mudah (take for granted) urusan buang air besar. Bila terasa, masuk tandas dan beberapa minit kemudian selesai. Lega. Sekarang cuba bayangkan kalau kita tidak dapat buang air besar selama 3 minggu terus menerus. Bukan 3 hari tapi 3 minggu. Mesti kita rasa azab kan ?

Kita duduk atau mencangkung dalam tandas berjam-jam lamanya tapi dia tak mahu keluar. Rasa ada. Dah dekat sangat, tapi dia tak juga mahu keluar. Pada saat itu baru kita sedar bahawa wang berjuta pun tidak ada gunanya.

Selepas ini kalau kita lihat orang tu ada banglo 7 bilik tidur, kereta Mercedes, ada Estima, ada Kelisa dan motorsikal jangan cemburu. Entah-entah dia sedang menanggung azab kerana tak dapat buang air besar sudah 3 minggu. Dan kalau kita tidak mengalami azab tersebut, bersyukurlah sebanyak-banyaknya kerana kita sebenarnya sedang mengalami nikmat, iaitu nikmat boleh buang air besar tanpa sebarang masalah. Itu baru satu contoh nikmat.

Kesimpulannya, kalau kita tidak mengalami sebarang masalah pada masa ini, maknanya kita sedang menikmati kehidupan ini dan dengan itu banyak-banyaklah bersyukur agar Allah menggandakan lagi nikmatnya. 

Sudahkah anda mengucap syukur kerana masih boleh dan dapat membaca entri ini ?


15 comments:

  1. Sudah ucap Pak Ngah. In fact setiap kali lepas solat masa doa saya beritahu Dia yang saya bersyukur dan redha dan ikhlas dengan segala-gala yang berlaku pada diri saya, dan saya minta Dia jadikan saya insan yang sentiasa bersyukur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah .. dan satu lagi mohonkan kita agar sentiasa kekal dan mati dalam keadaan beriman kepadaNya.

      Delete
  2. betul tuuu. bersyukurlahh seadanya :)

    ReplyDelete
  3. betullll...kita sering tngok kelebihan orang dan lupa dengan apa yang kita ada.....

    ReplyDelete
  4. Sebab itu, dalam perkara bersifat keduniaan, kita diajar untuk melihat orang yang berada di bawah kita, supaya sifat syukur itu mampu diterbitkan dari dalam diri.

    Kalau lihat orang yang lebih daripada kita, dikhuatiri akan hilang rasa syukur tersebut, mungkin boleh jadi dengki melihat kesenangan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada ada perasaan dengki itu, tak fasal-fasal kita makan hati sedangkan orang yang didengki itu hidup berbahagia.

      Delete
  5. contoh pakngah tu relevan..hehe..itulah manusia..hati payah nk puas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan payah tapi tak mungkin puas kecuali hati yang telah berjaya dijinakkan .. hati saya masih liar lagi.

      Delete
  6. sabar je lahh statement "gambar hiasan carian google" tuuuuuu....

    Syukur Alhamdulillah sebab jumpa belog ini sebab selalu bagi ingatan peringatan nasihat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah bersabar tu hehe ... terima kasih kerana menyukai blog ini.

      Delete
  7. Betul...terlalu banyak nikmat yang Allah dah beri kepada kita sebagai manusia...cuma kadang-kadang kita yang selalu lupa untuk bersyukur dan masih melihat kepada apa yang belum ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali .. sekali kita masih melihat kepada apa yang belum ada, selagi itulah angan-angan kita panjang.

      Delete
  8. Nikmat buang air besar boleh menyebabkan seseorang itu kufur...Seorang sahabat cerita, Firaun buang air besar hanya sekali dalam masa 40 hari...sebab tu dia rasa hebat dan angkuh sehingga sanggup mengaku dirinya tuhan...
    Tapi selepas kelahiran Nabi Musa A.S, Firaun laknatullah buang air besar 40 kali sehari...!!! Sebab gerun dan merasakan kerajaannya akan jatuh tersungkur dengan kehadiran Nabi Musa A.S. yang membawa Islam agama kebenaran...

    Wallahualam...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.