Monday, January 27, 2014
BETUL KE PEKERJA MALAYSIA BERMASALAH ?
"Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKA-PATI) menetapkan semua restoran berkonsepkan makanan segera di negara ini tidak dibenarkan menggaji pekerja asing"
Berikutannya timbul rasa tidak puas hati dizahirkan oleh majikan terhadap keputusan JKKA-PATI itu. Alasan mereka ...
1. Pekerja Malaysia tidak rajin. Saya dengar satu temuramah di tv ada seorang majikan berkata, produktiviti seorang pekerja asing bersamaan dengan 3 orang pekerja tempatan.
2. Pekerja Malaysia tidak berdisiplin. Ada majikan berkata, pekerja tempatan sering bercuti ikut suka, lewat sampai, cepat balik, lembab dan macam-macam lagi.
Soalan saya. Adakah pekerja asing itu samada dari India, Nepal, Indonesia dan sebagainya memang rajin secara genetik atau mereka rajin disebabkan keperluan atau tekanan hidup di negara masing-masing ?
Saya rasa secara semula jadinya, kalau kita bekerja di perantauan, kita akan bekerja dengan tekun. Banyak bukti-bukti pekerja Malaysia yang bekerja di luar negeri merupakan pekerja yang baik dan disukai oleh majikan mereka. Lagipun kalau kita diperantuan kita tak dapat balik kampung setiap hujung minggu melawat keluarga, bila musim durian, bila kenduri kendara dan sebagainya.
Entahlah. Itu hanya pendapat saya. Kalau tak setuju, tak apalah tapi janganlah marah ek !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yang ni saya sangat setuju Pakgah.
ReplyDeleteMaksud saya, biar org kita, org Msia yg menguruskan kerja2 di bidang ini.
Deletememang patut pun begitu .. sampai bila kita nak bergantung dengan orang luar kan !
DeleteBukan malas. Mungkin kebetulan mereka menggaji pekerja yang malas. Yang rajin tentu nak buat kerja yang lebih lumayan lagi...
ReplyDeletememang nenek kita dulu orang yang rajin ... siapa yang buatkan mereka malas ?
DeleteSaya pun setuju.tapi bukan semua.
ReplyDeleteYang rajin kita sayang,kita tatang
yang malas,culas ...hmm jenuh makan hati .Rasa rasa telinga depa nak kita pulas.
pekerja malas ni ada di mana-mana .. hatta di negara maju sekalipun, tapi digantikan dengan produktiviti yang tinggi dengan bantuan ict dan automation .. itu sebab negara mereka terus kekal maju.
DeleteSebab nila rosak susu sebelanga..bukan tak de org kita yang rajin2..ada ramai tapi mungkin sebab majikan yg lebih suka pilih pendatang..bagi gaji murah kot
ReplyDeletesetuju .. sebab nila setitik maksud awak kan ?
DeleteAda betulnya....pekerja m'sia ni malas etc....1. mereka mmg org m'sia so kadang tu makbapak sakit/anaksakit/ soambik cuti......pendatang ni they basically only have themselves here....balik rumah hanya nak tidoq...2. kadang majikan pun boleh buat sukahati (kot2 sekarang dah ketat undang2 tak tau la) kat pekerja asing...kat local...dia org sure complain.
ReplyDeleteada kenalan yang 'merantau' ke luar negara....kerajinan dia mencari duit adalah sama dgn kerajinan bangla/indon di sini....jadi janitor, driver, kitchen helper etc
ish panjang pulak...:)
samalah kita pandangan kita esp tentang orang kita yang merantau tu ..
DeleteSaya setuju dengan Pak Ngah. Kalau kita berkerja di luar negara tanpa keluarga (merujuk kepada pekerja luar yang memang tak bawa keluarga) depa tak perlu fikir nak layan suami, isteri dan anak-anak kat rumah. Hujung minggu tak perlu fikir nak bawa anak2 beriadah, tak perlu fikir nak bawak isteri pergi pasar. Tak ada tanggungjawab utk ziarah ibu-bapa dan keluarga. Tak pening fikir jemputan kawen sana-sini. Tak ambik tahu pasal urusan mesyuarat sekolah anak dan sebagainya!
ReplyDeleteSaya sokong jugak pendapat Kak Ida. Majikan memang suka bayar gaji murah bayangkan Indonesia dekat rumh saya kerja di kilang kecil area rumah saya jugak gaji Rm650 kalau kita nak makan apa dengan gaji sebanyak itu? Sewa rumah dan belanja sendiri pun belum tentu lepas.
Deletekeomen pertama itu menzahirkan dalam bentuk tulisan apa yang ada dalam kepala saya. terima kasih.
Deletekomen yang ke dua itu, bagi mereka RM650 itu sudah cukup tinggi .. kalau di Indonesia mungkin sudah lebih 2 juta rupiah.
pihak yg berkuat kuasa haruslah menghadkan kemasukkan pekerja asing dgn segera..kek senawang ni hah dah jadi mcm kampung org2 nepal dah ni!
ReplyDeletedan pendatang asing ini mewujudkan koloni mereka berdasarkan negara asal dan suka bergaduh untuk menyeselaikan masalah. ini menakutkan rakyat tempatan.
DeleteNak kata malas atau tak rajin, bukan pekerja Malaysia aje. Kalau dah namanya manusia, tak kira Malaysia ke Amerika ke Paris ke apa ke, malas tu tetap sudah sifatnya.
ReplyDeletesetuju sangat .. di Jerman khabarnya kerja cuma 4 hari seminggu .. cutinya panjang .. tapi tak mengapa juga sebab produktiviti mereka tinggi.
Delete