Gambar katun hasil carian Google.
Melalui aktiviti memancing kita dapat mengenal peribadi rakan sepemancingan kita dan begitulah sebaliknya rakan sepemancingan kita dapat mengenal peribadi kita. Kita boleh menilai samada rakan kita itu bertimbang rasa, bertolak ansur, mahu berlebih kurang, mementingkan diri sendiri, kedekut dan sebagainya.
Saya pernah diceritakan tentang perangai seorang pemancing, bila pergi memancing dan ditakdirkan dia sorang tak dapat ikan sementara orang lain semuanya dapat, dia akan berkata:
"Kita pergi secara berkumpulan, susah senang bersama. Jadi ikan-ikan yang kita dapat tu sepatutnya kita bagi sama rata"
Pada masa yang lain, dia pula mendapat ikan yang banyak dan ada di antara rakan sepemancingannya yang langsung tak dapat, lain pulak dia kata:
"Kita memancing ini rezeki masing-masing. Sesiapa yang tak dapat ikan itu kenalah kaji puncanya samada umpan tak sesuai ke, mata pancing tak kena saiz ke .. bla bla bla !
Orang jenis ini saya tak tahu nak labelkan apa ?
Salam Pak ngah n mak ngah.. Apa kata pakngah anjurkan acara memancing sesama blogger..best pakngah..!
ReplyDeletebagus juga cadangan tu .. tapi pakngah tak tahu berapa ramai yang suka memancing. awak sendiri suka ke memancing ?
Deletehehehe.... barangkali jenis 'jual ikan'
ReplyDeleteSaya faham maksud anda .. bijak bijak.
Deletebg saya, org ni jenis hak kau hak aku - hak aku hak aku hehehe
ReplyDeleteberkawan ngan manusia sebegini mmg boleh menambah bengkak perasaan.
kalau dah menonjol sgt perangainya yg keterlaluan tu, tak salah utk kita keluarkan sebijik ayat yg mampu menumbuk sikap buruknya...sesekali kena kasi dia celik sikit...
batu api ker saya ni? hehehe
bukan batu api tapi arang batu ... hehe.
Deleteorang macam ini, kalau ada dalam grup memancing saya, memang wajib kena singkirkan.
lagi satu, pasal barang pancing, mata kail contohnya... "alamak, aku mata besar sikit. mintak kau punya satu boleh?"
ReplyDeleteadakah dia akan bagi? hehehee...
mungkin dia akan jawab "lain kali check lah betul-betul sebelum pergi".
DeleteSdr al-lavendari,
ReplyDeleteKalau setakat itu jenis kawan masih ok lagi walaupun tidak berapa ok.
Kisah benar:
Beberaoa orang kaki pancing dan juga sahabat se pejabat pergi memancing di tengah laut dengan menyewa sebuah boat. Berlaku mabuk laut. Seorang yang hampir bersara terjatuh ke dalam laut. Walaupun kawan-kawan lain menyedari kejadian itu, tiada sesiapa yang menolong dengan alasan semuanya mabuk laut.
Mujurlah tuan punya boat menyedari kejadian itu dan menaikkan mangsa ke dalam boat.
Kisah kawan-kawan lain menyedari mereka tahu kawan itu jatuh ke dalam laut terbongkar apabila salah seorang terlepas cakap.
Sejak itu putus kawan.
ini memang dahsyat dan tidak tergambar dek saya ia boleh terjadi .. ini melibatkan nyawa ... memang patut pun putus kawan kerana kawan begini memang tak boleh harap langsung.
DeleteSdr al-lavendari,
ReplyDeleteIni juga kisah benar ketika kami turun mencandat sotong di Marang, Terengganu tahun lepas. Semuanya lebih kurang 30 orang dari K.Lumpur dan kami menyewa 3 buah boat @ 10 orang/boat.
Ditakdirkan boat yang saya naiki ( dan 9 orang kawan yang lain) cuma dapat 2-3 ekor sotong sahaja. Penat lelah dari 6.30 petang hingga 6.00 pagi pada hari keesokkannya langsung tidak berbaloi.
Saya dan kawan-kawan 'se boat' menganggap kawan-kawan di dua buah boat lagi pun senasib.
Bagaimanapon, apabila balik mendarat di pantai kami dapati kawan-kawan di dua boat itu mendapat banyak sotong. Setiap boat dapat 2-3 tong sotong. Mereka juga menceritakan keseronokkan membakar sotong ketika di tengah laut.
Tiada perjanjian membahagi hasil mencadat sotong sebelum kami turun ke laut. Bagaimanapun, secara adhoc diputuskan bahawa hasil sotong tiga buat boat dibahagi sama rata.
Maka dapatlah saya dan kawan-kawan senasib bahagian yang agak banyak juga - boleh beri sotong yang besar dan segar kepada jiran dan saudara mara ketika balik ke K.Lumpur.
Saya tidak mendapat seekor pun sotong ketika mencandat. Saya tidak dapat merasakan thrill berpenat dan menyabung nyawa di dalam laut.
Isteri saya yang bangga memberi adek beradiknya sotong yang 'saya dapat' masih tidak mengetahui hingga sekarang bahawa sebenarnya sotong-sotong tersebut adalah pemberian ihsan dan belas kasihan dari kawan-kawan mencandat sotong yang lain.
Moral cerita, klasifikasi perangai kawan-kawan sangat subjektif definasinya.
teringat saya kisah saya pergi mencandat tahun lalu .. saya pun tak rasa thrill menaikan sotong sebab sebaik berlabuh saya mabuk sampai balik ke darat. Tapi kita dah bayar pemilik bot untuk memukat dan hasilnya kita ambil semua kerana tak mahu balik tangan kosong. Jadi banyak jugalah dapat sotong dan ikan. kisah itu ada saya buat satu entri khas di blog ini.
DeleteOrang macam tu jenis yang macam lalang. Lalang yang ikut tayar. Kalau di atas dia akan jadi -ve. Kalau di bawah jadi +ve pula.
ReplyDeletePakngah tak berapa faham perumpaan lalang ikut tayar tu .. slow pulak hari ni.
DeleteSatu saja perkataan untuk dia tu....self centered
ReplyDeletesetuju .. cakap Melayunya - hanya mementingkan diri sendiri,
DeleteOrang jenis ni tak payah label kan apa2.. sebab cara ckp seolah penting kan diri..
ReplyDeleteif something big happen for sure dia akan pentingkan diri sendir.. lebih baik tak perlu orang macam ni bila buat trip mancing ..
kalau orang macam ini ikut trip saya, peluangnya hanya sekali.
Deleteyang jenis macam nie ... pentingkan diri sendiri... dia nak lebih, tak nak kurang..hehehe
ReplyDeleteserupalah - hak aku hak aku, hak engkau ada hak aku ..
Deletemasa ajak janji-janji manis...
ReplyDeletebile dah dapat lain pulak rentaknya...
semua tmpt pun ada mcm ni pakngah...
hurrm
setuju .. semua tempat dan masa ada orang macam ni.
Delete