Saya tak tahu adakah progam Akademi Fantasia (AF) ini memang asal usulnya dari Malaysia atau pun tiruan dari produk luar negara. Namun apa yang saya perhatikan formatnya seakan-akan format American Idol. Entahlah.
Dalam program AF, sekumpulan pelajar masuk akademi dan dilatih oleh guru-guru yang berwibawa untuk menjadi penyanyi atau penghibur. Setiap minggu dibuat konsert dan setiap pelajar diminta membuat persembahan dan mereka diadili melalui undian SMS penonton. Lalu disingkirkanlah pelajar yang persembahannya tidak memenuhi citarasa penonton. Seolah-olah peserta yang tersingkir itu dibuang sekolah kerana telah berbuat jahat. Maka pelajar tersebut tak sempatlah nak habis belajar. O.k lah kalau program ini semata-mata bertujuan komersial.
Akan tetapi apa halnya pulak dengan program berbentuk keagamaan seperti Akademi al-Quran, Imam Muda dan terbaru Pencetus Ummah yang terikut-ikut dengan program AF itu. Kenapa tidak peserta program agama ini diajar atau belajar sampai tamat dan kalau pun mereka mahu diadili dan diberi hadiah, biarlah selepas mereka semua tamat belajar. Bukankah itu lebih bermanfaat dan ikhlas untuk melahirkan qari, imam atau Pencetus Ummah ?
Entahlah !
antara sebabnya adalah, mereka ini berniaga. berniaga kena tarik pelanggan (penonton). jadi unsur popular kena ada contohnya undian sms.
ReplyDeleteini cuma pendapat saya je tuan...
itu yang saya kurang gemar .. takkan program ugama nak diperniagakan juga.
DeleteSense of dramatic Pak Ngah.
ReplyDeletememang taktik itu berjaya nampaknya ..
DeleteAssalamu'alaikum PakNgah.....
ReplyDeleteIni tak lebih dari gimik untuk tarik penonton khusus undian sms...tak seringgit jadi dua, kadang-kadang sms mencecah sehingga berpuluh-puluh ringgit.....hanya kerana nak mengundi, relevan atau tidak terpulang kepada kebijaksanaan untuk mencetuskan minda.... pandangan peribadi Ummi.. ^^
alaikumsalam.
Deletesetuju .. dengan peranan gimik tu.
kalau diikutkan memang elemen komersil tu lebih. tapi bila dua kali saya fikir... baiklah tengok PU dari AF. sekurangnya dapat tarik penonton secara tak langsung 'ter'dengar jugak cerita-cerita sirah dan tauladan dari assignment yang diberikan... tapi susah nak cari keikhlasan samaada dari yang menyampai mahupun yang mendengar.... tak kisahlah... sebab Nabi pernah janji sesiapa pun yang ada dalam majlis ilmu (kalau boleh dianggap program itu majlis ilmu) kalau dia itu mempunyai niat lain hatta niat yang tak baik pun dia tetap diampunkan Allah... nak kena cari baliklah hadis ni Pak Ngah...
ReplyDeletememang benar .. tapi takkan tak ada idea langsung nak buat yang lain dari format AF. Nampak sangat terikut-ikutnya. Saya percaya kalau diubah fomatnya di mana setiap peserta hanya diadili pada minggu terakhir kem latihan mereka, saya percaya orang tetap akan tengok juga. Baru ada manfaatnya kepada semua peserta. Entahlah ..
DeleteSokong Pak Ngah... sepatutnya budaya keilmuan itu yang diangkat tinggi bukan populariti
DeleteAssalamualaikum Bang,
DeleteSaya juga setuju dengan pandangan abg tu, sebaiknya ia tidak seperti format AF...
azmnor .. terima kasih kerana sudi baca entri lama saya .. nampaknya kita sependapat.
DeleteKlu dtgnya dari program TV Pakcik, pastilah ade hidden agenda. Sobs...sobs....
ReplyDeletehidden pun orang boleh nampak ..
Deleteastro dan AF bagaikan aur dengan tebing.. hehe
ReplyDeleteke macam belangkas ?
DeleteSaya pun pernah terfikir macam tu. Kenapa perlu ada penyingkiran? Kalau boleh biar semua peserta dapat manfaat dari program yang di buat. Itu kan lebih baik.
ReplyDeleteKannn !
DeleteBagi program berbentuk keagamaan.
ReplyDeleteya, benar ..
DeleteAF ni ada lah mcm format (atau dia org 'franchise' tak pasti) dari mexico ke mana..ada diberitahu dulu tapi tak ingat dah sbb tak follow sgt.
ReplyDeleteTapi bila PU ada gimik2 ala2 mcm tu saya kurang gemar tapi itu ada lah gimik daya tarikan sbb itu lah trend yang penonton gemar gamaknya, wallahualam
sepatutnya merekalah yang mencipta trend untuk diikuti bukannya mengikut trend !
DeleteMULA-MULA SAYA AGAK TIDAK BERSETUJU DALAM BEBERAPA PERKARA. KEMUDIAN SAYA CUBA BERLAPANG DADA, SAYA MENERIMA SEBAIKNYA PROGRAM INI. TIAP-TIAP MINGGU SAYA MENANTI UNTUK MENONTONNYA.. SETIDAKNYA, PROGRAM INI DAPAT MENDEKATKAN HATI MANUSIA TENTANG KEINDAHAN ISLAM. CARA DAHWAH TIDAH HANYA STATIK, IA PUN PERLU DIVARIASIKAN..
ReplyDeleteLAGI SATU, UNDIAN BUKANLAH MENGGUNAKAN SMS.. IANYA PERCUMA MELALUI UNDIAN DI ALAM MAYA..
PENDAPAT SAYA SAJA NI..
saya tidak gemar ugama diperdagangkan .. itu sahaja.
Deletesaya pun macam fairus pada mulanya...
Deleteskrg saya berlapang dada...
dan walaupun ia seperti diperdagangkan, saya masih terngiang-ngiang kata-kata PU yang mendorong saya untuk lebih mencintai agama islam...
wallahualam...
Saya secara peribadi, mmg sejak rancangan Imam Muda...dah ada pendapat macam uncle..
ReplyDeleteserupalah kita ..
Deleteassalamualaikum tuan,
ReplyDeletesaya sudah lama termenung melihat mereka di PU,
apa sebenarnya yang dicari,
yang untung sudah jelas ...
alakumsalam.
Deleteyang mereka cari tidak lain tidak bukan ialah pitih ..
Kalau tak silap saya, Program Imam Muda hanya menyingkirkan peserta yang kurang dari segi markahnya dari pentas tetapi tetap meneruskan pengajiannya sehingga program berakhir.
ReplyDeleteYang lain, no comment.
kalau begitu eloklah diteruskan untuk program PU ini ..
DeleteTapi format untuk PU ni lain sikit dari IM... Rasanyalah...
DeleteMaaf Uncle, AF dan program menjari bakat dunia hiburan saya tak pernah ikuti bersungguh 2 dan format rancangan keagaman sepatutnya dibuat lebih teratur dan berhemah.
ReplyDeleteUncle benar2 tidak faham tujuan awak minta maaf tu !
DeleteKan bos..kenapa mst ikut format af.. nak kena bersedih bila tersingkir.. tapi ilmu2 yang disampaikan pun bagus jgk cuma gaya je tak kena kot..
ReplyDeletetulah fasal .. saya juga tak nafikan ilmu tu tapi yang saya tak gemar ialah formatnya.
Delete