Monday, February 10, 2014

KALAU IKAN MAHAL, KITA BELA IKAN.


Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang gemar makan ikan atau udang air tawar (sungai). Saya salah seorang penggemar tegar ikan atau udang sungai. Harga ikan dan udang sungai, rata-rata lebih mahal dari ikan dan udang laut.  Nak tangkap sendiri macam dulu-dulu, sudah terlalu sukar kerana ikan dan udang sudah tiada lagi atau sangat berkurangan di sungai dan di tasik-tasik di tempat kita.

Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menjalankan program jangka sederhana dengan melepaskan anak ikan dan udang secara besar-besaran dan berterusan ke dalam sungai, tasik, kolam dan tempat-tempat berair lain yang sesuai. Contonya di Sungai Pahang, Sungai Perak, Sungai Muar, Tasik Kenyir, Tasik Banding dan seumpamanya. Saya cadangkan peruntukan sejumlah RM100 juta setahun disedikan untuk tempoh selama 5 tahun agar kesannya dapat dirasakan.

Saya dapat membayangkan keseronokan menangkap ikan atau udang secara lestari di tempat-tempat tersebut. Ia juga merupakan satu aktiviti riadah yang sihat disamping dapat mengurangkan belanja dapur rakyat Malaysia secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Ikut teori ekonomi bila harga ikan atau udang sungai turun, maka harga ikan dan udang laut yang menjadi saingannya juga akan turut turun.

Mana nak cari duit RM100 juta ?  Peruntukan sebanyaki itu tidaklah sebanyak mana bagi kerajaan persekutuan. Kuranglah sedikit pembelanjaan untuk pelbagai sambutan yang diraikan pada setiap tahun . 

Saya mohon mencadangkan ! 



24 comments:

  1. cadangan Tn Hj mmg baik...tp setiap sesuatu tu ada pro dan kontranya. Takut nanti pihak PBT pulak salah guna kuasa memajak pesisir tasik atau sungai kpd kroni. Ikan ke mana udang pun ke mana...pi mai pi mai tang tu.. rakyat sbg pengguna terakhir jugakkkkk yg akan kempis poketnya...

    ReplyDelete
  2. Kalau semua orang bela ikan, siapa nak makan ikan yang berlebih itu?

    ReplyDelete
  3. Saya menyokong cadangan tersebut. eh...sapa catat minit ni... Apa pun, cadangan Pak Ngah tu ada banyak implikasi nya. Selain dari peluang untuk mengurangkan kos ikan/udang dipasaran, ia turut membuka peluang pekerjaan, tarikan pelancong dan keseronokan memancing di air tawar semulajadi yang berterusan untuk generasi yang seterusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya implikasi yang awak nyatakan itu semuanya positif .. terima kasih kerana menambah point kepada entri pendek ini.

      Delete
  4. nampaknya saya kena ada hobi memancing lepas ni... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun boleh berhobi begitu .. ia banyak faedahnya.

      Delete
  5. bagus tu. sy angkat tangan 'sokong!' :)

    ReplyDelete
  6. huhuhu...

    bnyk lg lah lubuk memancing lepas ni...

    ReplyDelete
  7. cadangan ni dari ahli parlimen mana .... he, hee

    ReplyDelete
  8. Kalau Kerajaan Persekutuan atau Ahli Parlimen baca blog KomenSen ni, mungkin cadangan ini diterima...

    Tapi..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cadangan ini diterima, alangkah gembiranya saya ..

      Delete
  9. mohon maaf terlebih dulu ya Tuan Haji, ini sekadar pertanyaan kurang cerdik dari orang dapur...
    pertanyaan saya ialah - kalau bagi tujuan yang baik untuk rakyat spt cadangan Tuan tu, bolehkah digunakan wang dari kutipan zakat dan baitul maal, khabarnya kutipannya berjuta2 dan meningkat saban tahun.

    pada dasarnya saya setuju dengan cadangan Tuan tu wlp saya tak makan ikan air tawar, kalau udang takder masalahnya pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pun boleh, saya tidak setuju digunakan kerana wang tersebut ada tujuan khusus .. saya rasa kerajaan ada kemampuan untuk mencari dana kalau betul2 mahu melaksanakannya.

      tak makan ikan air tawar ? ish ish ish ..

      Delete
    2. oh gitu, timekasih atas jawapan. Pertanyaan saya berdasarkan dari beberapa cerita ttg penyelewengan wang dari dua sumber tersebut...hehehe

      saya dah banyak kali cuba untuk makan ikan air tawar tapi tekak memang menolak, terasa pelik sangat hahaha. Bukan saja ikan bahkan baki minyak menggorengnya pun saya terpaksa buang. Kalau saya guna utk goreng ikan air masin atau ayam ker, nanti semua akan melekat bau ikan air tawar jugak! tu la yang payah! boleh mual sehari suntuk! ish ish ish kan?

      Delete
    3. barangkali itu ikan kolam yang airnya tidak mengalir .. cuba awak try makan ikan kelah yang datang dari sungai air deras Ulu Tembling .. berbulan-bulan macam terasa-terasa keenakannya kat lidah.

      Delete
    4. ish ish ish Tuan Haji ni, promote macam bagus jer. tapi dekat benor Ulu tembeling tu, ntah bila akan nyampai kesana!...masa kecik-kecik dulu sepupu saya pun ada memancing ikan keli kat air mengalir juga, tidaklah deras mana maklum parit jer hehehe...yg tu pun saya takleh nak telan...ada bau semacam jugak! ntah lah!

      nanti la saya google rupa ikan kelah tu camner, masak apa yg sedap ek?

      Delete
    5. bukan ikan kelah je .. ada lagi ikan sungai air deras yang harganya sampai beratus-ratus ringgit sekilo .. kalau tak sedap takkan harga beratus-ratus kan ?

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.