'A lone survivor found among wreckage' - The Star, 13.2.2014
Sering kita terbaca atau melihat di kaca tv akan kisah kemalangan kenderaan di jalan raya atau pun udara yang melibatkan kematian semua penumpang kecuali seorang. Kalau melihatkan keadaan kemalangan itu, pada adatnya memang tidak ada sesiapa yang akan selamat. Namun kuasa dan kehendak Allah tidak ada yang mustahil.
Kali ini saya terpegun bila membaca berita kemalangan tersebut seperti keratan akhbar di atas.
Dalam kejadian itu diberitakan sebuah kapalterbang C-130 yang membawa 74 orang penumpang dan anak kapal, telah melanggar sebuah gunung dalam keadaan cuaca buruk dan terhempas. Kesemua penumpang dan anak kapal terbang tersebut telah terbunuh kecuali seorang. Saya mendapat kesan di sini betapa Allah mahu memperlihatkan bukti kekuasaannya kepada mereka yang mahu merenung dan berfikir.
Maka dengan sebab itu, tidak ada sebab langsung bagi kita yang waras fikiran ini meragui kekuasaanNya dan selanjutnya tanpa ragu-ragu, banyak soal serta alasan, mematuhi sepenuhnya segala peraturan yang telah ditetapkanNya.
Saya pernah membuat entri suatu masa dulu melibatkan kemalangan kereta di sini bertajuk "Dari Berenam Hanya Seorang Yang Hidup" dan dalam entri tersebut saya ada menulis seperti berikut ..
"Sesungguhnya nyawa kita semua adalah di dalam genggamanNya. Dia berkuasa mematikan dan menghidupkan sesiapa sahaja yang ditetapkanNya".
Semoga entri ini ada manfaatnya.
betul tu. kalau dah sampai ajal, atas katil dlm rumah pun mati jugak
ReplyDeletebawah katil pun begitu juga.
DeleteAjal dan maut ditangan ...NYA. Kita hanya mampu berdoa ... semoga kita dipanggil pada ketika kita telah bersedia dengan amalan ..... semakin hari .... kita semakin dekat dengan kematian ...
ReplyDeletesaya masih berlum cukup bekalan .. semoga Allah memperpanjangkan sedikit lagi umur saya.
DeleteDalam sesetengah kes kalau dalam 6 orang yang hidup cuma 1, ada kemungkinan yagn hidup tu boleh disyaki menyebabkan kematian lagi 5.
ReplyDeletemungkin juga ..
Deletetak terkomen saya. betul2 tazkirah jumaat. tkasih.
ReplyDeletesama-sama.
Deletesalam perkenalan...kuasa Allah kan...mgkin ade hikmah disebaliknye...jemput sggah ke blog ika yg br nk idup jika ade kelapangan...hehehe...hrp2 dpt mbantu ika berblog dgn lbh mantap...hahaha...tq
ReplyDeletesalam kembali. terima kasih kerana sudi singgah dan selamat berkecimpung dalam dunia blogging.
DeleteHidup mati dalam kekuasaan Allah.
ReplyDeleteWalaupun begitu, kita berdoalah agar kita mati dalam melaksanakan agama-Nya.
Atau sekurang-kurangnya mati dalam keadaan yang baik, husnul khatimah.
itulah doa saya dan saya percaya doa semua orang selepas sembahyang untuk mati dalam husnul khatimah.
Delete