Thursday, August 1, 2013

DARI BERENAM HANYA SEORANG YANG HIDUP.



Tragic outing for six friends - The Star, 1//8/2013.

Bila membaca berita ini, saya dapat merasakan bahawa betapa maha berkuasanya Allah s.w.t. Sesungguhnya nyawa kita semua adalah di dalam genggamanNya. Dia berkuasa mematikan dan menghidupkan sesiapa sahaja yang ditetapkanNya.

Melihatkan keadaan dan rupa kereta tersebut yang remuk sama sekali, saya menyangka kesemua penumpang yang berada di dalamnya telah terkorban. Akan tetapi dengan kudrat dan iradatNya, salah seorang mangsa cuma mengalami calar-calar sahaja di tangannya sedangkan 5 orang penumpang lagi meninggal dunia di tempat kejadian.

Subhanallah.


11 comments:

  1. Allah yang Maha Berkuasa. Kita hambaNya hanyalah insan yang lemah. Tapi ada juga yang eksen ... huhu

    ReplyDelete
  2. masing-masing awal 20-an. jiwa tengah panas kot...

    ReplyDelete
  3. Innalillahi wainnailaihi rojiuunn...
    yg pergi dah tentu pergi, saya membayangkan kesedihan yg ditanggung oleh keluarga yg ditinggalkan apalagi tinggal hanya bebebrapa hari saja menjelang aidilfitri...

    simpati pada mereka...moga beroleh ketabahan dan kesabaran menghadapinya...

    Sabtu ni 3 org anak saya akan berurusan diKuantan, tiapkali anak2 outstation, hati saya hanya Allah yg tahu...mudah2an selamatlah mereka disepanjang perjalanan pergi dan balik dan juga ditempat yg dituju dan dipermudahkan segala urusan...
    maaf, tumpang berdoa utk anak sendiri di sini...jujurnya tiapkali saya baca berita2 sebegini yg menimpa anak2 muda, Allhuakbar...ngerinya saya...mmg boleh terbawa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sebagai bapa pun begitu juga perasaannya .. apa lagi hati seorang ibu yang mengandung dan menyusukan, tentulah lebih2 lagi.

      pernah satu ketika, buat pertama kalinya anak saya bawa kereta dari KL ke UUM, Sintok .. hati saya tidak senang hinggalah dia telefon selamat tiba.

      Delete
  4. Aslkum.. Malang mmg x berbau & segala ketentuan hanya berada di tanganNya. Semoga Allah sentiasa melindungi & menyelamatkan kita dari sebarang musibah.. amin.

    ReplyDelete
  5. sedih tgk berita malam tadi ni kan..

    lagi seminggu nak raya

    ReplyDelete
  6. BEGITULAH KUASA ALLAH PAK.. TU BARU 5 ORANG.., MASA TSUNAMI ACHEH, BERIBU2 NYAWA MELAYANG..

    ReplyDelete
  7. Setiap kejadian itu ada hikmah nyer..
    dan menjadi pengajaran untuk yang lain..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.