Saya tahu entri kali ini agak panjang dan tentu ramai yang tidak sanggup membacanya sampai habis. Tak mengapa kerana entri ini saya anggap sebagai diari terbuka saya.
Pada hari Sabtu, 24 Ogos 2013 mungkin rekod tertinggi saya mendapat jemputan untuk menghadiri pelbagai majlis. Semuanya ada 9 jemputan. Tiga daripadanya saya gagal untuk menghadirinya kerana tidak terkejar.
Apa sangatlah yang saya sibukan ? Ceritanya mengiringi setiap gambar di bawah.
Gambar 1. Pepagi buta lagi saya sudah pergi ke pasar Ampangan membeli santan untuk membuat lemang yang dibuat secara bergotong royong oleh ahli-ahli persatuan penduduk taman perumah saya. Yang lelaki membuat lemang dan yang wanita membuat rendang. Kita membakar lemang menggunakan alat berupa oven seperti di atas. Ini pertama kali saya menengok orang bakar lemang gunakan alat ini. Dengan menggunakan alat ini, tidak perlulah kita berasap dan berpanas seperti memasak lemang dulu-dulu. Ia menggunakan kayu arang sebagai bahan bakarnya. Saya bergambar sebelum pergi ke jemputan kenduri kahwin di Komplek Belia dan Sukan (KOMBES), Paroi.
Gambar 2. Makngahnya sedang menikmati 'Cendol Songkok Tinggi' di KOMBES, Paroi. Selesai di sini, saya bergegas mengikut jalan LEKAS untuk ke jemputan kenduri kahwin yang kedua di Bangi. (Gambar ini saya ambil sendiri secara curi-curi)
Gambar 3. Sebelum itu kami sempat singgah cuci kereta separa automatik kerana keadaan kereta yang sangat kotor yang tidak sesuai untuk di bawa ke luar negeri Sembilan.
Gambar 4. Sempat juga bergambar dengan emak ayah pengantin yang merupakan jiran saya semasa tinggal di Putrajaya dulu. Kemudian saya bergegas pula ke jemputan rumah terbuka di Kajang.
Gambar 5: Di rumah terbuka Che Murad di Kajang, yang pernah bekerja bersama saya suatu masa dulu. Saya makan daging kambing tergolek di sini dengan cendol yang saya buat sendiri supaya dapat betul-betul makan cendol dan bukan hanya mengemam ais sahaja. Dari sini saya memecut ke rumah terbuka seterusnya iaitu jiran saya di Lavender Heights.
Gambar 6: Saya tertarik untuk bergambar di depan papan tanda ini kerana sebelum ini saya belum pernah pergi ke rumah terbuka yang yang ada papan tanda. Kemudian saya pergi ke sebuah lagi rumah terbuka tidak jauh dari rumah ini, tetapi saya terlupa nak ambil gambar. Selepas itu saya balik ke rumah. Jam sudah melebihi 6 petang. Dan saya harus bersedia pula untuk ke jemputan majis perkahwinan di Dewan Puspanita, Putrajaya di sebelah malamnya. Kira-kira jam 7 malam saya dengan isteri bergerak ke Putrajaya dan sembahyang Maghrib di surau Presint 8, Putrajaya.
Gambar 7: Kami satu rombongan dari Lavender Heights, Senawang disediakan satu meja khas oleh keluarga pengantin di dewan Sri Endon/Dewan Puspanita yang indah ini. Terima kasih tuan rumah kerana tidak meletakkan saya di sebelah jemputan dari Korea.
Gambar 8: Terus terang saya katakan, saya tidaklah berminat sangat hendak bergambar dengan dia. Akan tetapi tempat orang beratur untuk bergambar dengannya betul-betul di sebelah meja saya, maka saya pun dengan rasa sedikit malu-malu turut mengambil peluang bergambar dengan dia.
Usai majlis saya balik ke Senawang dan sampai di rumah jam sudah melepasi 11 malam dan tiba masanya untuk berehat.
...............................................................................
Aktiviti pada 25 Ogos 2013.
Hari ini juga dari pagi sampai ke malam tidak kurang sibuknya berbanding hari semalamnya. Dari kira-kira 8 pagi saya sudah membantu rakan menyusun kerusi meja untuk jamuan hari raya taman kami anjuran Persatuan Penduduk, yang bermula dari jam 2 - 5 petangnya. Berhenti sekejap untuk menziarahi jiran yang meninggal dunia.
Gambar 10. Kelihatan sebahagian pengunjung yang turut menziarahi salah seorang jiran yang meninggal dunia dan saya turut menyembahyangkanya di surau di tempat kami pada jam 11 pagi. Seterusnya jam 11.30 pagi saya ke rumah salah seorang penduduk kerana ada majlis tahlil di rumahnya.
Gambar 11. Pada sebelah petangnya bermula jam 2, bermulalah majlis rumah terbuka anjuran Persatuan Penduduk dan Rukun Tetengga taman kami. Kelihatan barisan penyambut tetamu berbaju Melayu bersiap sedia untuk bertugas. Saya masih pakai baju Melayu yang saya pakai malam sebelumnya kerana belum merasa puas memakainya lagi.
Gambar 12: Kelihatan tetamu sedang mengambil makanan yang di sediakan. Sambutan dari penduduk tahun ini lebih ramai dari tahun sebelumnya. Banyak makanan yang habis pada jam pertama terutamanya satay. Kira-kira jam 5.30 petang saya balik ke rumah kerana sebelah malamnya saya buat kenduri tahlil dan makan-makan sesama adik beradik di rumah saya.
Gambar 13. Selepas Sembahyang Maghrib kita duduk sembang-sembang sebelum masuk waktu Isyak. Kemudian makan dan setelah mereka balik baru saya rasa nak pengsan.
Alangkah bagusnya kalau dapat buat rumah terbuka pada sepanjang tahun dan tidak tertumpu kepada bulan-bulan tertentu sahaja. Mungkin boleh saya cadangkan kepada sesiapa yang nak membuat rumah terbuka supaya membuatnya mengikut bulan kehahirannya. Misalnya sahaja. Kalau tidak setuju tidak mengapa. Jangan pulak kerananya saya tidak dijemput ke rumah terbuka anda.
Dan itulah sebabnya saya sendiri tidak membuat rumah terbuka pada tahun ini dan juga pada tahun sebelumnya seperti juga dengan tahun-tahun sebelumnya. Saya sudah memberikan sebabnya secara panjang lebar di entri ini dahulu. Saya jamin anda akan bersetuju dengan rasional yang saya berikan di entri tersebut.
Saya harap saya berpeluang untuk ke Taman Lavender pada 8/9 nanti...
ReplyDeleteeh!
terima kasih .. bila-bila pun boleh datang.
Deleteapa salahnya ngan tetamu dari Korea tu Tuan Haji? heheh
ReplyDeletesaya mmg tak larat dan tak mungkin nak buat rumah terbuka Hari Raya sebab saya adalah ahemm antara orang penting di sebalik majlis rumah terbuka di rumah orang...tak buat rumah terbuka pun saya dah lintang pukang ngan tetamu yg dtg mengejut, mana nak layan tetamu, mana nak kejarkan komitment kerja lagi...bila tetamu dah balik atau bila saya dah balik dari rumah orang, rasa macam nak berkecai tulang temulang, nasib la masih ada kulit badan gred A agaknya, jadi takder la tulang tu berkecai lagi...
dari satu segi, saya rasa macam ada sesuatu yg perlu diperbetulkan dalam budaya masyarakat kita ni...mmg la Syawal sebulan tapi...ntah lah kan?
dah berapa tahun dah saya terima tempahan catering utk rumah terbuka hari raya dalam bulan Zulkaedah...
a. tetamu Korea sebagai perlambangan mereka yang tak tahu cakap melayu atau inggeris .. habis dengan siapa nak berbual sebab saya pulak tak pandai cakap korea.
Deleteb. kat mana boleh saya dapatka kulit Gred A tu ?
c. tentang budaya rumah terbuka tu sebenarnya kita tak boleh buat apa-apa selagi masyarakat mahu mengamalkannya.
ooo gitu cerito e yo..memang sibok bona la..sampai ado orang2 di K-PAP yang mencari2 mano la tuan haji Hamzah ni he he..
ReplyDeleteuntuk alasan tak buek rumah terbuko tu..sey tambah satu laie..
kalau orang datang nak raso sey masak..tapi sey dah dayo laie nak masak banyak2..dari orang yang datang keciwo..sobab masakan sey order yo..baik tak payah kan..boleh diterimo pakai tak..he he
alasan itu memang bagus dan saya terima .. tapi saya tak boleh gunakannya sebab saya memang bukan saya yang masak.
DeleteRekod lah tu Pak Ngah 6 dari 9 jemputan kira oklah tu.
ReplyDeleteSaya ni Pak Ngah buat juga makan2 kat rumah tapi biasanya tak adalah open house bagai cuma mask2 jemput jiran kiri, kanan, atas dan bawah serta kawan2 sekolah anak sahaja itupun dah nak 'pengsan'!
open house pun bukan bermakna kita jemput semua orang .. apa yang awak tu dah kira open house jugalah tu ..
DeleteTAHNIAH KERANA BANYAK MEMENUHI JEMPUTAN..
ReplyDeletetapi masih rasa ralat bila tak dapat pergi rumah yang lain tu ..
Deletesibuk mengalah YB tuan haji kita..ha..ha
ReplyDeleteYB sibuk sepanjang tahun .. saya dua hari je.
Delete