Sunday, August 4, 2013

SONYUM SOKOJAP 61: MEMANCING PAKAI LUTUT.



 Gambar hiasan hasil carian Google.


Malam tadi saya bawa sejadah yang agak tebal pergi sembahyang kat surau. Sebelum ini saya tak pernah bawa. Lutut saya melecet sikit dan terasa sakit bila sujud. Sejadah tu dapat mengurangkan ketidakselesaan itu. Sesampainya saya di tangga surau, seorang kawan saya mengusik.

Kawan. Ai .. bawa sejadah nampak !

Saya: Lutut aku melecet ..

Kawan: Kalau pergi memancing, boleh pulak !

Saya: Aku memancing tak pakai lutut.

Kawan-kawan lain yang mendengar perbualan kami semuanya serentak mentertawakan kawan saya itu. Dia pun tersipu-sipu tak tahu nak kata apa. 

p/s: sebelum ini ada juga entri saya yang lucu tentang puasa dan raya. Antaranya yang saya rasa menarik adalah seperti di link di bawah:

Kejadian-kejadian lucu semasa sembahyang Tarawikh (2010); dan

Kisah sampul duit raya. (2009)

9 comments:

  1. Assallamualaikum,

    kat tempat akak, pun kami bawa sejadah ke surau pada bulan Ramadan, sebab ramai jemaah dan carpet pulak agak lusuh dah.
    Semoga lutut cepat sembuh ya Pak Ngah.
    Salam Ramadan.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Pak Ngah

    moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. terkena batang hidung sendiri bila mengusik tak kena gaya XD

    ReplyDelete
  4. huhuhu.

    baru semalam g memancing...

    dpt 5 ekor anak lampam. bile dah pagi semuanya mati.

    ReplyDelete
  5. HAI PAK.. BULAN POSA MANCING JUGAK KE?

    ReplyDelete
  6. Memancing pakai mulut kan Pakngah kan? kan? hahahaha!

    ReplyDelete
  7. Hahhaaaa...nasib badan org tulah dpt jawapan cam tu.

    ReplyDelete
  8. assalam thj, tak lamo laei baik la sakit tu...insyaALLAH...

    baca NST semalam tak...? kalau tak baca sila layari link dibawah ini...
    terimakasih banyak tnhj...

    http://www.nst.com.my/nation/general/they-travel-long-and-far-just-for-their-families-1.332405/1.332581?localLinksEnabled=false

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      Saya sudah baca dan pos kat fesbuk warga LH. Haibat !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.