Tuesday, August 27, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 82: LAWATAN RASMI KE SABAH

Semasa saya bekerja di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak pada tahun 1980 - 1981, saya pernah dibawa menyertai rombongan lawatan muhibbah ke pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah pada tahun 1981. Tarikh sebenar saya tidak ingat lagi. Berikut adalah beberapa keping gambar mengenai lawatan tersebut yang masih ada dalam simpanan saya.


Gambar 1: Saya tak pasti tarikh gambar yang tepat. Apa yang saya pasti, masa ini angin bertiup agak kencang. Kelihtan nun jauh di belakang sana bangunan Yayasan Sabah berdiri megah.


Gambar 2: Di aras bawah bangunan Yayasan Sabah.  Silakanlah kalau nak komen rambut saya !


Gambar 3: Makan tengah hari di bangunan Yayasan Sabah.



Gambar 4: Makan malam sambil menikmati persembahan tarian yang menarik. Kalau saya yang buat pasti terkepit kaki.


Gambar 5: Inilah bos yang sangat saya sayangi dan hormati almarhum  Dato' Syed Rosli Syed Abu Bakar. Dialah yang menyokong kuat permohonan saya untuk bertugas di luar negeri padahal pada masa itu saya bekerja di bawahnya belum pun sampai setahun.



Gambar 6: Kebetulan semasa lawatan kami, Sabah sedang merayakan sambutan "Sabah 100 Tahun". Maknanya kini Sabah sudah berusia 131 tahun.


Gambar 7: Sempena 100 tahun Sabah itu, ada pertunjukkan sarkas. Kami juga di berikan tiket percuma untuk menontonnya.


Gambar 8: Ahli-ahli rombongan dari pejabat persekutuan di Sarawak bergambar ramai.



Pada masa ini boleh dikatakan saya sudah terputus hubungan dengan mereka semua.  Kalau buat 'reunion' pasti meriah bercerita tentang pengalaman dan kisah-kisah lama semasa bekerja di Sarawak.

12 comments:

  1. Seronoknya masa tu kan Pak Ngah. Pak Ngah melihat pembangunan Sabah dari dulu hingga sekaranglah kiranya kan.

    Rambut Pak Ngan macam rambut ayah saya. Saya ok jer...hehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rambut Pakngah terlebih baja agaknya .. hehe.

      Delete
  2. Assalam.. mmg seronok mengimbau kenangan lalu. Memberi semangat & inspirasi utk terus maju. Thanks sharing Pak Ngah.. :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang tiada siapa pun yang bawa isteri pada masa tu ..

      Delete
  4. MERUPAKAN SALAH SATU NEGERI YANG BELUM SAYA JEJAKI..

    ReplyDelete
  5. Assalam, baru baca posting ni. Terima kasih atas your kind words towards my late father. Semoga tuan diberkati dunia dan akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Sudah 66 tahun lebih dan akan memasuki 67 tahun sedikit masa lagi

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.