Monday, August 19, 2013

PERISTIWA MENCEMASKAN YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN.



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Peristiwa ini berlaku semasa saya berada di sekolah rendah. Walaupun ia telah sangat lama berlalu, namun saya tetap mengingatinya kerana ia sungguh mencemaskan saya. Kisahnya begini. Pada suatu malam saya telah dibawa oleh abang dan kakak sepupu saya pergi ke rumah orang yang membuat persediaan untuk mengadakan kenduri kahwin keesokan harinya. 

Oleh kerana kerja-kerja persiapan itu berlarutan ke lewat malam, saya tertidur di satu ruang di atas lantai. Satu ketika saya tersedar sendiri, dan cuba untuk bangun. Namun pandangang saya gelap dan saya tidak berupaya mengangkat kepala saya. Beberapa kali saya cuba mengangkat kepala, namun tidak juga berjaya. Saya sungguh cemas pada masa itu. Di manakah aku ? Sudah matikah aku ? Saya tertanya-tanya dalam hati.

Kemudian setelah saya betul-betul sedar dan bertenang barulah saya tahu rupanya kepala saya sehingga paras bahu telah termasuk ke bawah sebuah almari. Bawah almari itu elok-elok je muat kepala dan badan saya. Agaknya almari itu serupa dengan gambar di atas.  Kemudiannya secara perlahan-lahan saya pun mengensotkan badan saya keluar dari bawah lemari tu. Sebaik kepala terkeluar dan nampak cahaya lampu  .. fuh lega. 

Saya tidak tahu samada saya sendiri secara tidak sedar, kerana tidur lasak, telah bergerak sendiri ke bawah almari tersebut atau ada orang yang menolak saya ke situ. Saya pun tidak tahu sampai sekarang. Kalau saya tahu, mungkin saya akan menuntut bela.

Tentu anda juga punya pengalaman berdepan dengan detik-detik yang mencemaskan. Ceritalah sikit !

28 comments:

  1. Tengok almari berkaca, saya teringat masa di sekolah rendah, saya pernah 'terpecahkan' cermin almari kelas. Kawan2 mengejek saya konon saya akan dihukum. Tapi, dengan berani saya bertemu guru besar mengaku kesalahan saya. Tindakan mengaku kesalahan itu akhirnya mendapat pujian dari guru besar. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik. Mengaku salah dengan guru besar tak apa .. jangan mengaku salah depan hakim dalam mahkamah. hehe.

      Delete
  2. bila tengok tempayan besar, ingat ingat lupa peristiwa tertomoih kedalamnya.Mujuq tak aruah!
    bila makan asam pedas,ingat ingat lupa masak asam pedas masam berdengung.bapa humban periuk keluar tingkap.
    banyak benar kisah kisah ingat ingat lupa saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang selamatkan awak dari tertomoih dalam tempayan besar tu ?

      Delete
  3. Teringat pula Ummi ketika nak mula mengaji Al Quran....dengan arwah ayah menjadi gurunya...siap dengan rotan....bila terdengar saja ayah ketika itu yang hendak mengajar mengaji dan bukannya ibu....terus kecut perut dan lari menyorok dalam almari baju.....tapi lepas itu takut dirotan dek ayah maka Ummi pun berserah diri untuk mengaji, ayah pun menunjukkan ibujari beliau tanda memuji kerana Ummi terang hati.....hehe.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dulu-dulu kalau kena rotan oleh guru Quran atau guru sekolah perkara biasa .. sekarang silap2 guru kena saman.

      Delete
  4. Banyak juga detik mencemaskan. Cuma, banyak yang dah tak ingat... Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bila dah tua-tua nanti, boleh ingat semula.

      Delete
  5. Lasak juga abang tidur masa kecik dulu. Sekarang ni lasak lagi tak? ..... ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 tidur tak ada katil, bolehlah lasak tapi bila sejak pandai tidur atas katil ni, kelasakan itu sudah hilang bila dua tiga kali terjun katil.

      Delete
  6. memula baca tu saya cemas... lepas tu saya gelak jaaa.... hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kejadian memang uncle sungguh cemas .. cemas sungguh.

      Delete
  7. Banyak kenangan saya zaman kecik-kecik dah hilang dari ingatan mungkin kesan selalu termakan semut kot.

    Satu perkara yang tak pernah saya lupa bila suatu hari saya panjat pokok 'keriang' sampai nun kat pucuk pokok, jenuh jugak le tetapi tiba2 kepala dan badan di kerumuni tebuan dan dengan mudah saya boleh pulak turun pkok tu laju2. Dulu2 org kampung berapa kerat sgtlah yg mampu beli kereta sudahnya saya di bawa ke Klinik Arau menaiki moto, menangis menahan kesakitan sepanjang jalan.

    Di klinik dok nak cucuk saya lari kelura klinik terus ke jalan besar, jenuh depa semua dok ligan saya dan ada seorang mak cik ni kat 'jangan ligan sat lagi dia tuju pi jalan besaq kena bertu kereta pulak'.

    Akhirnya depa tak cucuk saya tapi saya terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat kesan dari sengatan tebuan yang berekor tu, bayangkan kepala saya berada diatas sarang tebuan sebesar buah kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali baca, macam perangai budak lelaki pulak Jun semasa kecik2 dulu kan !

      Delete
  8. Saya mungkin tiada pengalaman masa kecil, tapi masa anak saya berumur 2 tahun, kami beraya ke rumah seorang makcik hubby. Anak saya dan sepupunya yang sebaya tanpa kami sedar bermain di celah2 tiang yang berbentuk botol di balkoni luar rumah makcik tu. Yang buat kami sedar bila anak saya menangis dan menjerit. rupa2nya mereka meloloskan kepala di celah2 tiang tu dan kepala anak saya tersangkut. Boleh masuk, tak boleh keluar. Lepas tu, setiap kali ke rumah orang, dia akan duduk diam2 sebelah kami. Hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak cerita tak habis .. macamana kepala anak awak tu dikeluarkan ? panggil bomba ke ?

      Delete
    2. Maaf Pak Ngah. Tak perasan tak habis cerita, hehehehe. Boleh jer kami keluarkan pelan2 dari situ. Kena cari sudut yang tepat dan sesuai. Dah dia kecil lagi, panik. Tu yang tak boleh keluar tu.

      Delete
  9. sy 'simpan' sara yang tengah tido dlm rocker bawah tangga masa kenduri last year.. risau kena sepak kalau letak kat tempat lain.....

    maklum saja bila dah time kenduri.. orang ramai kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik awak tak lupa bawa dia balik .. kalau tidak jenuh pulak tuan rumah naik mencari emaknya.

      Delete
  10. hehe nasib baik boleh keluar..kalau terpaksa diangkat almari tu..dh jadi kes naya..

    saya pernah tertelan biji buah setoi semasa disekolah rendah..bayangkan takde sesiapa ketika itu..
    saya jolok2 kerongkong,tak berjaya..picit2 kerongkong dari luar...setelah muka dh jkadi biru...akhirnya biji buah tu masuk keperut jugak..ALLAH masih panjnagkan usia saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish ish ish .. ngeri saya mendengarnya sebab teringat peristiwa anak saya ketulangan masa dia kecik dulu .. sampai masuk HKL.

      Delete
  11. masa kecik (mungkin dalam darjah 5 kot) saya pernah bermimpi kena hempap ngan kayu besar yang tersangat la beratnya sampai tak boleh nak bernafas...tercungap2 saya cuba menarik nafas tapi tak boleh juga, bila saya tersedar saya dapati memang betul ada sebatang kayu besar yang berat sedang menghempap dada saya... saya cuba tolak kayu tu dengan sekuat tenaga tapi tak berjaya, kayu tu betul2 berat dan padat, kepala saya ligat berfikir di dunia mana saya ni sebenarnya dan kayu apa yang tetiba dah hempap dada saya? bukan ker tadi saya tidur dalam bilik tidur? keadaan masa tu cuma remang2 cahaya membuatkan saya bingung memikirkannya ... nafas saya semakin sesak, saya dah nyaris kelemasan, saya betul2 cemas, nak menjerit mintak tolong rasa suara tak boleh keluar...tangan saya meraba2 kesana kemari cuba mencari pertolongan, saya menggigil bila tersentuh gumpalan bulu tebal, dari kesamaran saya nampak wajah adik saya di sebelah saya, rupanya bulu tebal tu rambut adik saya, dan grrrr....kayu yang besar dan berat yg sikit punya baguih menghempap dada saya itu rupa2nya ialah peha dia...adik saya tu 3 kali ganda size badan saya...saya cuba tumbuk2 dan pukul2 peha adik saya sekuat tenaga yg ada supaya dia tersedar dan alihkan pehanya dari dada saya tapi ternyata dia betul2 tidur mati...

    saya kira Allah masih kesian kan saya, dalam setengah mati tu saya dapat satu akal, sebagai usaha terakhir saya kutil/cubbbiiiiit peha adik saya, bukan cubit daging dia tapi kulit dia, daging dia tebal, tak terkutil dek jejari saya...saya kutil sesungguh hati guna hujung kuku dan akhirnya dengan satu dengusan bak anak gajah naik minyak, dia mengalihkan pehanya dari dada saya, pedih la tu agaknya! pheww...tak seorang pun sedar betapa azabnya saya bertarung nyawa sendirian pada malam tu...

    serius cakap, itu adalah kali terakhir saya benarkan dia tidur ngan saya. Boleh arwah saya dibuatnya!

    saya senyum gelihati baca pengalaman Tuan Haji ni tapi terus terbahak2 bila baca komen Yunus Badawi hah hah haa....goli ati den!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam keadaan antara sedar dengan tidak, mamcam tulah fikiran kita, rambut pun disangka bulu tebal .. hehe.

      tentu adik awak tu besar orangnya kan ?

      Delete
    2. hhaaa... Cik Queenie saya suka lah cerita ni...

      Delete
  12. PADA SATU MALAM, TANGAN KIRI SAYA SEPERTI LUMPUH. TAK BOLEH DIGERAKKAN LANGSUNG.. SAYA KETUK2 GUNAKAN TANGAN KANAN SAYA MENGETUK-NGETUK TANGAN KIRI JUGA TAK TERASA. SAYA AMPU TANGAN KANAK DAN KETUK DI SOFA TEMPAT SAYA TIDUR PUN TAK RASA. SAYA PANIK SEMACAM.. TAK PERNAH BERLAKU MACAM TU SEBELUM NI.. LAMA KELAMAAN SUDAH BAIK SEMULA..RUPA-RUPANYA MUNGKIN KERANA BADAN SAYA MENGHEMPAP TANGAN KIRI SAYA BEGITU LAMA SEHINGGA DARAH TIDAK MENGALIR, MENGEBABKAN TANGAN SAYA SEAKAN LUMPUH.. WALLAHUAKLAM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan tu kebas sebab darah tak sampai .. bila dah tua-tua nanti, duduk bersila lama sikit, kaki pun boleh jadi cenggitu.

      Delete
    2. Urat-urat dah liat agak ea... :D (gurau yo.. :) )

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.