Friday, August 30, 2013
SUDIKAH ANDA KALAU MENERIMA KOMEN MACAM INI ?
Entri ini langsung tidak bertujuan untuk menyindir sesiapa. Jadi saya amatlah berharap janganlah hendaknya ada sesiapa yang terasa hati. Ia berbentuk umum, ringan dan bertujuan untuk melawak. Jadi 'take it easy'. Wokey !
Sejak akhir-akhir ini atau lebih tepat lagi sejak saya menjadi admin kepada Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP), saya sudah tidak lagi punya kesempatan untuk ziarah dan meninggalkan komen di blog kengkawan. Jadi kepada kengkawan yang sudi ziarah dan meninggalkan komen, yang salah dua orang daripadanya ialah Fairus dan Muhammad Syahmi (yang paling regular) saya ucapkan berbanyak terima kasih.
Saya mungkin boleh ziarah 100 blog dan tinggalkan komen dalam masa kurang dari sejam. Tapi komen saya akan berbunyi lebih kurang begini:
"salam singgah"
"moga ceria selalu"
"pekaba tuan rumah"
"nice entry"
"wakaka"
Nota kaki:
Entri berkaitan pernah saya tulis yang saya jamin anda suka adalah b.a.c.a-k.e-t.a.k-b.a.c.a-n.i ?
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya maybe terima seadanya.. syukur tuan blog otai sudi terjah blog picisan seperti blog sy.. kiki (itu pendapat saya sajer)
ReplyDeleteTahniah jadi pengomen pertama dan tkasih kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak.
Deletesalam pak ngah,
ReplyDeleterasanya lom terlambat nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin..
Salam kembali. SHRAF MZB juga dari Pakngah.
DeleteSaya sudi jer pak ngah. Nak komen apa pon, komenlah. Kekadang ada komen yg lari dari tajuk. Tak kisah pon. Janji jgn komen yg mencarut/kurang ajar.
ReplyDeletePakngah pun tak suka komen yg kurang ajar apa lagi yg mencarut ..
DeleteWalaupun Pak Ngah tak pernah singgah blog saya, tapi saya faham. Sekurang2nya Pak Ngah masih sudi mebalas komen saya di sini.
ReplyDeleteIni sahajalah yg termampu .. itu pun lewat.
DeleteSudi jer Pak Ngah... memang yang penting itu happy
ReplyDeletetetap juga menghargai apa yang telah diusahakan hanya itu yang termampu kan...
Tkasih kerana memahami ..
Deletesaya memang dah jarang blog-walking tapi kalau ternampak feed dari mana-mana rakan blogger di facebook, in shaa allah, laju je saya klik link, baca dan komen. sejujurnya, saya tak suka terima komen 'malas' macam tu dan berusaha sedaya upaya untuk tidak juga menurunkan komen 'malas' yang sama di blog orang lain.
ReplyDeleteLain kali pakngah pos juga kat fesbuk mana2 entri kat blog yg menarik. Terima kasih kerana beri m/balas yg berfaedah.
Deletehehehehe eka pun ada jugak dapat komen macanm ni.
ReplyDeleteEka ada perasan, satu pembaca ni. Selalu nampak dia kat blog2. Komen dia mudah je.
Nice
Santai
Sedap
Comel
hehehehe simple je dia punya komen.
Tapi, eka selalu baca entry Pak Ngah walaupun kadang tak sempat komen. Hehehehe
Komen2 pendek cenggitu ada masanya mmg sesuai .. tengok topiklah kan.
DeleteSalam tuan
ReplyDeleteMakchaq lebih kerap bw dari jengok blog sendiri.. biasanya kalau masa suntuk baca ja tak komen2 sebab nak baca banyak2 blog.. kalau komen pulak selalu panjang2 tu pasai bila tak cukup masa langsung tak komen
Salam kembali. Saya lagi teruk .. bw pun x sempat apa lagi nak mengomen panjang2.
Deletehehehehe.....
ReplyDeletemasih sudi berkunjung, maknanya masih di hati la tu....
cuma kalau mmg itu stailnya, x payah la. sekadar sesekali bila jadual padat, x apa la... sy pun kadang2 x komen, sekadar baca, singgah tetap singgah. :)
terima kasihlah kerana kali ini anda buat keputusan untuk tinggalkan komen ..
Deletekadang-kadang lebih baik letak smiley je kalau komen nye gitu. heheh
ReplyDeleteboleh ajar uncle cara-cara nak letak smiley tak ?
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteErrrr....errr...nak komen apa ek?
banyak blog kawan2 saya singgah baca je...komen tu jarang2
alaikumsalam.
Deleteterima kasih kerana awak buat keputusan untuk meninggalkan komen kali ini di entri dan blog ini .. hehe
Salam bang.
ReplyDeleteSaya tabiklah abg masih ada masa utk update blog w/pun tak sempat nak berziarah ke blog org lain sangat sebab majlis di rumah abg dah tak lama lagi. Hari tu masa nak buat majlis kat tempat saya adalah seminggu dua saya stop kejap berblog. Bukan saja sebab takde masa tapi tak nak emak Adam bising ...... hehehe
salam kembali.
Deletetabik awak telah pun abang balas .. hehe.
besar juga kuasa emak Adam ini rupanya.
SAYA LIHAT TOPIK JUGA.. KALAU SAYA ADA IDEA DENGAN SESUATU TOPIK, MUNGKIN PANJANG SEDIKIT KOMENNYA.. KALAU ENTRY BIASA-BIASA, SAYA PUN KOMEN BIASA-BIASA SAJALAH..
ReplyDeletetapi saya kagum dengan istiqamah awak meninggalkan komen di blog saya .. terima kasih.
DeleteMemang Pak Ngah dah lama tak komen kat blog saya...merajuklah kejap...ahahaaa...
ReplyDeleteOK. Saya faham kebizian Pak Ngah yang mengalahkan PM tu...:)
PM tu bizi tak mengapa kerana ada berpuluh orang pembantunya .. saya tak ada pembantu malah membantu orang.
DeleteSalam singgah, follow me back please. Hehehee
ReplyDeleteSaya pun dah lama tak ziarah menziarah Pak Ngah. Ala kalau busy nak buat macam mana jugak kan, singgah bila ada kelapangan kelak.
itulah yang pakngah sedang buat .. tapi takut juga kok ada kengkawan yang menyangka pakngah ni 'bajet diva' .. hehe.
DeleteAlamak... Seganlah bila nama saya tertera dalam entry ni... Tiba-tiba rasa tak tau nak komen apa...
ReplyDeletepulak dah .. apa yang awak tulis tu adalah komen yang sebenarnya. terima kasih kerana sering meninggalkan jejak di blog yang sudah mula nak suam-suam kuku ni.
DeleteSama-sama. Saya semenjak kebelakangan ni dah kurang mood nak mengemaskini blog saya sebab kekurangan masa, yang sempat hanyalah membaca blog orang lain.
DeleteSama-sama. Saya sejak kebelakangan ni dah kurang mood n mengemaskini blog saya sebab malas nak bukak laptop. Jadi, saya gantikan dengan membaca blog orang lain. Guna telefon je online, lebih mudah.
DeleteSama-sama. Saya semenjak kebelakangan ni dah kurang mood nak mengemaskini blog saya sebab kekurangan masa, yang sempat hanyalah membaca blog orang lain.
DeleteHahahaha
ReplyDeleteKelakar laa entry ni..
#ok tak pakngah? Hehe :P
kira ok lah tu .. hahaha.
Deletesaya like je
ReplyDeletekat fesbuk bolehlah 'like' .. kat blog kalau ada 'like' bagus juga kan.
DeleteKalau entry pasal makanan, komennya macam ni: " sedapnya"
ReplyDeleteKalau entry pasal berita kemalangan/pembunuhan, komen nya : " Sedihnya"
Kalau entry takda gambar tapi panjang lebar kita menaip, komen nya apa?
Komennya macam ni : " Nicely written"
:P
Baik tak payah komen, dari buat komen yang kita pun boleh tau/ agak ianya sekadar 'melepaskan batuk di tangga'
Eh, tapi uncle tahu tak, perumpaan yg sebetulnya ialah " melepaskan batok di tangga"....Ini penjelasannya, saya copy paste aja, malas nak taip ..hihihihihih...
" Ejaan batuk sebenarnya ialah ‘batok’, bukan batuk. ‘Batok’ bermaksud tempurung kelapa yang dijadikan alat untuk menceduk air bagi mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Selepas mencedok air menggunakan batok, batok tersebut perlu diletakkan kembali di tempatnya. Jadi, sekiranya batok tersebut dilepaskan begitu sahaja bermakna perbuiatan tersebut adalah sambil lewa dan belum selesai. Kebanyakan kita salah faham batuk yang dimaksudkan adalah batuk iaitu mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Sebenarnya ia tiada kaitan langsung dengan perkataan ‘batuk’."
tapi kalau melepaskan batuk di tangga pun uncle rasa betul juga .. kerana ada orang yang datang rumah kita, batuk-batuk kat tangga dan kemudian belah .. cuma nak beritahu kita yang dia ada singgah.
DeleteSalam uncle
ReplyDeleteJika sy komen sebegitu pun sudah cukup buat diri rasa dihargai bila sahabat dtg jenguk blog dan komen
Saya ni kalau busy mmg komen ringkas je kalau nampak makanan pernah sy komen nyum 3. Hahaha. Entah2 tuan blog marah. X tau la saya
salam kembali.
Deletekalau makanan komen nyum 3 uncle rasa tuan blog tak marah .. lainlah kalau entrinya mengenai bilik tidur dia terbakar. hehe.
saya sudi jer Tuan Haji...sebab takder masa nak pertikaikan keikhlasan orang, sifulan tu dah terjebak ke dalam pondok saya tu pun dah bagus, setidak2nya bertmbah rakan kongsi saya, terserah la dia nak baca sepenuhnya atau sekadar nak apa2 ker, sekurang2nya dia lebih baik dari saya sebab saya antara orang yang lepas baca lebihkurang jer pastu terus cabut lari hihihi....masa tak mengizinkan laa....
ReplyDeletesaya ni ibarat org tak cukup kain, kalau tulis sini nanti takleh nak baca blog yg sana...and vice versa...kalau dpt tulis panjang2 camni tu kira dah handa bonar la...hek3
lain kali jangan pakai kain .. sila pakai jean. hehe.
DeleteSalam kemerdekaan dari Ummi,...terimakasih yo Pakngah... :)
ReplyDeletemerdeka dan selamat hari Malaysia.
Deletebiasanya deno terima komen2 apa pun deno tak kisah.. kadang2 berkait entri.. kdg2 kan deno tulis entri mengenai benda lain, komennya lari terus tajuk.. hihi.. mcm2.. tapi deno tak kisah sbb deno tahu yg bloggers, depa nak cepat kan.. kdg2 waktu keje pun bukak blog kejap, hihi^^ jadi tinggal je la jejak dgn komen apa yg patut.. ekekek :p
ReplyDeletep/s: deno datnag dari blog fairus dan follow sini.. jemput ke blog deno :)
terima kasih kerana sudi singgah buat kali pertama dan meninggalkan jejak.
DeleteKomen jer Pak Ngah.. apa jer bunyi asal sopan.. itu dah ok.. apatah lagi singgahan itu sangat di syukuri.. :D
ReplyDeletesaya memang kepingin untuk singgah semua blog follower, baca dengan teliti dan tinggalkan komen .. tapi itu semua mustahil dapat saya lakukan .. cuma respon kepada komen di sini sahaja yang mampu saya buat setakat ini.
Delete