Gambar hiasan dari album peribadi tuan tanah.
Orang Melayu dikatakan tidak suka berterus terang (direct) kalau mahukan sesuatu. Kalau pergi rumah orang, dan nampak tuan rumah nak ke dapur, kita akan kata:
"alaaa .. tak payahlah susah-susah"
walaupun sebenarnya kita sedang kebuluran sebab dah tak makan dua hari. Tapi tuan rumah faham, itu namanya budi bahasa. Kalau kena tuan rumah yang lurus bendul dan jawab:
"oklah kalau cenggitu".
Apa akan jadi. Terkulat-kulat jawabnya. Akan tetapi oleh kerana kita satu budaya, kita selalu membaca apa yang tersirat bukan apa yang tersurat atau yang diucapkan.
Kadang-kadang kerana terlalu nak berbudi bahasa dan tak mahu berterus terang, mungkin kita makan tak berapa kenyang. Misalnya, kita nak tambah nasi, tapi nasi jauh di hujung meja dan tuan rumah
Kalaulah anda berada dalam situasi itu, apakah tindakan anda ?
SAYA TENGOK TUAN RUMAH JUGAK.KALAU TUAN RUMAH RAPAT, SELAMBA SAJA MINTAK.. KALAU TAK BERAPA KENAL ATAU RAPAT, CUKUPLAH SEKADAR APA YANG DAPAT DIJAMAH..
ReplyDeleteitu tindakan/pilihan yang semula jadi ..
DeleteSaya tak tunggu pelawa, terus bedal sampai kenyang. Hehehe...
ReplyDeleteTapi kalau dah habis licin, saya angkat pinggan tu bawak ke dapur, siap cuci, walaupun tuan rumah kata jangan.
haha .. nanti tuan rumah minta tolong lipatkan kain baju pulak ..!
Deleteapa salahnya kalau tolong lipat kain baju... pastu buat rumah tu macam betul-betul rumah sendiri... ^_^
Deletesy mohon minta tambah nasi dgn bersopan..tp biasanya sy yg paling lambat selesai makan jika duduk sehidangan di majlis kenduri n tahlil. jadi x ada hal nya..
ReplyDeletesaya pun begitu juga .. kalau tuan rumah dah biasa .. tapi kalau baru pertama kali, rasanya makan apa yang ada je lah.
DeleteSalam ukhuwah dan salam lebaran dari Bunda...
ReplyDeletesalamd kembali. terima kasih kerana sudi singgah.
Deleteassalam pakngah!
ReplyDeleteerrr...belum jumpa lagi senario begitu ...
(maaf jawapan tak membantu... hihihi)
alaikumsalam.
Deleteelok difikirkan strategi dari sekarang .. kalau berjumpa nanti, senang.
awal2 lg dah amik banyak.. tak payah nak tambah2... hehehe
ReplyDeletekalau begitu tak adalah timbul isu .. hehe.
Deleteada jugak yang tersilap..tetamu minta hulurkan nasi tambah,,tuan rumah hulurkan air basuh tangan..lagi haru kan
ReplyDeletemaknanya rezeki hanya sampai di situ .. terimalah sahajalah.
Deletekalau tak kenyang nasi, saya kenyangkan dengan benda lain yang lebih terjangkau dek tangan. lauk ke. sate ke. spageti ke. huuu~
ReplyDeletehahaha .. maknanya nak belasah benda lainlah !
DeleteDisebabkan saya nie wanita, selalunya saya bersyukur jer dengan apa yang dah dihabiskan. Nanti balik rumah, makanlah lagi kalau rasa tak kenyang. Kadang2 perut kita lewat beri signal kita dah kenyang kepada otak. Manalah tahu, entah2 nasi tu dah cukup untuk kita, kan.
ReplyDeleteP/S: Berbeza kan budi bahasa Melayu. Bila saya masuk keluarga hubby yang ibunya Chinese, mereka biasa bertanya. Nak minum air panas ke sejuk? Dah makan ke belum? Kalau jawapannya tak payah buat apa2, dengan lurus bendullah menurut kata tetamu.
kalau kita sudah sama2 faham tak timbul masalah .. tapi kalau kita ingatkan dia faham kita atau dia ingatkan kita faham dia .. maka timbul masalah.
DeleteSogan la Pak Ngah nak minta2 tapi kalau tuan rumah buat2 tak nampak boleh je bagi isyarat kat org sebelah menyebelah minta nasi tambah tu.
ReplyDeletebetul juga tu .. minta orang sebelah tolong capaikan.
DeleteKalau saya betul2 tengah 'kebuluran', saya buat selamba je mintak tambah. :)
ReplyDeletekalau betul2 kebuluran, saya pun ambil je tak ada masa nak minta2. hehe.
DeleteSaya pun sama cam kakcik.. mintak je buat selamba. Tapi kalau saya p rumah pak ngah jangan pulak pak ngah sua air basuh tangan bila saya mintak nasik tambah.. hihihi
ReplyDeletetengok keadaan .. kalau beras dah habis, mungkin juga. hehe.
Deletekalau saya?? amik lauk byk skit "lauk banyak lagi ni...bak nasi skit lagi...nak abiskan lauk dlm pinggan." sambil senyum simpul...
ReplyDeletebijak bijak ... apa pulak nak buat, kalau tuan rumah kata " tak apa .. ratah je lah lauk tu "
DeleteKalau kenal rapat, memang saya tak bagi can kat nasi tue... tapi kalau kurang rapat dan beliau ada anak dara cun yang dah sedang molek dijadikan isteri, saya kontrol kontrol jugalah makan nasi yang ada dalam pinggan. jaga saham.. hihihihi
ReplyDeletejawapan dan penjelasan yang masuk akal dan memuaskan hati tuan punya blog .. hehe.
Deletesaya pulak ikut pesanan mak mertua saya... mak mertua slalu cakap 'apa yg dihidangkan tu, tu la rezeki kita, makna ea kalau dah rezeki kita, kita makanlah selagi ada' tak perlu la tunggu tuan ghumah suruh tambah lagi sbb dia dah hidangkan dan dah suruh kita makan
ReplyDeleteitulah pemahaman umum kita .. kalau saya di majlis rasmi, saya makan setakat yang ada sahaja. tapi kalau kat rumah orang, lebih2 lagi kalau makan bersila, sey tak kiro.
Deletetgk situasi,kalau kenal rapat selamba je mintak tambah
ReplyDeletesmbil puji 'sedap sungguh ko masak,smpi aku x malu mintak tambah'
hehe
satu kaedah yang bijaksana .. puji tuan rumah.
Deletebiasanya cukup je dengan apa yang ada.seganlah..hehe
ReplyDeletekalau segan, alamat tak kenyanglah .. hehe.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletePuji2 masakan tuan rumah tu sedap...pas tu habaQ nak tambah, kalau tak tambah rugi hu hu huhuhu
alaikumsalam.
Deletekalau tuan rumah kata 'itu semua aku beli' .. nak kata macamana pulak ?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKlau saya, masa ceduk nasik tu...letak banyak² (penuh pinggan)...konpem kenyang...xde la nak tambah²...hihihi
alaikumsalam
Deleteitu kalau cedok sendiri .. kalau tuan rumah yang cedokkan macamana pulak ?
assalam tnhj,
ReplyDeletedah biasa dari kecik mak ajar "ukur nasi perut sendiri"...ambik cukup-cukup je supaya tak membazir...
tapi kalau makan dengan geng abang-abang hensem dalam gambar atas tu rasanya saya ngap sampai licin...hehee
alaikumsalam.
Deletedalam gambar tu, saya perasan saya sorang je yang hensem .. hehe.
Assalamualaikum uncle. Rapat ke tak.. Sy x akan tambah klu tuan rumah buat dek je. Dia dpn kita mustahil x nmpk nasi kita dah nak licin kan?
ReplyDeletealaikumsalam.
Deletetu lah fasal .. takkan dia tak nampak kan ?