Monday, August 12, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 81: SAMBUNGAN CERITA MENGURUS JAMUAN HARI RAYA.

Sebelum membaca entri ini saya cadangkan anda membaca entri awal yang berkaitan di sini dahulu. Kalau tidak, anda tidak tahu hujung pangkalnya.



Di sinilah tapak jamuan hari raya tersebut diadakan.


Pada tarikh dan masa yang ditetapkan maka berlangsunglah jamuan hari raya di tempat kerja saya. Tetamu datang berduyun-duyun dari segenap arah kerana tempat jamuan adalah dikelilingi oleh bangunan pejabat. Saya berdebar-debar dari hari sebelumnya. Tidur malam saya tidak berapa nyenyak kerana memikirkan perkara-perakara yang tidak dingini yang mungkin akan berlaku.

Pendek cerita, secara umumnya jamuan berjalan dengan baik seperti mana diharap dan dirancangkan. Makanan cukup dan sedap. Bilangan tetamu adalah seperti yang dijangkakan - kecuali dua perkara:

1. Seorang menteri kanan dari parti gabungan dalam BN pada mulanya mengatakan tidak dapat hadir. Kita telah membuat pengesahan dua tiga kali dari pejabatnya tentang itu. Tup tup pada hari itu dia muncul dan bertegas mahu duduk di meja utama bersama YAB PM sedangkan namanya tidak ada dalam senarai. Kita cuba untuk meletakan dia di meja lain, tetapi dia tetap tidak berganjak dengan kehendaknya. Saya tidak dapat menyelesaikan masalah ini lalu saya bergegas mencari KSU saya. Dia (KSU) kelam kabut datang ke meja utama dan memeriksa nama-nama tetamu yang akan berada di meja tersebut dan dia membuat keputusan untuk mengeluarkan satu nama dan menggantikan dengan menteri tersebut. Nasib baik tetamu yang namanya dikeluarkan itu belum sampai dan dia ditempatkan di meja VVIP yang lain.

2. Satay tidak sampai ke meja isteri-isteri tetamu VVIP. Masalah ini berpunca dari kelemahan saya yang terlepas pandang tugas ini. Pembekal satay hanya membekalkan satay dan tidak bertanggungjawab mengedarkannya. Saya telah meminta pembekal makanan lain melakukan tugas tersebut tetapi entah macamana dan nak jadikan cerita, petugas telah terlepas pandang sebuah meja isteri-isteri tetamu VVIP. Akibatnya setelah majlis selesai, seorang isteri VVIP telah mendatangi saya untuk menyatakan tidak puas hatinya dan berkata " nanti saya beritahu sama Tan Sri  ... (suaminya)". Saya cuma mampu meminta maaf sahaja sebab majlis telah selesai. Kalau ia berlaku semasa majlis sedang berlangsung, saya tidak keberatan pergi mengambil satay dan membawa ke meja beliau. Saya tidaklah bimbang sangat dengan kata-katanya itu kerana takkanlah suaminya hendak memarahi saya dengan isu yang sekecil itu. Memang betul jangkaan saya tersebut kerana tidak ada pula suaminya memanggil saya kemudiannya berhubung dengan perkara ini.

Kesimpulan. Walau macamana rapi sekalipun perancangan kita, sedikit sebanyak tentu akan ada masalah timbul. Bayangkankanlah kalau kita langsung tidak membuat perancangan. Namun masalah adalah untuk kita atasi atau pun dijadikan pengajaran supaya kita tidak mengulanginya pada masa yang akan datang. Kalau masalah yang sama berlaku juga pada masa hadapan walaupun kita telah mengambil tindakan untuk mengelakkannya, itulah yang dinamakan takdir. Terimalah sahaja kerana tentu ada hikmahnya.

14 comments:

  1. Isteri VVIP yang lebih2... Suaminya ok je...

    ReplyDelete
  2. hehe..ala puan sri dgn datin2 makan berapa suap je. yg berlebih lg byk daripada yg di makan. setakat satay pun nak kecik hati ke =) kalau beli sendiri takat 100 cucuk pun apa la sgt kan. harap satay yg free jugak ke. jgn marah pak ngah gurau2 je. selamat hari rayo maaf zahir batin =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya percaya dia bukan kisah sangat tentang satay tu .. tapi mungkin lebih kepada ego dia yang tercalar kerana meja dia ketinggalan.

      Delete
  3. PERKARA 1. MEMANG BIASA TERJADI.. BIASANYA BAHAGIAN PROTOKOL YANG AKAN URUSKAN HAL INI DENGAN KEBIJAKSANAAN MEREKA..

    PERKARA 2. KALAU SAYA, BUNGKUSKAN SAJA SATE TU BUAT DIA.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bungkuskan satay itu, nampak gaya saya pun kena bungkus juga lepas itu ..

      Delete
  4. Kalau setakat dua masalah tu saja, saya rasa Pak Ngah telah laksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Jarang ada majlis yang perfect macam nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tetap rasa terkilan di hati kerana isu kecil itu sedikit menyentuh hati kerana rasa macam tidak dihargai ..

      Delete
  5. adat bekerja eh pak ngah...

    satay pun jadi isu

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bukan soal satay tapi soal rasa dianaktiri atau tidak dipeduli dan terus rasa kecik hati.

      Delete
    2. huhuhu...

      itulah kaum wanita, tak kire ape golongan pun...

      Delete
    3. hanya wanita sahaja yang dapat menyelami hati kecil wanita .. kan ?

      Delete
  6. Kalo meja utama Pm da penuh, mcmnelah reaksi pak menteri tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya kena tambah satu kerusi lagi .. sempitlah sikit.

      Delete
  7. Pak Ngah sebaik mana pun perancangannya tapi bila time perlaksanaan tu memang akan ada sedikit sebanyak kekurangan asalkan tiada komplain masalah2 besar kira berjayalah tu.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.