Tuesday, August 6, 2013

CERITA NAK POTONG KAKI SELUAR.




Gambar hiasa hasil carian Google.

Satu lagi cerita rakyat yang saya baca semasa saya kecik dulu yang saya ingat secara samar-samar ialah kisah seorang budak (katalah namanya Din), yang meminta dipotong kaki seluarnya yang terlebih panjang. 

Din sangat berdukacita kerana besoknya nak raya dan kaki seluarnya masih belum di repair.

Dia pun pergi meminta tolong dari ibunya memotong kaki seluarnya dan menjahit semula.

Din: Mak .. boleh tolong potongkan kaki seluar Din tak ? Din dah ukur, potong  dua inci jer.

Emak: Din tak nampak ke Mak tengah sibuk ni .. pergi minta tolong dengan Kaklong.

Din pun pergi berjumpa Kakaknya yang sulung untuk meminta tolong repair seluarnya. Dia pun mengulangi permintaan yang sama dengan emaknya sebelum ini. Berikut adalah jawapan Kak Longnya.

Kak Long: Kakak tengah sibuk buat kueh bangkit ni .. cuba Din minta tolong dengan Kakngah.

Din pun pergilah berjumpa Kangahnya dan jawapn serupa diberikan oleh Kakngahnya dan dia disuruh pula minta tolong dari Kaklangnya. Dia pun mendapat jawapn yang serupa dari Kaklangnya.

Dipendekkan cerita, Din pun tertidur dengan perasaan kecewa. Pada waktu tengah malam ibunya terjaga dan merasa menyesal dan kesian dengan Din. Perlahan-perlahan dia pun mengambil seluar Din dan memotongnya dan menjahit semula.  Tidak berapa lama Kaklong dia pula tersedar dan membuat perkara yang sama. Begitulah seterusnya sampailah kepada giliran Kaklangnya. Masing-masing kasihan dan ingin membantu Din tanpa berbincang atau memberitahu orang lain.

Pagi esoknya bila Din pakai seluarnya, ia telah senteng sampai paras lutut. Apa lagi Din pun meraung bila memakianya.

Moral cerita. Niat dan tindakan yang baik sahaja belum tentu boleh menghasilkan sesuatu yang yang baik jika ia dibuat tanpa komunikasi dan penyelarasan.



7 comments:

  1. Hehehe... Semua nak buat baik, tapi buat baik pada tempat yang salah...

    ReplyDelete
  2. alahai.. sayang punya pasai.. jadi gitu lak..

    siapa lastnya jadi mangsa.. si adik la jugak.. kiki

    ReplyDelete
  3. Hihi kesian din,.. Beraya dengan seluar senteng... :)
    Selamat hari raya pakngah :D

    ReplyDelete
  4. Assalam.. mesej 'moral of the story' dari cerita ni mmg amat mendalam maksudnya. Amat menyukai entri ini.. Kesempatan diucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. :)

    ReplyDelete
  5. Alaaa tak lepas la komen saya tadi... again, just nak wish Selamat menyambut Aidil Fitri yer Pakngah dan semua di sana ;)

    ReplyDelete
  6. N3 yg baik buat meluang masa sebelum berbuka..ciannn diaa..

    Pakngah, Makngah,.Selamat berbuka!!

    ReplyDelete
  7. Assalam tnhj...
    masa saya kecik dulu, dalam TV ada tunjuk cerita ni...masa tu host program tu Mat Sentul...saya tak ingat program apa...tapi program TV untuk kanak-kanak la...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.