Monday, July 29, 2013

KALAU NAK MINUM MILO DARI KEDAI MELAYU, CINA DAN MAMAK.




Katalah kita nak minum milo. Situasi berikut mungkin akan kita alami, kalau kita order minuman itu dari tiga buah kedai yang berlainan
.
Kedai Melayu: Maaf encik, milo baru je habis ..

Kedai Cina: Encik mahu biasa atau spesel punya. Kalau spesel punya, ada tambah madu lebah dari Yemen. Harga lebih 30 sen sahaja maa ..

Kedai Mamak. Siap !


Saya minta maaf kalau ada yang terasa. Saya tidak berniat untuk merendah atau menghina sesiapa, cuma saya gemar berkongsi apa yang saya perhati dan rasai.

p/s: Ada satu lagi entri yang sungguh menarik dan mendapat sambutan ramai tentang kenapa orang suka makan di kedai Mamak  ada di sini. Tak percaya cubalah. Anda pasti tidak akan kecewa. Siap !


33 comments:

  1. stuju.. tapi saya suka nescafe... hihi

    ReplyDelete
  2. tak perlu minta maaf Tuan Haji, mmg hal tu perkara sebenarnya pun...kalau cakap org Melayu tak reti berniaga tentu ramai yg marah.

    saya pun dah terkena beberapa kali. Kat luar kedai macam2 gambar masakan yg ada, bila kita masuk nak order, macam2 pulak alasan diberi, antaranya belum start jual la padahal gambar yg dipasang dah naik lusuh! Pekedai yg macam ni mmg nak kena la ngan saya, saya suruh dia turunkan atau buang gambar tu sebab menipu pelanggan macam saya...

    mamak pun ada yang gitu jugak, letak gambar macam nak rak tapi habuk pun tarak! tapi servis dia mmg tip top la...kebanyakannya mmg pantas.

    pekedai cina mmg pandai tipu helah dalam mengambil hati pelanggan tapi itulah cara mereka berniaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemerhatian yang selaras dengan apa yang dimaksudkan oleh entri ini ..

      Delete
  3. Tapi saya tuan, setakat ni kedai mamak yang saya pergi roti canainya sedap..makan roti tanpa cicah kuah pun sedap. Teh ais dan milo ais memang kaw..punya.

    ReplyDelete
  4. Nak tambah lagi boleh...

    Kedai melayu ni ambik order lambat...kadang-kadang sampai suami panggil pelayan suruh kira padahal ambik order pun tak. sakit hati betul rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kita rasa sedih macam tidak dihargai sedangkan kita datang bawa rezeki kepada mereka ..

      Delete
  5. Kedai memak memang "siap" selalu..... :)

    ReplyDelete
  6. sy jarang order milo ais kat kedai
    sbb mahal.dahla ais je yg lebih.huhu

    ReplyDelete
  7. Itulah yang buat suami Aina lebih suka pi kedai mamak berbanding kedai Melayu, service cepat kadang2 belum mintak dah siap hahaaa...

    Mentaliti berniaga lain2.

    ReplyDelete
  8. pernah bersarapan kat taman melawati, mintak teh o suam tapi tak sampai-sampai sebab air tak masak lagi. padahal dah pukul 8 tu! oh my malay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish dah pukul 8 tak masak lagi .. bila nak masak ?

      Delete
  9. setuju sangat....
    sesiapa yang terasa mungkin adalah peniaga yang berperangai macam tu.. ada satu kedai ni, dlm kelompok sosial sy, sayangnya layanan kali pertama yang sy terima adalah sangat mengecewakan.

    Maka masih berbelah bagi untuk hadir acara di sana hujung minggu ni. mungkin juga sebab sy bukan selebriti di kelompok tu, sekadar ahli biasa.... cuma sy terkilan sebab sy tetap pelanggan dia, apa jua status saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan sebagai pelanggan, kita tetap membayar dengan harga yang sama dengan orang lain kan !

      Delete
  10. Milo kedai mamak pekat.

    ReplyDelete
  11. hehehe.

    masing-masing dengan gaya masing-masing.

    saya suke lepak mamak

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sesekali melepak mamak .. amatlah bahayanya !

      Delete
  12. Saya jarang order milo di restoran.

    Selalunya kalau saya order milo, pastinya disebabkan sahabat saya mengorder air tersebut.

    ReplyDelete
  13. Masalah yg sy selalu dpt klu ke kedai melayu milonya sgt cair. Rasa nak ngamuk je. Haish

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mengamuk nanti dapat makan percuma ...... dalam lokap ! hehe.

      Delete
  14. (1) BUAT MASA NI SAYA BELUM JUMPA KEDAI MELAYU HABIS MILONYA..

    (2) TAK PERNAH PERGI KEDAI CINA UNTUK MINUM.. (LAINLAH KALAU TOKEY CINA TAPI PEKERJA MELAYU, TAK PASTI)

    (3) TAK SEMUA KEDAI MAMAK SIAP... ADA JUGA YANG LEMBAB.. SAYA SAMPAI PANGKAH KEDAI MAMAK DEKAT KAWASAN PERUMAHAN SAYA. LEMBAB. KADANG-KADANG NAK 'SOUND' JE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri ini adalah berbentuk 'hypothetical situation' sebenarnya ..

      Delete
  15. KEDAI MELAYU MINUM MILO D ALA NIPIS..MAHAL PULAK..LEPAS MASA NAK BAYAR PANGGIL KIRA PEKEEJA LEH TANYA " ABANG MINUM APA TADI ? " ADUI BEBAL MELAYU NIAGA..

    ReplyDelete
  16. Order nasi goreng ayam kat kedai melayu...
    Tunggu punya tunggu...dah dekat 10 minit...pelayan datang balik...
    " sorry bang, ayam habis"

    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik dia datang balik .. kadang2 ada yang hilang terus.

      Delete
  17. biasenya kalau di kedai saya akan ode air suam jek...balik rumah baru buat milo sendirk...boleh buh sebyk mane yg suka...nak ratah2 pun bleh :)

    ReplyDelete
  18. Malangnya, orang Melayu yang rajin jarang berpeluang untuk membuka kedai sendiri akibat kekangan modal. Kalau ada pun, mesti tak mampu upah pekerja. Tu yang selalu tengok kedai Melayu jarang dibuka 24 jam.

    ReplyDelete
  19. Bunda jarang kekedai mamak...cina apa lagi...melayu pun selalu order air suam atau fresh oren atau limau ais..

    ReplyDelete
  20. beza yang selalu deno pernah rasa ialah..

    kedai melayu : order milo tapi tak rasa milo. susu je rasa, milo tak rasa langsung ,, tak boleh minum pun

    kedai mamak : okey, rasa mcm milo buat kat umah

    kedai cina: banyak milo, kaw2 punyau milo sampai deno rasa macam minum air coklat! memang sedap! :)

    bukan nak mengata tapi realitinya macam tu... jarang sgt kedai melayu yg dapat milo puas hati^^ *peace*

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.